22 March 2015

PKR SOKONG HUDUD - AZMIN ALI

Kalau sebelum ini, PKR dalam kenyataan yang dibacakan oleh Wan Azizah menyatakan, tidak akan menyokong pembentangan rang undang-undang membabitkan hudud Kelantan di Parlimen, kenyataan terbaru oleh Timbalan Presiden PKR merangkap Menteri Besar Selangor pula, lain maksudnya.

Menurut Azmin Ali, dia tidak akan menentang hudud sama sekali, tidak sebagaimana yang dinyatakan oleh Wan Azizah dan ditetapkan oleh PKR, parti di mana dia menjadi Timbalan Presidennya kerana hudud adalah perintah Allah Taala.

"Kita tidak menentang hukum Allah. Kena berhati-hati membuat kenyataan. Sebagai seorang Islam, kita tidak boleh sekali-kali menentang hukum Allah yang ada dalam al Quran," katanya. (RUJUK SINI)

Walaupun mungkin terdapat beberapa spekulasi berhubung kenyataan Azmin Ali itu boleh dibuat, tetapi yang pasti, Azmin Ali lebih terlibat berusaha untuk menyelamatkan kedudukannya selaku Menteri Besar Selangor dan kewajaran PKR menjadi Kerajaan Negeri di Selangor.

Ini adalah kerana, setakat ini, Azmin Ali menguasai Kerajaan Negeri yang mempunyai majoriti besar di DUN Selangor. Penentangan dan perpecahan PAS dari Pakatan Rakyat Selangor akan menyaksikan PKR sekadar memerintah Selangor dengan kelebihan satu atau tiga kerusi sahaja.


LANGKAH KAJANG telah menyebabkan Pakatan Rakyat Selangor berpecah sekalipun tidak berpisah. Syak wasangka PKR dan DAP kepada PAS begitu menebal walaupun dua orang ADUN PAS telah berpihak kepada PKR-DAP.

Ancaman dan kata-kata bahawa PAS akan bergabung dengan UMNO di Selangor, telah menyebabkan PKR dan DAP menjadi kalut.


Walaupun PASMA telah berjaya melekatkan buat seketika PAS Selangor dengan PKR-DAP tetapi berdasarkan perkembangan terbaru, DUN Selangor bakal berhadapan dengan satu lagi krisis kecuali Azmin Ali memilih untuk melakukan sesuatu yang sangat drastik yang pasti tidak disenangi oleh DAP!!!

18 March 2015

PESAWAT KERAJAAN BUKAN PERIBADI

PORTAL pro pembangkang dan Rafizi Ramli cuba mengelirukan pemikiran rakyat dengan mendakwa jet VVIP jenis ACJ320 yang baru diperoleh kerajaan adalah sebuah pesawat peribadi.

Ini tak betul sebab tidak ada istilah pesawat peribadi bagi perolehan yang dibuat kerajaan, sebaliknya pesawat rasmi.

Penulis tak rasa jutawan muda lulusan luar negeri seperti Rafizi terlalu bodoh nak bezakan antara pesawat rasmi kerajaan dengan pesawat peribadi. Penulis yakin dia tahu sebab Anwar kerap guna pesawat peribadi untuk berkempen di Sabah dan Sarawak sebelum PRU13 dulu.

Yang Anwar guna tu pesawat peribadi, yang diperoleh kerajaan untuk ganti BBJ737-700NG ni pesawat rasmi.

Lainlah kalau Rafizi boleh tunjuk geran atau apa bentuk dokumen pemilikan pesawat yang menunjukkan pesawat yang diperolehi itu didaftar atas nama indvidu? Ada ke?

Kalau takde, bukanlah pesawat peribadi namanya, tapi pesawat rasmi.

Dalam masa yang sama, orang yang hantar Rafizi ke parlimen patut berfikir banyak kali jenis manusia apa yang mereka pilih untuk menjadi wakil rakyat ni?  Sepanjang jadi ahli parlimen, satu isu Pandan pun tak ada, sebaliknya Rafizi lebih banyak cakap pasal perkara-perkara yang tidak ada kaitan terus dengan pengundi Pandan.



Seolah-olah penduduk Pandan ni sudah cukup lengkap segalanya dan tidak ada masalah langsung, tapi ada  ke kawasan parlimen yang macam itu?  Kalau ada, Pandan tak perlu ada wakil rakyat sebab serba serbinya dah cukup, tak perlu buat apa-apa lagi dah.

17 March 2015

LIMA'15 BERMULA HARI INI

LANGKAWI - Kerajaan akan menaik taraf ruang Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini dan kawasan sekitarnya bagi memberi nafas baharu penganjuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi pada 2015 (LIMA '15).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu perlu memandangkan peningkatan yang begitu ketara daripada segi pempamer, pedagang dan kehadiran pengunjung yang meningkat setiap kali acara dwitahunan itu diadakan.

Katanya, LIMA '15 juga akan diadakan pada Mac bertepatan dengan musim cuti sekolah.


"Tahun ini, kita telah membelanjakan sebanyak RM25 juta untuk menaik taraf MIEC. Tahun depan, kita akan menaik taraf ruang pameran, ruang tinjau dan kawasan hadapan MIEC bagi memberi keselesaan kepada pedagang serta pengunjung.


"Tahun ini, kita terpaksa melakukan majlis perasmian di luar MIEC kerana kehadiran wakil pempamer bertambah hingga tidak muat untuk menempatkan kesemua mereka di dalam bilik-bilik persidangan," katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penutup LIMA '13 di sini semalam.



Turut hadir Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Tan Sri Rodzali Daud dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ismail Ahmad.

15 March 2015

PESAWAT AEROBATIK ANGKATAN UDARA NASIONAL INDONESIA TERHEMPAS - LIMA 15


LANGKAWI: Dua pesawat Jupiter Aerobatic Team, Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) terhempas ketika melakukan latihan aerobatik sempena LIMA '15 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini, sebentar tadi.


Nahas kira-kira jam 2 petang itu berlaku ketika sekumpulan enam pesawat jenis KT-1B itu sedang melintasi ruang udara MIEC, sebelum dua daripadanya berselisih dan terbabas.
  

Kedua-dua pesawat kemudian dilihat terhempas di luar kawasan lapangan terbang, disusuli api dan kepulan asap.



Beberapa saksi melihat juruterbang sempat melompat keluar dengan payung terjun sebelum pesawat terhempas. Namun nasib kedua-dua juruterbang masih belum diketahui.



05 March 2015

EPISOD BARU BAKAL MELETOP

Sejak malam tadi sudah mula tersebar bisik bisik, soksek soksek kununnya dalam tempoh terdekat ini akan ada BOM nak MeleTOP!


Kununnya akan dibongkarkan kisah sebenar punca perceraian Nurul Izzah dengan bekas suaminya!


Sejauh mana kisah ini akan menjadi kenyataan sama samalah kita tunggu dan lihat. Sementara itu jika kita baca daripada apa yang tertulis dalam perbualan Whatsapp group salah satu team PKR sepertimana pada imej screen capture dibawah ini, anda pasti tidak sabar ingin tahu punca pasangan itu bercerai..Sumber


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...