13 December 2013

KDN PERLU SIASAT JANGAN CAKAP SAJA?


 
Pergerakan dan siri-siri ceramahnya pasti dipantau, apatah lagi beliau seorang pemimpin kanan PAS... Perbuatannya dan kata-katanya yang cukup mengelirukan menjadi faktor utama beliau dikaitkan dengan Syiah...
 
PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempunyai 10 bukti untuk mengaitkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah, kata Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.
 
Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan pemimpin nombor dua PAS itu didakwa cenderung dengan fahaman Syiah.”Antara bukti itu adalah beliau pernah menggesa umat Islam supaya mencontohi kepimpinan Khomeini menerusi tulisannya bertajuk “Teladan PemerintahanNabi Yusuf, Khomeini” di ruangan akhbar Harakah pada 5 hingga 15 Julai 2008,” katanya.
 
Beliau berkata, selain itu Mat Sabu secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasarullah dan mengaku beliau dan isterinya kerap bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat kali.Beliau berkata demikian pada sidang media tergempar di Bangunan KDN di sini, sebentar tadi.

Terdahulu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2013 Sabtu lalu mendakwa orang nombor dua PAS terbabit dengan fahaman Syiah. – BH Online
 
KP : Aku menyokong penuh tindakan KDN mendedahkan siapa saja yang ada gerakan untuk mengamalkan Syiah di Negara ini! Pemikiran Syiah yang mengkafirkan sahabat nabi (yg dijamin syurga) sesungguhnya tidak boleh diterima akal! Hapuskan Syiah di Negara ini!!!
 

04 December 2013

AKAN DATANG 'FERI ROPAX' AKAN BEROPERASI DI LANGKAWI

Langkawi Auto Express akan menyediakan perkhidmatan feri RoPax yang boleh membawa penumpang bersama kenderaan mereka sendiri terus ke Langkawi melalui Kuala Perlis.

Kapal kini dalam proses akhir pemeriksaan menyeluruh sebelum dibawa balik ke Malaysia dari luar negara.

InsyaAllah awal Disember kalau tiada aral melintang akan mula beroperasi.

Laman web sudah bersedia untuk dilancarkan, cuma menunggu kapal siap dibawa balik ke Malaysia.

Selepas ini boleh tempah terus secara 'online' untuk promosi harga yang lebih rendah berbanding membeli tiket secara 'walk-in'.


Kapal dibina baru, dilengkapi bilik VIP dengan keluasan kerusi yang lebih lebar dan bistro untuk makanan ringan sepanjang 1 jam 30 minit perjalanan Kuala Perlis - Kuah.

03 December 2013

TERTUDUH DIDAKWA KES DERA NUR SALINA ABDULLAH

Alor Setar: Seorang peniaga kedai makan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan menyebabkan kematian seorang remaja perempuan yang juga mualaf, Nur Salina Abdullah, 18, yang didera antara awal Oktober hingga November lalu.

Tertuduh, Sharom Bee Ismail, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ooi Sheow Yean.

Mengikut kertas pertuduhan, wanita terbabit didakwa menyebabkan kematian ke atas Nai Ah Nung atau nama Islamnya Nur Salina Abdullah dengan niat menyebabkan kematian atau sesuatu bencana tubuh yang mungkin menyebabkan kematiannya.

Tertuduh yang juga majikan mangsa didakwa melakukan kesalahan itu di Nombor 270, Kampung Belanga Pecah, Langkawi, antara awal Oktober hingga November lalu.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Sharom Bee yang memakai baju berwarna oren dan bertudung hitam kelihatan tenang selepas hakim menetapkan 29 Januari depan sebagai sebutan semula kes berkenaan sementara menunggu laporan bedah siasat.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Rizal Fadzil manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 18 November lalu, akhbar ini melaporkan seorang remaja perempuan yang koma selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Langkawi dipercayai menjadi mangsa dera majikannya meninggal dunia, sehari sebelum itu.


Remaja berkenaan menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.40 malam selepas lebih sehari dimasukkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri. Ketika merawatnya, doktor menemui beberapa kesan lebam lama dan baru di beberapa bahagian tubuh remaja itu. Berikutan itu, polis menahan reman sepasang suami isteri berusia 36 dan 43 tahun untuk siasatan lanjut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...