Ramai generasi muda sekarang seakan lupa sebenarnya seni
Silat Melayu lebih dihormati dan mempunyai kuasa yang lebih hebat berbanding
seni kung fu. Penulis sendiri telah bertemu dengan salah seorang mahaguru silat
gayung untuk mendengar sendiri kisah pertarungan antara Bruce Lee dengan Dato
Meor Rahman.
Semuanya bermula pada 1970, bila Dato Meor mengadakan
persembahan silat selama dua minggu di Osaka Jepun. Semasa di Osaka inilah Seni
Silat Gayong dan Dato Meor Rahman mendapat liputan media yang sewajarnya dan
mula dikenali ramai. Bermulalah cabar mencabar bertitik tolak daripada Osaka
Jepun.
Pada tahun 1972, anak murid Bruce Lee datang untuk cabar
Dato Meor di Taiping. Selepas itu Bruce Lee bertemu sendiri dengan Dato Meor di
Hong Kong pada tahun 1973.
Bruce Lee yang terkenal menerusi filemnya The Way Of Dragon
telah menumpaskan Chuck Norris dalam filem tersebut. Ketangkasan kung fu Bruce
Lee dengan gaya Wing Chun sekarang ini sudah boleh dilihat menerusi gaya kung
fu dalam filem IP Man.
Ketika zaman gemilang beliau, Bruce Lee giat mencabar mana
mana guru seni mempertahankan diri untuk menguji kehandalan beliau. Antara yang
dicabar adalah mahaguru silat gayong Malaysia, Dato Meor Abd. Rahman.
Pada tahun 1973, Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman telah
keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian
beliau ditemani oleh Dato’ Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya.
Dalam perjalanan pulang ke tanahair, pesawat yang mereka
naiki telah singgah sebentar di lapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu
penerbangan berikutnya, beliau telah disapa oleh Bruce Lee, pakar Kung Fu dan
seni beladiri Jeet Kune Do (JKD). Bruce Lee telah mendapat tahu bahawa Mahaguru
Seni Silat Gayong, Meor Abdul Rahman telah berada di Hong Kong.
Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja
Kung Fu, Bruce Lee telah mencabar Dato’ Meor Abdul Rahman agar bertarung
dengannya. Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri
milik orang Melayu yang dinamakan silat itu.
Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul Rahman
menang dalam pertarungan itu, silat Meor Abdul Rahman adalah yang terbaik,
tetapi jika Bruce Lee pula yang memenangi perlawanan itu, Seni Jeet Kune Do
ciptaannya adalah yang terbaik di dunia.
Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka Dato’ Meor Abdul
Rahman akhirnya menyahut juga cabaran daripada Bruce Lee tersebut. Untuk
mengelakkan keadaan daripada menjadi gempar, Bruce Lee dan Dato’ Meor Abdul
Rahman dengan ditemani oleh beberapa orang menuju masuk ke dalam bilik tetamu
di lapangan terbang tersebut.
Sebaik sahaja melihat Dato’ Meor Abdul Rahman telah bersedia,
Bruce Lee pun dengan kepantasan serangan kakinya pun mula mengasak. Setelah
beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya Dato’ Meor Abdul Rahman tiada
pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan tangan
(Kipas Senandung) yang tepat mengenai rusuk Bruce Lee.
Pukulan tangan Dato’ Meor Abdul Rahman yang nyata berbisa
telah menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan. Kerana
belas kasihan ke atas Bruce Lee, Dato’ Meor Abdul Rahman pun menawarkan bisa
pukulannya ke atas Bruce Lee menggunakan air yang didoakan dan disapu ke
kawasan sakit tersebut.
Setelah Bruce Lee pulih daripada kesan pukulan Dato’ Meor
Abdul Rahman tersebut, akhirnya Bruce Lee dengan rendah diri, mengakui
kehebatan Dato’ Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yang dimilikinya.
Sebelum daripada itu, pada tahun 1972, serombongan
pakar-pakar Kung Fu Hong Kong telah datang ke Malaysia untuk mencari
tokoh-tokoh seni beladiri yang dapat bertarung dengan Bruce Le
Rombongan pakar Kung Fu ini telah berjumpa dengan Dato’ Meor
Abdul Rahman di Taiping.
Dalam pertemuan tersebut, mereka telah mencabar Dato’
Meor Abdul Rahman untuk menunjukkan kebolehan beliau. Dato’ Meor Abdul Rahman
telah menangkap serta mengunci kesemua enam orang ahli-ahli Kung Fu tersebut.
