18 May 2015

TERKINI!! - TUN M TOLAK NAJIB

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan tidak lagi menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana didakwa lemah dalam mentadbir negara. 

Beliau berkata, pelbagai langkah telah diambil bagi menasihati Najib namun perkara itu dilihat tidak memberi kesan yang positif terutama membabitkan soal kepimpinan dan pentadbirannya. 

“Saya sudah berunding, nasihat dan beri pandangan kepada beliau namun ia semacam tak memberi kesan. 

“Oleh itu, saya telah tulis surat mengatakan saya tidak boleh lagi sokong beliau dan buat pengetahuan semua (hadirin) Najib tidak (pernah) maklumkannya (mengenai surat) kepada sesiapa,” katanya pada program Bicara Negara Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di sebuah hotel di sini, hari ini. 

Mahathir berkata, tindakannya menolak kepimpinan Najib itu juga berpunca daripada kegagalan perdana menteri itu mendengar keluhan akar umbi dan rakyat jelata.

 “Saya tahu ada pihak akan marah bila saya katakan perkara ini namun ingin saya tegaskan kepimpinan Najib tidak sama sepertimana arwah bapanya, Tun (Abdul) Razak yang sanggup menyelusurkan segenap kampung bertanyakan hal rakyat,” katanya. 

Beliau berkata, ahli Umno terutamanya pimpinan tertinggi perlu berani menegakkan kebenaran sekali gus menggugurkan Najib daripada mengetuai Kabinet dan parti.

 “Umno perlu gugurkan Najib demi tanggungjawab bangsa, agama dan negara selain tidak sesekali boleh membiarkan sokongan kepada seseorang individu menidakkan sokongan kepada agama, bangsa dan negara. 

Selain itu, katanya, beliau tidak menolak Umno dan BN akan tumpas dalam PRU14 sekiranya pakatan itu mengekalkan Najib selaku Perdana Menteri. 

“Mungkin, dan saya fikir Umno itu akan lenyap terus ditelan zaman,” katanya.

14 May 2015

AHMAD MASLAN DAN ZOMBI - MAZLAN 3.85

Sungguh kurang ajar apabila seorang pemimpin Umno di perbodohkan hinggakan menjatuhkan aib. 

Kenapakah bangsa melayu di hina sebegini rupa, beliau juga manusia biasa yang diamanahkan oleh allah untuk memimpin umat manusia.

Justeru itu, beliau juga sekali gus menjadi pemimpin Umno paling dibenci pengkritik cukai kontroversi itu, khususnya di kalangan aktivis dan penyokong pembangkang.

Tidak cukup dengan sindiran dan perolokan diterima susulan kenyataan-kenyataannya, ketua penerangan Umno itu kini dijadikan watak zombie dalam sebuah perisian permainan untuk telefon pintar Android.

Permainan menembak zombie menggunakan senapang dan lastik itu dinamakan “Maslan 3.85 extended version”, dipercayai memperolok nilai Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) semasa menuntut di universiti.

Diperkenalkan syarikat dinamakan Vnbox Sdn Bhd yang beralamat di Ipoh, ia memaparkan watak zombie mirip Ahmad yang berpakaian compang-camping, bergigi rongok dan kepalanya pecah.

Tidak jelas bila ia tersedia tetapi berdasarkan maklumat di tapak seliaan gergasi Internet Google itu, ia kali terakhir dikemas kini pada 6 Mei lalu dan dimuat turun kira-kira 100 kali, setakat laporan ini ditulis.


Dalam penjelasan itu, Vnbox menjelaskan bahawa watak “Maslan 3.85” itu hanya rekaan dan “tiada kaitan dengan mana-mana VIP atau penjawat awam berjawatan tinggi yang sedang popular sekarang”.

Permainan itu boleh dimuat turun secara percuma “tanpa GST”, kata syarikat itu lagi.


Berdasarkan maklumat di Google Play, Vnbox dikatakan syarikat sama yang menyediakan perkhidmatan "e-aduan Perak" - sebuah perisian untuk pengaduan masalah di sektor awam negeri itu.

13 May 2015

JANGAN LUPA SEJARAH HITAM 13 MEI

Hari ini genap 46 tahun peristiwa hitam 13 may 1969 berlalu.satu peristiwa yang menjadi pelajaran untuk semua rakyat malaysia.apabila kita tak menjalinkan kerjasama baik dalam kehidupan pelbagai kaum.ia merupakan rusuhan kaum yang menjadi ingatan setiap orang yang melaluinya.bagi genarasi muda yang tidak melalui peristiwa itu mungkin ada yang tidak paham apa yg berlaku pada tarikh keramat itu.

