Untuk melincinkan lagi pengurusan sisa pepejal, pihak PPSPPA akan menambahkan lagi bilangan lori sebanyak 7 buah dan mengantikan lori yang telah rosak, menurut En Iqram Ismail, pegawai PPSPPA Langkawi.
"Talian bebas tol 1800 887472 adalah bagi memudahkan penyaluran maklumat kepada pihak E-Idaman, selain melibatkan penyertaan orang ramai dalam menjaga kebersihan", katanya.
Antara perancangan PPSPPA Langkawi
1) memastikan tapak-tapak tong sampah sentiasa bersih
2) memastikan sisa-sisa makanan tidak dimakan oleh lembu dan monyet
3) meroboh pusat tong dan diganti baru dengan tempat yang terlindung dari pandangan pelancong
4) meletakkan jadual pungutan sisa pepejal supaya orang ramai tahu jadual pungutan
Menurutnya, Pusat Insenerator Belanga Pecah, Langkawi masih lagi dalam percubaan dan belum beroperasi sepenuhnya lagi. Pusat Insenerator ini berupaya membakar sampah melebihi 100 tan pada satu-satu masa dan berkemampuan sehingga 200 tan sehari.
No comments:
Post a Comment