25 February 2015

AKHIRNYA DSAI MENGAKU JUGA MELIWAT

Usaha memohon pengampunan adalah langkah terakhir untuk membebaskan Anwar selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi membatalkan sabitan dan hukuman penjara 5 tahun kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Permohonan pengampunan juga akan menyebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak dapat mengumumkan kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandang Anwar sehingga selesai proses pengampunan.

Semalam Naib Presiden PRK Rafizi Ramli berkata Anwar tidak akan memohon pengampunan daripada Agong berhubung sabitan kes liwat yang dihadapinya.

Beliau berkata, sehingga kini Anwar tidak pernah memberikan sebarang arahan kepada pasukan peguam belanya untuk berbuat demikian.

"Setakat yang saya ketahui, Anwar tidak pernah beri sebarang arahan (memohon pengampunan daripada Agong).

"Dia (Anwar) tidak bersalah," kata Rafizi semalam.

Bagaimanapun keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan mengejutkan untuk memohon pengampunan daripada pemerintah tertinggi negara hari ini pada saat-saat akhir.

Hari ini isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan keluarganya pergi ke Istana Negara untuk menghantar permohonan pengampunan.
Difahamkan, permohonan tersebut dimaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Ramai yang tertanya-tanya.. apa cerita ni? Parti kata Anwar tak mohon pengampunan tapi Presiden parti pulak pergi mohon pengampunan..

Syarat memohon pengampunan menurut Zulkifli Nordin:

1. Mengakui kesalahan
2. Menyesal dengan kesalahan
3. Berjanji tidak akan mengulangi kesalahan

Berikut adalah penjelasan dari anak Anwar Ibrahim yang namanya Nurul Nuha..

UNTUK SEBARAN SEGERA
KENYATAAN MEDIA 
24 FEBRUARI 2015

Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa.

Bagi pihak keluarga kami, saya dengan penuh rasa rendah diri ingin menyampaikan rasa terharu dan bersyukur ke hadrat Illahi dengan sokongan dan semangat solidariti daripada rakan-rakan serta para penyokong di dalam dan dari luar negara.

Hari ini merupakan minggu kedua ayah kami Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan sebagai tahanan politik Malaysia.

Atas inisiatif keluarga, kami memutuskan untuk menghantar petisyen kepada Duli Yang Maha Mulia Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah Yang Dipertuan Agong - berdasarkan berlakunya pengenepian prinsip-prinsip keadilan dan pembelaan daripada penganiayaan fitnah ke atas Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mahkamah mungkin telah menjatuhkan hukuman bersalah tetapi, namun ayahanda kami tidak bersalah. Justeru itu kami membuat permohonan petisyen bersandarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.


Kami meletakan keyakinan kepada proses perlembagaan ini serta percaya prinsip keadilan akan ditegakkan apabila kesemua fakta-fakta diteliti secara menyeluruh tanpa campur tangan politik maupun mana-mana cabang kerajaan bersesuian dengan prinsip pemisahan kuasa melalui intitusi Raja Berperlembagaan.

24 February 2015

RAJA LAWAK PAS 2015



Penipuan Mahfuz Omar adalah maha hebat, hari ini dia tipu semua wartawan dengan mengatakan bahawa Sirul the murderer akan buat live teleconversation dengan dia.

Mari kita tgk kronologi penipuan si Bean versi Kedah ni:

1)LIVE DARI HQ PAS-ramai wartawan dan jurugambar hadir untuk cover 'drama' anjuran Mahfuz Omar telesidang dengan Sirul Azhar di Australia.

2)Dah nampak lawak.Sejak 11.33 pagi cuba call Sirul masih tak dapat.Dengar tone tak dapat. Mahfuz buat2 terkejut depan wartawan.What happen?

3)MAHFUZ jenuh dok cari alasan.Dakwa tadi dah SMS Sirul,dia kata OK.Bila tak dapat call,sebentar tadi dakwa pihak berkuasa jem line telefon.