Apa yang kita lihat dewasa ini.ada pihak cuba memprovokasi perpaduan kaum ini demi kepentingan politik sempit dengan menghasut kaum-kaum tertentu untuk membenci kaum lain.adakah mereka itu sedar dengan tindakan mereka itu.atau mereka hanya khayal untuk berkuasa sahaja.tanpa memikirkan kesan dari ucapan mereka itu.ada pihak yang sudah mula memainkan sentimen agama hanya untuk memenangi undi kaum-kaum tertentu.

Adakah kita mahu mengulangi peristiwa hitam itu,adakah kita mahu gadaikan keamanan yang kita kecapi ini hanya untuk memenuhi impian kita untuk berkuasa,bagi saya secara peribadi tidak ingin peristiwa 13 may 1969 itu berulang kerana akibat nya akan menyusahkan semua rakyat.

Bagi orang-orang melayu kita sudah kena terima hakikat bahawa tanah air ini bukan milik mutlak kita lagi.kita harus berkongsi dengan bangsa bangsa lain yang turut sama membangunkanya.apa yang kita harus buat pertahankan hak-hak kita yang masih tinggal.supaya ada sesuatu yang boleh kita pusakai kepada anak cucu kita kelak.

Bagi kaum-kaum bukan melayu hormatilah perasaan dan hak orang-orang melayu supaya kita boleh hidup aman dibumi malaysia.hilangkan lah syak wasangka diantara kita.supaya nasib anak cucu kita nanti terbela.

Bagi semua rakyat malaysia bersatulah untuk menjadi bangsa malaysia yang kuat,dan hak -hak semua kaum dimalaysia tidak dinafikan.dan jangan lah ditimbulkan apa sahaja provokasi yang boleh membuat kekacauan di tanah air tercinta ini.

Sama-samalah kita menjaga keamanan tanahair tercinta ini.
Salam 1 Malaysia

PAS BAKAL TERSUNGKUR - PAS FOR ALL

Demikian ramai pendukung PAS melihat dengan penuh kekecewaan akan wajah PAS masa kini. Ada yang sangat bimbang, malah marah.

Wajah parti Islam yang sudah berumur 61 tahun itu kelihatannya, tidak ceria, kusut masai, murung bagaikan pesakit kronik yang sukar sembuh dan penuh masalah yang tidak terselesaikan,

Sepatutnya parti itu dilihat teguh, meyakinkan kerana sudah begitu berpengalaman serta menempuh pelbagai cabaran yang hebat sepanjang sejarahnya.

Pendukung PAS berhak merasakan bimbang, kecewa, malah marah atas apa yang berlaku di dalam PAS yang akan bermuktamar ke-61 awal tahun depan. Mereka selama ini menggantungkan harapan tinggi kepada PAS sebagai sebuah parti politik Islam yang boleh membela ummah.

Malah golongan bukan Islam banyak memberi sokongan sejak Pilihan Raya Umum ke-12 dan 13 kerana konsep “PAS For All” yang didukung oleh PAS.

Tetapi kini, semua harapan mereka terhempas, justeru PAS dilanda krisis berat yang hingga kini belum ada sebarang usaha untuk memulihkannya. Konsep “PAS For All’ entah ke mana.

Dari jurang krisis itu tercetuslah label melabel, kata-kata seperti barua, Islam sekular, munafik haraki, malah syaitan serta umpat keji dan kata-kata kesat yang dahsyat

Ada pula tuduhan kononnya wujud golongan di dalam PAS yang berusaha untuk menyelewengkan dasar Islam, lari dari perjuangan asal PAS, konon hendak menjadikan PAS sebagai parti sekular dan pelbagai lagi tuduhan, malah fitnah yang tidak pernah kita fikirkan boleh tercetus di dalam jemaah PAS di mana pendukungnya melalui tarbiah – usrah, tamrin, mukhayyam, pelbagai kuliah mengenai pembentukan akhlak sejak puluhan tahun.

Ramai yang bertanya di mana menghilangnya nilai ukhuwah, persaudaraan Islam yang dibina sekian lama di dalam jemaah PAS yang selama ini menjadi nilai paling mulia di dalam warga PAS. Kini semuanya musnah. Ada ahli yang jujur menitiskan air mata mengenangkan hal ini.

Ada pihak yang mengumpamakan krisis di dalam PAS ini seperti kapal raksasa “Titanic British”, yang musnah di lautan Atlantik kerana terlanggar batu salji yang sangat besar ketika belayar di lautan itu.


