David Koh,
67, turut meramalkan BN akan meraih lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri
di Pulau Pinang berbanding semasa pilihan raya umum lepas.
Bagaimanapun,
BN dijangka menghadapi persaingan sengit di Negeri Sembilan dan Perlis, katanya
ketika dihubungi Bernama.
Sebelum ini,
Koh pernah memberitahu Bernama TV beliau meramalkan pengundian PRU13 akan jatuh
pada 5 Mei depan dan nyata tekaan beliau tepat apabila Pengerusi Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan tarikh tersebut,
semalam.
Biarpun ramai
beranggapan ramalannya hanya sekadar 'tembak angin' namun Koh berkata ramalan
itu berasas kerana ia menggunakan pengiraan Feng Shui dikenali sebagai 'Shi'
yang membawa maksud perang.
"Selepas
pembubaran pada 3 April lepas, kita ada 60 hari untuk mengadakan pilihan raya,
jadi menurut formula Shi, sepanjang tempoh 60 hari itu akan ada satu hari yang
akan berperang dan hari tersebut jatuh pada 5 Mei," katanya.
Koh berkata
BN telah banyak membuat perubahan drastik dengan beberapa kejayaan yang
dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memenangi hati
rakyat selepas negara mengalami tsunami politik pada 2008.
"Selama
lima tahun ini kita dapat lihat pelbagai transformasi telah dilakukan oleh
Perdana Menteri. Meramalkan siapa yang menang atau kalah pada pilihan raya kali
ini juga memerlukan ramalan yang berasas. Ia bukan bergantung kepada nasib
tetapi berdasarkan usaha keras yang dilakukan oleh anggota politik itu sendiri
untuk rakyat," katanya.
Beliau
berkata semua pihak perlu terima keputusan siapa menang atau kalah pada hari
mengundi nanti dan percaya rakyat Malaysia kini lebih matang dan bijak dalam
membuat keputusan. - Bernama
Seharunya PAS
memang patut tewas di Kedah,
Ada juga
orang-orang biasa yang cakap tiada beza keadaan sosial rakyat jelata tiada beza
antara pemerintahan BN dan PAS - ini suatu yang bahaya. Malah di dalam keadaan
tertentu, jika dahulu masalah pengutipan sampah hanya berlaku di Alor Setar,
namun kini beberapa majlis perbandaran menghadapi masalah sampah kerana kerenah
kontraktor yang dipertanggungjawabkan.
Jika diikutkan YB Mahfuz satu ketika
dahulu, memang bertan-tan sampah dapat dilonggokkan di hadapan majlis-majlis
bandaran kini.
Ada yang tak
puas hati kerana Kerajaan Kedah tidak mengawal maksiat-maksiat yang ditegah
Islam seperti hingga kini masih ada premis judi (nombor ekor), karaoke, arak
dijual secara berleluasa di pasaraya di mana pekerja-pekerja Islam terlibat
dalam mengangkut ke para-para jualan, juruwang-juruwang masih mengambil bayaran
wang bagi arak ini dan mengisi ke beg-beg plastik.
Malah terdapat juga
rumah-rumah urut haram yang wujud walaupun di bawah pengetahuan majlis perbandaran,
namun tidak dapat dilaksanakan penguatkuasaan kerana keengganan penguatkuasa
dan polis membenteras aktiviti tak bermoral itu. Jadi bagi ahli PAS ini amat
memedihkan mata memandangkan perjuangan kami adalah untuk kehidupan Islam.
Ada tak puas
hati kerana MB Kedah suka melatah bila ahli melaporkan kegusaran mereka tentang
kekecewaan mereka terhadap pentadbiran PAS di Kedah. Malah lebih menyedihkan
teguran yang diberikan dibalas balik kononnya penegur menegur kerana agenda
peribadi, ingin jawatan dan nama sebagainya.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui,
namun ada penegur telah berputus asa. Sedangkan penegur kebanyakkannya menegur
atas landasan Islam, yang membolehkan rakyat menegur pemerintah, jika ahli
tidak boleh menegur maknanya tiada beza antara UMNO dan PAS.
Malah mereka
menegur kerana sayangkan Islam yang dibawa oleh PAS yang pada pandangan mereka
kian hanyut atau terlalu lambat di dalam masa yang semakin beredar. Komen
No comments:
Post a Comment