30 April 2015

PKR TERDESAK, PAS BUAT PUSINGAN U

KOTA BHARU: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang wajar memohon maaf kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana menuduh PAS menjalin persahabatan dengan Barisan Nasional (BN) berhubung isu hudud, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, PAS tidak mempunyai sebarang hubungan dengan BN dan kerjasama yang berlangsung pada ketika ini adalah melibatkan kerajaan negeri Kelantan dan kerajaan pusat. "Sebenarnya tidak ada apa-apa hubungan (PAS) dengan UMNO (dan BN).

Pihak kerajaan negeri (Kelantan) dan (kerajaan) Persekutuan bersetuju mengadakan jawatankuasa teknikal (di peringkat pusat) bagi melihat bagaimana Akta 355 (bidang kuasa Mahkamah Syariah) boleh dibuat pindaan di peringkat Parlimen, itu sahaja.

"Mungkin bagi Pemuda (Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang) itu satu tuduhan kepada presiden ... itu mungkin sebabnya (AMK perlu) minta maaf. (Ia) wajarlah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri Kelantan di Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah sebelum ini berkata sayap itu tidak akan turun berkempen membantu PKR dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh selepas AMK Pulau Pinang enggan memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan yang didakwa memfitnah Abdul Hadi.

Bagaimanapun, hari ini Mohd Yusni berkata mereka membatalkan hasrat memboikot PRK Parlimen Permatang Pauh namun bertegas mahu AMK memohon maaf berhubung kenyataan mereka memfitnah pimpinan PAS. 

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata pihaknya akan terus menggesa AMK Pulau Pinang menarik balik tuduhan yang dilontarkan kepada Abdul Hadi serta meminta maaf kepada Presiden PAS itu.

"Dalam hal ini kami juga berpendirian bahawa pihak yang menyerang atau pihak yang mengeluarkan kenyataan awal kononnya Presiden PAS ini melakukan kerjasama dengan UMNO perlu dan wajib meminta maaf dan menarik balik kenyataan mereka," katanya.

PRK Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Suhaimi Sabudin (BN), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).


PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

29 April 2015

PR TIDAK PUAS HATI, NAJIB GOYANG SIKIT AJE

Apa masalahnya kalau Najib menari masa anak dia kahwin beb? Sejak beberapa hari lepas portal pro pakatan memainkan video PM menari di majlis kahwin anak beliau di Kazakhstan.

Aku menjadi sedikit musykil bila mereka mahu mempertikaikan benda tersebut. Bagi aku tidak ada salahnya Najib dan isteri menari di majlis tersebut lagipun itu majlis tertutup dan dikalangan saudara mara dan sahabat handai mereka. Kenapa korang nak pertikai?

Menjadi amalan biasa bagi sesetengah pihak meraikan pengantin baru dengan tarian. Contohnya bila ada keluarga berdarah Pakistan Melayu membuat majlis perkahwinan mereka akan menari dikalangan keluarga mereka ala macam dalam cite hindustan tu.

Dan kalau kita pergi ke majlis perkahwinan orang melayu boleh tengok karaoke dan joget lambak dan macam-macam lagi. Apa nak heran? Tapi kan kalau dah jenis tak suka tu kalau kita explain bagai nak rak pun mesti tak kan nak terima punya kan?

Mesti akan kata apa perlu PM menari? Lagi sekali aku nak bagitau lantak la  apasal korang sibuk? Itu majlis perkahwinan anak dia dan sebagai bapa dia seronok kerana anak dia dah selamat diijabkabulkan. Lagipun itu memang tradisi orang Kazakhstan.


Atau korang memang nak PM Najib Razak supaya sentiasa berkabung dan jangan buat apa pun untuk diri dia? Bukankah dia pun manusia juga yang mempunyai anak dan isteri? Apakah dia tidak berhak untun bergembira?

Kadang-kadang aku tengok rakyat Malaysia ni over sangat la. Sikit apa PM buat semua bak pertikai. Dia beli Jet untuk kegunaan pembesar negara korang bising. Dia keluar negara untum tugas dia pun korang marah sebab pakai ket. Abistu korang nak dia naik apa pi luar negara? Pakai tongkang ka wei?


Sebagai Perdana Menteri beliau berhak untuk mendapatkan keistimewaan beb. Itu hak dia sebagai ketua negara, takkan korang nak tengok PM korang naik kereta ISWARA Kot? Come on la wei.

Be rational dan logik la sikit, bagi la ruang dan peluang kepada PM untuk memacu negara menuju Wawasan 2020. Give him a break la wei.

