Seperti yang telah dijangkakan,
Tengku Abdul Aziz tidak dapat disyorkan oleh DAP untuk sambung jawatan senator
parti pembangkang.
Beliau hadapi tuduhan dan kemarahan
parti, menuding beliau seorang penghianat parti, patung dan orang tua nyanyuk;
jawatankuasa disiplin DAP mahu beliau tunjuk sebab, ahli-ahli parti mahu beliau
dilucutkan dari keahlian parti.
Umpama manusia yang terbiar tiada
nakhoda, menempah kejayaan dan ditempa kemalangan sering silih berganti.
Tiga tahun lalu, Tengku Abdul Aziz
masuk parti DAP dengan sambutan ramai orang yang begitu meriah. Inilah kali
pertama DAP sejak ia ditubuhkan mencipta sejarah kerana dapat mempengaruhi
orang Melayu yang berkedudukan begitu tinggi dan berpengaruh manjadi ahli dalam
parti.
Jawatan Kerusi timbalan presiden
diserahkan kepada beliau, supaya dapat mengunakan pengaruh Tengku Abdul Aziz
menaikkan kewibawaan DAP, dimana DAP anggap DAP telah bertukar wajah baru,
menjadi sebuah parti yang benar-benar terbuka untuk semua kaum, selepas itu
tidak lagi takut dituduh sebagai parti Cauvinisme Cina.
Hanya gara-gara Tengku tidak
bersetuju terhadap perhimpunan Bersih 3.0, sebaliknya hari ini beliau dibekukan
ke dalam peti sejuk.
Hanya dalam sekelip mata sahaja
hilang dari pandangan, diganti dengan tomahan.
Hari ini Tengku Abdul Aziz sama
seperti semua orang, beliau mempunyai kebebasan untuk bersuara, cara apa
layanan DAP terhadap beliau, ia boleh menunjukkan dan membuktikan kualiti dan
sikap keterbukaan dalam demokrasi parti DAP itu sendiri.
KUALA
LUMPUR - Naib Pengerusi Senator Tunku Abdul Aziz hari ini mengumumkan keluar
dari DAP ekoran perbezaan pendirian dengan pemimpin-pemimpin kanan parti
tersebut sejak kebelakangan ini.
Keputusan
itu diumumkan ekoran pandangan beliau tentang Bersih 3.0 bulan lalu.
Ekoran
laporan itu, beliau mengumumkan bahawa tempoh perkhidmatannya sebagai senator
yang akan berakhir 31 Mei ini tidak disambung.
Ketika
ditemu bual NTV7 malam ini, katanya, beliau akan memaklumkan partinya mengenai
keputusan letak jawatan dalam beberapa minit.
"Saya
fikir sudah sampai masa bagi saya mengambil pendirian tegas mengenai kedudukan
saya dalam parti.
"Saya
akan berhenti daripada menjadi ahli DAP," katanya lagi.