20 June 2012

YB DATO' NAWAWI LANCAR RUMAH MESRA RAKYAT 1MALAYSIA


LANGKAWI 20 Jun- Penantian selama dua tahun, 58 pemohon untuk memiliki Rumah Mesra Rakyat (RMP), berakhir selepas mereka menandatangani surat perjanjian di Wisma Umno Langkawi di sini.

Majlis menandatangani surat perjanjian rumah bernilai RM65,000 yang diuruskan pembinaan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) melibatkan pemohon dari daerah Langkawi.

Menurut jurucakap Syarikat Perumahan Negera Berhad (SPNB) Cik Mastura Azlina Mohammad berkata majlis menandatangani perjanjian terbabit sebelum ini telah diadakan di sini dari awal bulan Mei lalu.
Menurutnya, skim berkenaan bagaimanapun menetapkan syarat pemohon perlu mempunyai tanah sendiri ataupun yang sudah mendapat kebenaran pemilik asal untuk membina rumah di tanah bekernaan, selain pendapatan bulanan kurang dari RM 3,000.
Turut hadir, Ketua Umno Bahagian Langkawii, YB Dato' Ir Nawawi Ahmad.

Sementara itu bagi Mohd Taufik Maton, 38 tahun, dia begitu teruja untuk memiliki rumah sendiri di bawah skim tersebut.

Dia yang sudah lama berhasrat untuk memiliki rumah sendiri namun dengan pendapatan yang tidak seberapa dan perlu menanggung persekolahan anak-anak, impiannya itu terpaksa dilupakan.

“Saya tidak percaya apabila menerima surat panggilan dari SPNB supaya hadir di Wisma Umno Bahagian Langkawi untuk menandatangani surat perjanjian,” kata pekerja kontraktor TM Langkawi.

Mohd Khairul Hashim, 35 tahun, dari Kampung Sungai Itau, Langkawi pula berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana menyediakan skim bantuan rumah tersebut.

Dia yang bekerja sebagai pemandu tidak menyangka permohonan yang dibuat tiga tahun lalu akhirnya diluluskan.
“Alhamdulillah doa saya dimakbulkan dan akan membina rumah di tapak tanah sendiri di kampung kerana sebelum ini saya menumpang ditanah bapanya,” katanya.

Menurut YB Dato' Nawawi, kita perlu berterima kasih kepada perdana menteri kerana semua janji-janji telah ditepati dan rakyat tidak dilupakan.

“Mereka yang terpilih beruntung kerana harga rumah yang ditawarkan bernilai RM65,000 dan mereka hanya membayar RM150 sebulan kepada SPNB,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...