Lagipun apa sangat la video Najib menari ni kalau nak dibanding dengan video Amwar menari goyang-goyang dengan CHINA DOLL tu? Yang tu korang tak marah pulak ya? Sebab video porno kan? Sebab dia al jubs kan?

Tolong la rakyat Malaysia aku tau korang tension pasal GST. Tapi jangan la over sangat beb. Aku pun tension pasal GST ni. Tapi bagi la masa sikit supaya semuanya boleh dikawal tidak lama lagi.


Boleh?


27 April 2015

MILITAN IS DITAHAN - PDRM

Pasukan polis dari Bahagian E8, Cawangan Khas hari ini berjaya menahan 12 suspek serta merampas sejumlah bahan letupan di Hulu Langat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kesemua suspek dipercayai sedang merancang untuk melakukan huru hara di dalam negara.

"Pada 25 dan 26 April, bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas telah melancarkan satu operasi di Hulu Langat, Selangor dan Cheras, Kuala Lumpur ke atas sel anggota kumpulan pengganas yang disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas militan IS.

"Seramai 12 orang suspek lelaki warganegara Malaysia berusia dalam lingkungan umur 17 sehingga 41 tahun telah berjaya ditangkap kerana disyaki sedang merancang untuk melancarkan serangan ke atas sasaran-sasaran strategik dan berkepentingan kerajaan di sekitar Lembah Klang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Kata Khalid, rancangan untuk melancarkan serangan oleh anggota sel ini adalah sebagai menyahut seruan pemimpin kanan IS di Syria.

"Mereka mahu melancarkan serangan ke atas kepentingan negara Islam sekular yang didakwa sebagai tindak balas terhadap operasi penangkapan ke atas mereka yang disyaki terlibat atau mempunyai kaitan dengan IS oleh pihak PDRM

"Di dalam operasi tersebut, pihak polis telah berjaya merampas lebih kurang 20 kilogram serbuk dipercayai Ammonium Nitrate, lebih kurang 20 kilogram serbuk dipercayai Potassium Nitrate, lebih kurang dua liter cecair dipercayai kerosin, dua unit alat kawalan jauh.

"Selain itu polis turut merampas motor penggera dan pelbagai jenis wayar, empat biji bateri 9 volt, penimbang digital, dua biji penyukat, tiga batang paip PVC dan penutup, bendera IS dan beberapa lagi peralatan dipercayai untuk digunakan bagi menghasilkan bahan letupan," ujarnya.

Katanya lagi, kesemua 12 orang lelaki berkenaan ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab 6A - Kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2013 (Akta 747).

Terdahulu, Khalid mengesahkan penahanan suspek berkenaan menerusi melalui akaun twitter dan Facebook rasminya.

12 April 2015

PAS SOKONG BN - PARLIMEN ROMPIN

INI masanya Pas untuk ‘membalas budi’ Barisan Nasional (BN) dengan tidak meletakkan calon di kerusi Parlimen Rompin.

Allahyarham Jamaludin Jarjis

Sosek sosek ini begitu hangat diperkatakan setelah BN tidak menyaingi Pas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Kelantan tempoh hari.

Lagipun dengan majoriti besar 15,114 undi yang diperoleh Allahyarham Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis dalam PRU-13 lalu, agak mustahil untuk Pas merampas kembali Rompin yang dikuasai wakil rakyat UMNO sejak 23 tahun lalu. Bahkan, Allahyarham Jamaluddin amat disenangi pengundi kerana banyak membantu serta menyumbang bakti kepada rakyat.

Tambahan lagi, UMNO Bahagian Rompin yang kini dipangku oleh timbalan ketuanya, Datuk Hassan Ariffin yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Pahang tentu sekali tidak akan membiarkan pembangkang mengganggu-gugat perpaduan dan keharmonian yang dikecapi penduduk Rompin selama ini. 

Sama seperti Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendominasi DUN Chempaka berpenggal-penggal lamanya, BN bukan tandingan Pas di Rompin. Untuk sebab kekosongan dua kerusi inipun kerana kematian wakil rak­yatnya.


Pas pernah tidak menurunkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil DUN Batu Talam, Raub pada 2007.

Alasan yang diberikan Pas ketika itu kerana ‘memboikotnya’ walaupun perkara sebenar kerana tidak berani bersaing selain menghormati kematian ADUN yang telah meninggal dunia. Jadi, tak salah jika Pas berbuat perkara sama, kali ini di Rompin.

Cuma, kalau Pas tidak meletakkan calon di Rompin, apakah ahli dan jentera parti Islam itu akan turun padang membantu kempen pakatan pembangkang di kerusi Parlimen Permatang Pauh?