Pembuat kapal itu dengan angkuhnya memberitahu, kononnya tidak ada satu pun makhluk di bumi ini yang boleh memusnahkan kapal hebat itu kerana ia dibina sedemikian rupa.

Kapten kapal itu pula, ketika dalam pelayaran, dengan angkuh tidak mahu mendengar nasihat beberapa pakar lautan di dalam kapal Titanic itu sendiri yang menasihatinya supaya mengubah laluan disebabkan laluan yang hendak ditempuh banyak batu besar salji yang sangat merbahaya, yang boleh memusnahkan kapal itu jika melanggarnya.

Akhirnya Titanic itu melanggar batu besar itu dan tenggelam, semuanya tidak dapat diselamatkan, termasuk ahli orkestra yang menghiburkan penumpang kapal itu.


Kini kapal Titanic yang hebat itu hanya menjadi sejarah. Tenggelam bersama keangkuhan manusia, kaptennya tidak mendengar nasihat dan menentang kehendak alam.

12 May 2015

PANAS!! LIM KIT SIANG TOLAK HUKUM ALLAH

Kebanyakan ahli PAS tidak bersetuju dengan langkah PAS Kota Bharu mengundang Penasihat DAP, Lim Kit Siang berceramah menolak hudud di negeri yang mahu melaksanakan undang-undang tersebut.

Kekecewaan itu turut disuarakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

“Mereka kata, sejak PAS kehilangan Tuan Guru Nik Aziz rahimahullah, PAS berubah begitu cepat sekali seolah-olah ada golongan yang menanti-nanti kematian itu.

“Saya jawab, ya. Jika ada TGNA, tiada pemimpin PAS yang berani membawa dan bersama Lim Kit Siang ke Kota Bharu untuk berceramah menolak hukum Allah.

“Semoga Allah mengukuhkan istiqamah ahli PAS seluruhnya menyambung perjuangan tuan guru yang telah menemui tuhannya di belakang tuan guru presiden yang masih bersama berjuang melawan badai tipu daya,”katanya.

Penasihat DAP itu berceramah di Padang Perdana Kota Bharu pada malam Ahad atas undangan PAS Kawasan Kota Bharu dipimpin oleh Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Selain Kit Siang, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu) dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli juga turut diundang berceramah dalam program tersebut.

Pihak penganjur, Wan Abdul Rahim merupakan penyokong kuat Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, dua individu yang dikaitkan dengan individu di sebalik tabir Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA).


Mat Sabu yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang turut dikaitkan dengan PASMA apabila melantik Pengerusi PASMA Pulau Pinang, Zulkifli Mat Lazim menjadi Ahli Jawatankuasa PAS negeri itu.

“Kali pertama sejarah Kelantan, pimpinan PAS ; Mat Sabu dan Husam Musa bersekongkol dengan Lim Kit Siang, Lim Kit Siang dijemput untuk menghentam hudud! Anjuran PAS kota Bharu.

“Kegilaan PASMA yang mengkhianati Islam!!

“Benarlah kata YB Nik Abduh bahawa ada puak yang sebenarnya menunggu saat ketiadaan TGNA adalah pihak dari dalam PAS yang menjadi musuh kepada Hudud dan Kerajaan Islam Kelantan itu sendiri,”kata Wan Jtk

Mohd Askari Jalaludin berkata dia terkejut apabila Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusuf juga turut terlibat dalam program itu.

“Lim Kit Siang dibawa ke Kota Perdana Kota Bharu dan berucap menentang hudud secara terbuka.

“Aku yakin kalau Tok Guru Nik Aziz masih hidup, mereka tidak berani nak bawa orang yang menentag hudud secara terbuka kepada rakyat Kelantan.

“Lebih sedih, Ketua Muslimat PAS hadir sama. Wan Rahim tu aku tak kisah sebab dia PASMA. Apakah Ustazah Zailah pun join PASMA atau bersubahat dengan PASMA ?,”soalnya.


   " Ularmak besar Lim Guan Eng mengajar mengenai Hudud dari kitab Tongsan sambil dihadiri jutaan umat islam seantero"

    Posted by Singa Pas on Monday, 11 May 2015


KP menyiarkan rakaman ucapan Kit Siang di Kota Baharu yang berkata hudud tidak dilaksanakan di Mesir dan Jordan.

