18 August 2015

WANITA UMNO LANGKAWI KECEWA

Datuk Seri Mukhriz Mahathir kesal dengan seorang perwakilan Umno Langkawi yang mengkritik presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Beliau menyifatkan kata-kata perwakilan itu sebagai ‘kesat’ dan tidak sepatutnya berlaku.

“Kadang-kadang cara perasaan itu diluahkan, dengan kata-kata yang agak kesat. Yang itu saya sedikit kesal…bukan sedikit, memang rasa kesal,” katanya selepas menyaksikan majlis pemeteraian perjanjian antara BDB Land Sdn Bhd, Maybank dan OCBC Al-Amin di sini, hari ini.

Setakat ini, katanya tiada apa-apa aduan dibuat oleh Umno Langkawi terhadap perwakilan itu dan berharap insiden itu tidak berulang lagi.


Ahli Perwakilan Wanita Umno itu mengkritik Najib yang juga Perdana Menteri pada mesyuarat perwakilan Umno Langkawi minggu lepas.

Mukhriz berkata, beliau juga menerima beberapa laporan mengenai ucapan-ucapan penangguhan di peringkat Pemuda Umno yang boleh dianggap keras bahasanya.

“Apa sekali pun yang mahu disampaikan, biarlah dengan cara berhemah,” katanya


KENYATAAN KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO BAHAGIAN LANGKAWI BERHUBUNG ISU TEGURAN KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI KEDAH

1. Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Langkawi berasa sedih dan kecewa dengan kenyataan pedas Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah mengenai isu seorang perwakilan Wanita yang bercakap lantang dalam Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Langkawi 2015.

2. Pihak kami tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Pemuda UMNO Kedah yang menyalahkan pihak kepimpinan Wanita UMNO Bahagian Langkawi yang dimaksudkan tidak mampu mengawal keadaan perwakilan, sedangkan ia adalah amalan demokrasi dalam UMNO yang membolehkan para perwakilan memberi pandangan masing-masing. Hanya Pengerusi Tetap atau Timbalan Pengerusi Tetap sahaja yang berkuasa dalam mesyuarat perwakilan bukan Ketua Wanita Bahagian.

3. Oleh yang demikian, Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Langkawi didalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Langkawi 2015 sebulat suara mendesak agar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Langkawi.

Sekian, terima kasih.
Hisham Suhaily Othman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...