4)SEMENTARA dok tunggu nak dapat call Sirul,Mahfuz mula baca kenyataan media,berlagak macam loyar buruk...dakwaan biasa dia...bla..bla...bla...

5)DITANYA apakah jika Pakatan berkuasa dia nak usul di Parlimen buat undang2 khas siapa2 kena hukum boleh buat PC lepas itu,Mahfuz elak jawab.

6) Tepat 12.16 tgh Mahfuz give up bila tak dapat call Sirul.Dengan wajah nak cover malu, kata dia dan ibu Sirul akan ke Sydney minggu depan.

7)AL-KISAHNYA..Sirul baru telefon balik Mahfuz jam 1.28 tgh tadi.Wartawan dah balik.Dakwa Mahfuz,Sirul belum mahu buat apa2 kenyataan masa ini-Agendanews

KP: Itulah drama pendek anjuran Bean dari utara si Mahfuz SRP ni. Adeh aku dah tak sabar sebenarnya menanti pendedahan Sirul dan aku nak tau siapa arahkan dia bunuh Altantuya.

Sebab rakyat Malaysia sekarang ni lebih percayakan penjenayah dari para hakim yang membuat keputusan. Takpa Mahfuz aku suka kerana hari ini merupakan hari KEMALUAN paling besar buat kau. Kah kah kah!


23 February 2015

MAT SABU HARUS DIPECAT


Pas tidak lagi berlapik apabila secara terbuka mengaitkan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu (Mat Sabu) dan Pengarah Pilihan Raya parti itu, Dr. Mohd. Hatta Ramli sebagai dalang kepada gerakan menjatuhkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Menyifatkan kedua-dua pemimpin tersebut sebagai biadab, wakil Dewan Ulama Pas Kedah, Fauzi Hussin, seterusnya mendesak tindakan tegas termasuk memecat Mohamad dan Mohd. Hatta bagi merawat kembali parti itu yang kini dilanda perpecahan. 

Beliau yang berkias dengan mengaitkan permasalahan Pas kini seperti penyakit kencing manis berkata, apabila mana-mana anggota badan dijangkiti penyakit tersebut langkah terbaik bagi menyelamatkan nyawa adalah dengan memotong bahagian terlibat. “Mana tindakan kita bila ada suara sumbang pertikai Presiden? Mereka datang rasmi mesyuarat cawangan tapi cerita keburukan Presiden. Ini jelas biadab.

Perlu tindakan tegas tidak kiralah siapa pun walaupun pangkat dia Timbalan Presiden atau Pengarah Pilihan Raya parti.

“Kalau isteri ingkar perintah suami maka jatuh nusyuz dan adalah dayus jika kita tidak ceraikan bini yang nusyuz,” katanya semasa membahaskan ucapan Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yakob dalam Multaqa Ulama SeMalaysia II di Stadium Tertutup MPSJ, Serdang Jaya, dekat sini hari ini. 

Pada 8 Februari lalu, Ketua Dewan Pemu­da Pas Kuantan, Fadhli Ibrahim bersama kira-kira 300 ahli yang merupakan penyokong Abdul Hadi berhimpun di ibu pejabat parti itu mendesak Mohd. Hatta dan mereka yang terlibat dalam komplot menjatuhkan Presiden serta kepe­mimpinan ulama meletak jawatan. Dalam laporan sebuah portal baru-baru ini, Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), 

Datuk Phahrolrazi Zawawi mengakui terdapat perbincangan dalam parti berhubung kedudukan Abdul Hadi sebagai presiden Pas. Bagaimanapun, beliau dilaporkan menafikan terlibat dalam kumpulan itu walaupun ada pihak yang mengaitkannya bersama Mohamad, Mohd. Hatta dan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dalam kumpulan yang didakwa cuba menjatuhkan Abdul Hadi.