“Saya bacalah..bahawa sarjana-sarjana, ustaz-ustaz, ulama-ulama Islam berpendapat hudud (adalah) sebahagian kecil daripada undang-undang syariat dan terdapat syarat-syarat sebelum ia boleh dilaksanakan.

“Syeikh Qaradhawi, Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia pun ada berpendapat bahawa kalau undang-undang syariah tidak boleh dilaksanakan maknanya masa tidak sampai untuk melaksanakan, ataupun tidak ada keutamaan,”kenyataan Kit Siang dipetik.



11 May 2015

MELAYU BERSATU JIKA UMNO & PAS BERSATU

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengecam pihak yang cuba memberikan “tongkat” baru kepada Umno selepas tongkatnya selama ini patah, merujuk kepada MCA dan MIC, dua parti komponen utama Barisan Nasional (BN) yang lain.

Tanpa menamakan pihak yang mahu menongkat Umno itu, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, ketika Umno terhoyong hayang mahu rebah sekarang, ada pihak yang cuba menahannya daripada jatuh.

"Ciss... siapa yang nak beri tongkat baru kepada Umno?" tanya Mat Sabu dalam satu ceramahnya malam tadi di Kota Baru.

Turut serta dalam ceramah anjuran PAS Kota Baru itu Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Mat Sabu dipercayai menyindir sesetengah pihak dalam PAS yang cuba berbaik-baik dengan Umno.

Menurut Mat Sabu, semasa satu Muktamar Pemuda PAS di Rusila, Marang, mursyidul am PAS ketika itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kekuatan Umno dan BN ialah kerana adanya tongkat iaitu daripada MCA dan MIC.

"Kalau kita berjaya patahkan tongkat itu, rebahlah Umno," kata Allahyarham Nik Aziz sebagaimana diceritakan Mat Sabu.

"Sekarang orang Cina dan India tidak mahu lagi undi Umno dan BN, ertinya tongkat Umno sudah patah dan Umno pasti akan rebah.

"Sekarang, dua tongkat Umno itu sudah patah, ertinya Umno sedang terhoyong hayang, tiba-tiba ada orang yang mahu tahan Umno supaya jangan tumbang," kata Mat Sabu dalam ucapannya di depan kira-kira 1,000 hadirin.


Baru-baru ini, semasa diwawancara akhbar Singapura, Nation, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ada mencadangkan sekali lagi agar kerajaan perpaduan tanpa pembangkang ditubuhkan di Malaysia dengan menggabungkan semua parti dalam negara, baik daripada BN mahu pun Pakatan Rakyat (PR).

PATI ROHINGYA MENDARAT DI LANGKAWI

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengenal pasti perairan Pulau Pinang dan Langkawi sebagai laluan aktif penyeludupan masuk pendatang haram.

Namun Pengarah Siasatan Jenayah APMM, Laksamana Pertama Maritim Datuk Zulkifli Abu Bakar berkata pihaknya sentiasa memantau kawasan pantai negara sepanjang 4,490 kilometer bagi membanteras kemasukan pendatang haram sama ada secara diseludup atau diperdagangkan.

Beliau diminta mengulas laporan Bernama kelmarin bahawa aliran keluar pelarian dari Teluk Benggala memuncak pada bulan Oktober dan untuk tahun ini sahaja, 21,000 pelarian Rohingya dan warga Bangladesh dilapor belayar menuju Asia Tenggara dengan Malaysia dan Thailand merupakan destinasi pilihan utama.


“Kami sentiasa mengutamakan keselamatan perairan negara dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak, kerana kemasukan pendatang haram bukan sahaja akan meningkatkan kadar jenayah, tetapi memberi ancaman dari segi sosial dan kesihatan,” katanya kepada Bernama.

Beliau menjelaskan terdapat akta bagi membanteras pendatang haram iaitu Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran 2007 (Pindaan 2010) serta Akta Imigresen 1959.


Pendaratan PATI Rohingya/Bangladesh pada 12.15 pagi tadi, dimaklumkan ada sebuah bot membawa PATI tersangkut dekat breakwater Pantai Pasir Berdengung, Mukim Padang Matsirat, Langkawi. Setakat sekarang seramai 77 lelaki Bangladesh, 28 lelaki Rohingya telah di bawa ke IPD Langkawi. Seramai 71 lelaki, 14 perempuan dan 11 kanak-kanak telah dikumpul untuk dibawa ke IPD. 


“Warga asing mampu mengganggu ketenteraman rakyat tempatan seperti jenayah yang dilakukan warga Myanmar di Pulau Pinang sesama mereka. Kerajaan juga perlu memperketatkan undang-undang,” katanya.