Kemudian, Dato’ Meor telah menyuruh ahli-ahli Kung Fu
tersebut bertemu dengan murid kanannya pula iaitu Cikgu Ahmad bin Lazim.
Kesemua enam pengikut Bruce Lee itu tumpas di tangan Cikgu Ahmad Lazim.
Memandangkan Bruce Lee masih muda dan mentah, Dato’ Meor
Abdul Rahman telah menasihati Bruce Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak
mencuba beliau. Namun, Bruce Lee tetap berdegil juga.
Tidak lama selepas peristiwa pertarungan Bruce Lee dengan
Dato’ Meor Abdul Rahman ini, Bruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong
Kong akibat penyakit misteri.(Menurut Daniel Inosanto, murid kanan Bruce Lee,
di hari-hari terakhir Bruce Lee sebelum beliau ditemui mati, Bruce Lee giat
mengkaji tentang Seni Silat Melayu.
Pada tahun 1973, Bruce Lee meninggal dunia pada 20 Julai
1973. Menurut Dr Langford yang merawat Bruce Lee, beliau berkata tiada siapa
yang membunuh Bruce Lee, Bruce Lee yang membunuh dirinya sendiri dengan
mengambil dadah secara berlebihan.
Kini tugas Bruce Lee disambung oleh Daniel Inosanto, sebagai
satu-satunya pewaris JKD yang ditauliahkan oleh Bruce Lee. Daniel Inosanto
telah memasukkan Silat sebagai sebahagian daripada mata pelajaran Jeet Kune Do
nya.)
Cerita pertarungan itu telah tersebar secara meluas
dikalangan pengamal bela diri antarabangsa, tetapi menjadi sudah sekian lama
rahsia itu tersimpan rapi disebabkan faktor yang tertentu.
Rentetan dari kisah yang tersebar itu wartawan majalah Black
Belt telah mengeluarkan lagi sekali artikel berkenaan Silat Seni Gayong dan
Dato Meor Rahman pada tahun 1974. Di kalangan masyarakat awam pula, terdengar
juga desas desus pertarungan Bruce Lee ini sebenarnya adalah dengan Dicky
Zulkarnain seorang aktor Indonesia yang terkenal dalam cerita persilatan Si
Pitung yang dihasilkan pada tahun 1970.
Namun begitu Dicky Zulkarnain sendiri pernah menafikannya
pada tahun 1987 di Kejuaraan Silat Sedunia di Kuala Lumpur dan mendakwa orang
yang menewaskan Bruce Lee ialah seorang mahaguru yang berada di sini (di dalam
stadium tersebut).
Terdapat juga kisah lain dimana Bruce Lee pernah ditewaskan
oleh pakar shaolin, kung fu dan mereka yang tidak berpuas hati dengan beliau.
Walaubagaimanapun, apa sahaja cerita sebenar yang berlaku hanya diketahui oleh
rakan rakan Bruce Lee yang berada bersamanya ketika kejadian tersebut.
Diakui sendiri oleh salah seorang mahaguru seni silat gayung
masih ada bahawa tumbukan Kipas Senandung itu memang amat berbisa dan punyai
kekuatannya sendiri. Pesilat yang menjaga agama, akhlak dan belajar ilmu dengan
tujuan yang benar memang akan mewarisi seni silat yang hebat dan luar biasa.
Semua itu adalah anugerah daripada Allah SWT yang hanya diberikan sedikit
kepada hambanya yang berjuang ikhlas untuk menjaga agama dan bangsa.
Difahamkan, anak murid Dato Meor yang mewarisi tumbukan
Kipas Senandung (yang tumpaskan Bruce Lee) ini masih ada namun berada dalam
keadaan pasif dan tidak menonjol di kalangan masyarakat. Ilmu yang ada hanya
digunakan untuk tujuan tertentu ketika waktu terdesak sahaja bagi menjaga
agama, bangsa dan tanahair.
Oleh itu, generasi muda Melayu sekarang perlulah aktif
mempelajari ilmu persilatan ini bagi menjaga maruah bangsa dan agama. Usah
terlalu agung wira wira dalam filem luar, seni silat Melayu juga sudah terbukti
lebih hebat dan handal. Tuntutlah ilmu.
No comments:
Post a Comment