Alor Setar:
Seorang peniaga kedai makan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam,
atas tuduhan menyebabkan kematian seorang remaja perempuan yang juga mualaf,
Nur Salina Abdullah, 18, yang didera antara awal Oktober hingga November lalu.
Tertuduh,
Sharom Bee Ismail, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta
dibicarakan terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ooi Sheow Yean.
Mengikut
kertas pertuduhan, wanita terbabit didakwa menyebabkan kematian ke atas Nai Ah
Nung atau nama Islamnya Nur Salina Abdullah dengan niat menyebabkan kematian
atau sesuatu bencana tubuh yang mungkin menyebabkan kematiannya.
Tertuduh yang
juga majikan mangsa didakwa melakukan kesalahan itu di Nombor 270, Kampung
Belanga Pecah, Langkawi, antara awal Oktober hingga November lalu.
Bagi
pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.
Sharom Bee
yang memakai baju berwarna oren dan bertudung hitam kelihatan tenang selepas
hakim menetapkan 29 Januari depan sebagai sebutan semula kes berkenaan
sementara menunggu laporan bedah siasat.
Pendakwaan
dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Rizal Fadzil manakala tertuduh tidak
diwakili peguam.
Pada 18
November lalu, akhbar ini melaporkan seorang remaja perempuan yang koma selepas
dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Langkawi dipercayai menjadi mangsa
dera majikannya meninggal dunia, sehari sebelum itu.
Remaja berkenaan
menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.40 malam selepas lebih sehari
dimasukkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri. Ketika merawatnya,
doktor menemui beberapa kesan lebam lama dan baru di beberapa bahagian tubuh
remaja itu. Berikutan itu, polis menahan reman sepasang suami isteri berusia 36
dan 43 tahun untuk siasatan lanjut.
No comments:
Post a Comment