LANGKAWI - Kerajaan akan menaik taraf ruang Pusat Pameran
Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini dan kawasan sekitarnya bagi memberi nafas
baharu penganjuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi pada
2015 (LIMA '15).
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata,
perkara itu perlu memandangkan peningkatan yang begitu ketara daripada segi
pempamer, pedagang dan kehadiran pengunjung yang meningkat setiap kali acara
dwitahunan itu diadakan.
Katanya, LIMA '15 juga akan diadakan pada Mac bertepatan
dengan musim cuti sekolah.
"Tahun ini, kita telah membelanjakan sebanyak RM25 juta
untuk menaik taraf MIEC. Tahun depan, kita akan menaik taraf ruang pameran,
ruang tinjau dan kawasan hadapan MIEC bagi memberi keselesaan kepada pedagang
serta pengunjung.
"Tahun ini, kita terpaksa melakukan majlis perasmian di
luar MIEC kerana kehadiran wakil pempamer bertambah hingga tidak muat untuk
menempatkan kesemua mereka di dalam bilik-bilik persidangan," katanya pada
sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penutup LIMA '13 di sini semalam.
Turut hadir Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Tan Sri
Rodzali Daud dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ismail
Ahmad.
No comments:
Post a Comment