Pilihan raya kecil Permatang Pauh itu berlangsung selang sehari, iaitu 7 Mei selepas PRK Rompin, 5 Mei.

Dengan ketegangan politik dalaman antara Pas dan rakan sekutunya, DAP dan Parti Keadilan Rakyat yang menentang pelaksanaan hudud, apakah Pas masih akan membiarkan parti mereka disepak terajang macam bola ke sana, ke sini?

Tentu sekali ahli Pas tidak wajar membiarkan diri mereka dipergunakan lagi untuk mencapai matlamat politik pakatan pembangkang semata-mata,

DAP dan PKR hanya mahu mempergunakan Pas untuk mencapai matlamat politik.


Setelah menang, mereka menghina lagi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

MUZAKARAH PAS & UMNO - HUDUD


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti berkenaan perlu mengadakan rundingan dengan UMNO dalam usaha mereka (PAS) untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan. 

Beliau menganggap UMNO ikhlas dalam menyokong usaha PAS itu. "Bagi kita, kita anggap semuanya ikhlas. Jadi, jangan tangguh urusan ikhlas ini," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Program Nadwah Fiqh Ikhtilaf anjuran Pemuda PAS di sini hari ini. 

Malah, anggota Parlimen Marang itu turut mempertikaikan tindakan segelintir anggota PAS yang mempersoalkan keikhlasan UMNO itu.


Abdul Hadi bagaimanapun kesal apabila sekutu mereka dalam pakatan pembangkang, DAP yang terus menekan PAS supaya menangguhkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.


Beliau menyatakan pelaksanaan hukum Hudud yang ingin diketengahkan PAS tidak melibatkan orang bukan Islam dan DAP sepatutnya tidak perlu risau. 

"Kita nak laksana hudud bukan macam Taliban atau IS kerana mereka dirikan negara tak mengikut asas yang betul," katanya.

02 April 2015

PAS & UMNO BERSATU

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS mampu berjuang bersendirian walaupun disingkirkan daripada pakatan pembangkang.

Amar yang juga anggota Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata PAS pernah melalui zaman sukar selepas keluar daripada Barisan Nasional, namun mampu bangkit dan menawan Kelantan pada pilihan raya umum ke-8 pada 1990.

"Jadi kalau kawan-kawan kita (DAP dan PKR) berkeras untuk berpecah, maka kita tak ada pilihanlah.

"Kita sudah ada pengalaman berbanding orang lain dan kita pernah menang Kelantan ini bersendirian, kita sudah ada rekod itu, bukan kita nak berbangga," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco di Kota Darul Naim di Kota Baru, hari ini.

Beliau mengulas krisis pakatan pembangkang kini berikutan penentangan DAP dan PKR terhadap rang undang-undang persendirian berkaitan hudud.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebelum ini mengumumkan keputusan parti itu untuk memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan tindakannya yang bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan.

Ini disusuli tindakan drastik DAP Sarawak yang mengumumkan keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu minggu lepas atas alasan sama, manakala PKR dan DAP Sabah turut mengumumkan keputusan sama, kelmarin.

Amar berkata DAP dan PKR perlu belajar bertolak ansur serta menghormati dasar parti rakan dalam pakatan itu. 


"Sebagaimana PAS bertolak ansur dalam isu PBT (pilihan raya pihak berkuasa tempatan di Pulau Pinang), maka kita harap DAP pun bertolak ansurlah.

"Menyerang Presiden PAS ini sikap tidak bijaksana dalam hubungan, kita tak serang peribadi dan tidak serang pimpinan DAP," katanya. – Bernama

Ternyata kenyataan Nik Amar di atas terlalu angkuh dan bongkak. Seolah-olah PAS hanya ada di Kelantan tidak di negeri lain. Seolah-olah PAS kini sudah cukup kuat untuk berjuang sendirian tanpa rakan-rakan dari Pakatan Rakyat. Seolah-olah hanya beliau seorang yang berhak menentukan dasar dan halatuju PAS, bukan ahli-ahli PAS, bukan muktamar.


Apabila muktamar setiap tahun memutuskan resolusi perkukuhkan PAS di dalam Pakatan Rakyat, sepatutnya segala jalan dan segala usaha dilakukan bagi mempastikan PAS tdiak berpisah dan terpisah dengan perjuangan Pakatan Rakyat. Tetapi apa yang berlaku pimpinan tertinggi PAS lakukan adalah disebaliknya. Malah mereka yang bertindak untuk pastikan kesinambungan PAS dalam PR telah dilabelkan barua dan pelbagai label lain seperti Jebon dan seumpamanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...