Atas permintaan ayah kandungnya, Nai Koi See, 43, dia
meminta mayat mangsa diuruskan mengikut cara Islam selepas mengetahui anaknya
memeluk Islam pada 2 Januari lalu.
Suasana hujan renyai mengiringi jenazah semasa tiba di tanah
perkuburan tersebut dan orang kampung dalam kariah Kampung Belanga Pecah telah
pun bersiap sedia membantu menguruskan sebaik mungkin.
Ahli Jawatankuasa Surau Haji Ismail, Ahmad Shafie, 43,
berkata, kariah kampung bersama golongan ibu sepakat menguruskan jenazah mangsa
untuk disemadikan di situ.
"Alhamdulillah semuanya selamat. Semoga roh mangsa
ditempatkan kalangan orang beriman, walaupun selama ini kebanyakan ahli kariah
langsung tidak mengetahui kewujudan mangsa di kampung ini.
“Cuma agak terkilan, kami semua tidak dapat membantunya
ketika masih hidup,” katanya selepas urusan pengebumian selesai.
Jenazah Nur Salina tiba sekitar jam 5 petang dan turut
diiringi pegawai Agama Islam Daerah Langkawi untuk bersama-sama membantu
memudahkan urusan pengebumian mangsa.
Solat jenazah diimamkan Johari Abdullah dari Masjid At Taqwa
Kampung Kisap.
Kelmarin, Sinar Harian menyiarkan berita kematian Nur Salina
akibat daripada penderaan kejam.
Terdapat pelbagai kesan lebam baru dan lama manakala kaki
kanan mangsa dijangkiti kuman dan terpaksa dipotong.
Selain itu, otak mangsa mengalami pendarahan teruk akibat
hentakan dari penderaan yang dilakukan ke atasnya.
Sementara itu, ada antara penduduk kampung, Halijah Zakaria
melahirkan rasa terkejut dengan kejadian ini dan tidak menyangka dua suspek utama
tersebut kerana mereka cukup mesra dan ramah.
"Tak sangka betul, kita tengok keluarga ni cukup baik,
cara mereka melayan anak-anak mereka membuatkan kami rasa cemburu, tetapi
kejadian ini telah menyatakan kebenaran sebaliknya.
“Cuma kami mahu masyarakat luar kembali mengubah persepsi
negatif tentang kampung kami. Keluarga ini orang luar yang baru sahaja
berpindah dan menyewa rumah hampir setahun lalu,” katanya.
Dua suspek utama
ditahan manakala dua lagi ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes
tersebut.
No comments:
Post a Comment