Dalam pada itu, Fauzi bertindak menyelar sikap Mohamad yang sering kali menyifatkan kenyataan Abdul Hadi mengenai pelbagai isu berkait pakatan pembangkang cuma sebagai pandangan peribadi Presiden Pas tersebut dan bukan mewakili pendirian parti. 

Katanya, jika begitu pendirian yang diambil oleh Mohamad, mengapa Timbalan Presiden Pas tersebut tidak pula tampil menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pandangan peribadi dalam isu serupa.

 “Sebab itu pada saya, seluruh ahli Majlis Syura Ulama perlu bertegas, mesti menyatakan pendirian segera dan jangan ada muslihat (kerana) kepentingan jemaah perlu dijaga, kalau tidak kekuatan yang ada pada kita pada hari ini akan hilang,” katanya.

12 February 2015

TG NIK AZIZ KEMBALI KE RAHMATULLAH


Mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia malam ini jam 8.45 malam.
 Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Laporan lewat malam ini menyebut, Nik Abdul Aziz sudahpun dibawa pulang ke kediamannya dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

TG Nik Aziz dilaporkan telah dibawa pulang dengan berbantukan bekalan oxygen.

Sebelum ini anaknya Nik Mohamad Abduh menyatakan tahap kesihatan ayahnya kini kembali merosot.

“Tahap kesihatan ayahanda menurun selepas jalani rawatan pada ulsernya semalam."

Bekas menteri besar itu, yang turut mengidap kanser prostat dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia di Kota Bharu pada 19 Januari lalu.

Tahap kesihatannya merosot ketika bah besar melanda negeri itu.

Nik Abduh menyatakan solat jenazah akan diadakan pada jam 10.00 esok pagi di masjid Tok Guru, Pulau Melaka.


Allahyarham dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam.

Allahyarham telah mendirikan rumahtangga dengan Tuan Sabariah binti Tuan Ishak. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan 10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan.

Hidup beliau sangat sederhana meski bergelar Menteri Besar. Umum mengetahui, Allahyarham dan keluarganya tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung.

RETAK MENANTI BELAH - PECAT HATTA RAMLI

Sekumpulan ahli PAS hari ini menganjurkan perhimpunan di hadapan ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur mendakwa Pengarah Pilihan Raya Dr Mohd Hatta Ramli menjadi dalang kepada usaha menggulingkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kumpulan yang diketuai Ketua Pemuda PAS Kuantan Noorzazilafadli Ibrahim itu menuntut Dr Hatta yang juga ahli Parlimen Kuala Krai agar meletakkan jawatan kerana cuba menggulingkan presiden.

Dengan menaikkan kertas pemidang tertulis "pecat Hatta dan konco-konco" dan "kami dikhianati Hatta Ramli", mereka berhimpun menyambut ketibaan pimpinan PAS yang akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat hari ini.

Pakatan Rakyat (PR) dijadualkan akan bermesyuarat petang ini dan pimpinan ketiga-tiga parti PKR, PAS dan DAP akan hadir ke ibu pejabat parti Islam itu petang ini.


Semalam Norzalilafadli menjemput media untuk hadir hari ini bagi menyerahkan memorandum terbuka bagi mendesak seorang ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat meletakkan jawatan.


Katanya ianya bertujuan mendedahkan nama dan bukti gerakan konspirasi menjatuhkan presiden PAS dan kepimpinan ulama.

10 February 2015

KES SELESAI - PENJARA 5 TAHUN KEKAL

Mahkamah mengambil kira beberapa faktor dan kekalkan tempoh penjara 5 tahun setelah disabitkan bersalah.

Keadaan di Mahkamah, masih lagi terkawal walaupun para penyokong Anwar yang tidak berapa kerat sedang berkumpul.

FRU sudah bersedia mengawal keadaan dan bersedia membawa Anwar Ibrahim ke penjara... tak pasti sama ada penjara Sungai Buloh atau Kajang.