07 May 2015

SEKAPAL TAK SEHALUAN, PENANG MAI

Menjelang hari pengundian pada Khamis, keharmonian kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh akhirnya tercalar apabila dua kumpulan penyokong pembangkang ‘bercakaran’ sesama sendiri.

Bertelagah dalam mempertahankan hudud, kekecohan di hadapan Masjid Kampung Kubang Semang itu membabitkan penyokong dan ahli PAS sendiri.

Ketegangan bermula apabila kumpulan yang menggelar diri mereka ‘pro ulama’ berkumpul bagi menyatakan sokongan terhadap terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah.

Kumpulan yang diketuai Ketua Penerangan PAS Bagan, Azmi Jaafar itu bersama 10 yang lain membawa sepanduk bertulis ‘Hudud hukum Allah’,

‘Kami sokong Tok Guru Presiden’ serta ‘Pemuda bersama kepimpinan ulama’, mereka juga melaung-laungkan ‘kami sokong ulama’, ‘pengkhianat’ dan ‘Allahuakbar' menggunakan pembesar suara.


06 May 2015

TAHNIAH!! BN MENANG WALAUPUN MAJORITI MEROSOT - NAIB PRESIDEN

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai kaitan dengan kehilangan majoriti hampir separuh Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) di Rompin yang diumumkan sebentar tadi.

Menteri pertahanan itu berkata, perkara yang lebih utama adalah BN kini berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Rompin.

"Saya tidak rasa beliau (Dr Mahathir) ada kaitan di sini (Rompin)...ia tidak melibatkan beliau. Beliau tidak mengundi di sini," katanya, ketika ditemui pemberita di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di Kuala Rompin, malam tadi.

Hishammuddin berkata demikian ketika ditanya kemungkinan penurunan kemenangan majoriti BN di Rompin daripada 15,114 kepada 8,895 akan dijadikan "modal" untuk Dr Mahathir lebih agresif menyerang pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Itu banyak perkara, kita akan buat post portem..tapi yang pasti wakil rakyat kita BN," katanya ketika diminta mengulas sama ada cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan isu berkaitan Felda menjadi faktor penurunan majoriti tersebut.

Sementara Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu akan melakukan post-mortem mengenai punca kemerosotan undi majoriti dan kekalahan di beberapa Pusat Daerah Mengundi pada PRK itu.

"Rakyat memberi isyarat dan BN mesti mengambil berat," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

BN berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Rompin apabila calon mereka, Datuk Hasan Arifin berjaya menewaskan calon daripada PAS Nazri Ahmad dengan majoriti 8,895 undi, namun dengan majoriti lebih kecil berbanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Rupanya Ini Punca BN Hilang Hampir Separuh Majoriti Di PRK Rompin

Hasan berjaya memperoleh 23,796 undi, manakala Nazri hanya memperoleh 14,901 undi.

Pengumuman rasmi keputusan PRK Rompin dilakukan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Rompin Datuk Fadzilla Salleh pada jam 10.25 malam tadi, di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Kuala Rompin, malam tadi.

Calon PAS bagaimanapun tidak hadir ketika pengumuman itu dimaklumkan.

Proses pengundian bermula sekitar jam 8 pagi tadi dengan sejumlah 38 pusat mengundi dengan 115 saluran dibuka bagi membolehkan 52,744 pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka.

Peratusan keluar mengundi pada PRK Rompin hari ini juga lebih rendah apabila hanya sekitar 74% keluar mengundi berbanding 85.9% pada PRU13 lalu.

Turut hadir dalam pengumuman itu termasuklah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan serta beberapa kepimpinan tertinggi BN lain.


Kawasan Parlimen Rompin mempunyai seramai 53,294 pengundi berdaftar, menyaksikan majoriti 87% merupakan pengundi Melayu yang kebanyakannya menetap di 14 petempatan Felda di seluruh kawasan Parlimen tersebut.

Manakala kelompok kedua terbesar adalah pengundi lain-lain, yang majoritinya meliputi pengundi daripada komuniti masyarakat Orang Asli, dan kaum India, sekitar 9%, diikuti pengundi kaum Cina, hanya pada kadar 2%.

Ketika PRU13, sekitar 85.9% pengundi keluar mengundi daripada sejumlah 53,596 pengundi berdaftar.

PRK Parlimen Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya,Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang maut dalam nahas helikopter pada 4 April lalu.

Pada PRU ke-13, Jamaluddin mengalahkan calon PAS Nuridah Salleh dengan majoriti 15,114 u
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...