Selain Rafizi dan Tony Pua, Tong Kooi Ong (disahkan) dan
penerbit The Edge, Ho Kay Tat (belum disahkan lagi tetapi besar kemungkinan)
telah dikenakan sekatan dan tidak dibenarkan meninggalkan Malaysia.
Selain Rafizi Ramli dan Tony Pua, Tong Kooi Ong dan Ho Kay
Tat menjadikan empat daripada 10 orang yang disebut oleh Polis Thailand telah
dikenalpasti.
Polis akan menyiasat mereka di bawah Seksyen 124 Kanun
Keseksaan kerana cuba menggulingkan kerajaan sedia ada dan merampas kuasa
dengan cara tidak sah.
Kesemua mereka ini telah dinamakan oleh Lester Melyani
selain Polis Thailand selepas Xavier Justo ditangkap. Justo ditangkap oleh
Polis Thailand pada 22 Jun.
Polis Thailand juga turut mendedahkan Justo menafikan
sebarang pindaan pada dokumen-dokumen yang telah dijual kepada pihak tertentu
di Eropah.
"Dia tidak membuat sebarang pindaan pada
dokumen-dokumen tersebut dan telah menghantar dokumen-dokumen asal (kepada
pembeli) termasuklah salinan digital," kata jurucakap Polis Thailand,
Jeneral Prawut Thavornsiri.
Polis Thailand percaya, berdasarkan maklumat yang diberikan
oleh Justo, kesemua e-mel tersebut telah dipinda sebelum ianya diterbitkan dan
disiarkan.
Rafizi Ramli dan Tony Pua telah menafikan tuduhan-tuduhan
tersebut, manakala The Edge turut mendakwa mereka tidak didorong oleh agenda
politik tetapi sekadar mahu mencari kebenaran.
No comments:
Post a Comment