Berikut adalah kronologi sebelum mahkamah membuat keputusan:

1.42 tengahari: Pihak hakim bersetuju untuk membenarkan Anwar memberikan kenyataan kepada mahkamah. Malangnya, Anwar Ibrahim menggunakan peluang tersebut untuk menyatakan bahawa ini adalah konspirasi besar untuk menjatuhkan beliau.

Hakim meminta Anwar Ibrahim untuk berhenti, namun beliau masih meneruskan insiden itu dengan menuduh mahkamah pula terlibat dengan konspirasi tersebut.

Hakim mengambil keputusan untuk meninggalkan kamar mahkamah kerana Anwar Ibrahim gagal untuk mematuhi arahan hakim.

Anwar Ibrahim kemudian menjerit di dalam kamar mahkamah menyatakan bahawa beliau tidak akan berhenti untuk memperjuangkan nasibnya.


1.40 tengahari: Shafee turut menyatakan bahawa Mahkamah melakukan kesalahan serius sekiranya meletakkan kesalahan tersebut kurang daripada 6 tahun. Sepatutnya kesalahan kali kedua ini perlu dihukum dengan lebih keras dan berpatutan dengan keputusan mahkamah seluruh dunia.

1.34 tengahari: Shafee pula menyatakan bahawa Anwar Ibrahim perlu mendapat hukuman penjara maksimum 20 tahun tetapi sebatan tidak perlu kerana faktor usia.

Ini adalah kesalahan yang kedua beliau dan kesan daripada kes ini memberikan impak kepada mental dan masa depan Saiful Bukhari. Malah kes Anwar Ibrahim hendak menyaman Saiful Bukhari juga ditarik balik oleh Anwar sendiri.

Shafee turut merujuk kepada kes Datuk Harun yang sebelum ini tidak mendapat pengurangan dari pihak mahkamah walaupun beliau merupakan bekas pemimpin kerajaan.


1.31 tengahari: Gopal menyatakan bahawa tiada alasan yang cukup untuk memanjangkan hukuman terhadap Anwar Ibrahim berdasarkan fakta kes.

1.18 tengahari: Peguambela Anwar Ibrahim, Gopal Sri Ram telah memulahkan dengan merayu supaya hukuman Anwar Ibrahim dipendekkan kepada tempoh 2 tahun sahaja.


Beliau berhujah dengan alasan Anwar Ibrahim bekas pemimpin kerajaan dan juga merupakan Ketua Pembangkang. Gopal juga menyatakan faktor usia dan kesihatan Anwar Ibrahim.

PAS MELARANG AHLINYA MENYERTAI DEMONSTRASI


09 February 2015

PETANDA BURUK BUAT ANWAR - MARK TROWELL


Pendaftar Mahkamah Persekutuan meminta barisan peguam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyediakan penghujahan berhubung hukuman terhadapnya.

Sementara peguamnya menyifatkannya sebagai perkara biasa, pemerhati antarabangsa yang juga peguam diraja Mark Trowell (kiri) menyifatkannya sebagai "petanda buruk".

“Perkara itu mencadangkan rayuan pembelaan terhadap sabitan dan hukuman akan ditolak.
"Jika begitu, Anwar serta merta akan ditahan," katanya kepada Malaysiakini.

Mahkamah Persekutuan akan menyampaikan keputusan berhubung rayuan terakhir Anwar mengenai kes liwat dan hukuman lima tahun penjara sebelum ini.

Sementara itu, pihak pendakwa pula merayu supaya hukuman lebih berat diberikan.
Malaysiakini difahamkan peguam Anwar diperintah menyediakan penghujahan selepas penghakiman esok.

Seorang peguamnya Sangeet Kaur Deo mengesahkan perkara itu hari ini.

"Ia tidak semestinya petanda buruk kerana memang amalan biasa semua pihak dimaklumkan agar bersedia untuk pendengaran sebarang rayuan," katanya kepada Malaysiakini.

Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun setelah didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu.


Keputusan itu menolak keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepaskan dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan itu pada 9 Januari 2012. Rujukan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...