16 May 2013

TAHNIAH YB HJ MOHD RAWI ADUN AYER HANGAT


Tahniah KP ucapkan kepada YB Hj Mohd Rawi Abd Hamid ADUN Ayer Hangat dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa agama, Hal Ehwan Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia, Pelancongan.

Beliau yang mampu bertutur dan menulis dalam bahasa Arab, Siam selain bahasa Inggeris amat sesuai dilantik sebagai exco tersebut.

KP sebagai penduduk Langkawi mengharapkan YB dapat menunaikan tanggungjawab yg telah diamanahkan oleh MB sebaik mungkin demi masa depan dan pembangunan negeri Kedah.

ALOR SETAR – Lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Kedah mengangkat sumpah jawatan dan menerima tauliah pelantikan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Istana Anak Bukit, pagi ini.

Upacara mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah Exco itu berlangsung di hadapan Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Mereka ialah ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail, Datuk Suraya Yaacob (Sungai Tiang), Datuk Tajul Urus Mat Zain (Tanjung Dawai) Badrol Hisham Hashim (Kuala Nerang).

Turut mengangkat sumpah ialah ADUN Ayer Hangat, Mohd. Rawi Abdul Hamid, Datuk Mohd. Tajuddin Abdullah (Belantek), Aminuddin Omar (Jitra) dan Datin Noor Sabrina Mohd. Noor (Bandar Baharu).

Semua ADUN tersebut belum pernah dilantik ke jawatan itu dengan empat daripada mereka adalah wakil rakyat penggal pertama.

Turut menyaksikan istiadat tersebut ialah Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, BN menguasai 21 daripada 36 kerusi DUN sekali gus memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri.

15 May 2013

TERKINI - DATUK PHAHROLRAZI MELETAK JAWATAN TIM. PESURUHJAYA 1 PAS KEDAH


Pergolakan PAS di Kedah makin parah, bak cakap orang kampung KP kalau "kencing manis kaki dah kena potong dah" macam itu kalau nak diibaratkan.. Tapi KP memandang 'positif' dalam hal ini, sekurang PAs dikedah lebih 'gentleman' dan akan kembali 'normal' dengan perjuangan asalnya.

Terbaru Datuk Phahrolrazi Zawawi pada Rabu mengumumkan beliau meletak jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah.

Beliau mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Setiausaha PAS negeri pada hari Isnin.
Phahrolrazi berkata, beliau membuat keputusan itu bagi memberi laluan kepada Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar melantik pasukannya sendiri.

ALOR SETAR 15 Mei - Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi melepaskan jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya I Pas negeri berikutan keputusan Pas Pusat melantik Naib Presiden parti itu, Datuk Mahfuz sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah yang baharu.

Beliau yang memegang jawatan tersebut sejak 2009 menghantar surat peletakan jawatan berkenaan kepada Setiausaha Pas Kedah, Musoddak Ahmad Isnin lalu dan turut memaklumkannya semasa mesyuarat khas jawatankuasa politik Pas Kedah malam tadi.

Phahrolrazi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundur berkata, beliau bagaimanapun masih mengekalkan jawatan sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kedah.

Katanya, beliau melepaskan jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah kerana mahu memberi laluan kepada Mahfuz melantik orang kepercayaannya.

"Jawatan itu dilantik oleh Pesuruhjaya negeri, bukannya menerusi undian. Kerana mahu menghormati Pesuruhjaya Pas Kedah yang baharu untuk mendapatkan timbalan kanan, wajar saya kosongkannya supaya beliau dapat melantik orang kepercayaan dan individu yang rapat dengannya,'' katanya di sini hari ini. 

14 May 2013

KHALID IBRAHIM MB SELANGOR PENGGAL KE-2.


KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor untuk penggal kedua di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang hari ini.

Mengikut satu laporan Bernama, perkara ini disahkan seorang pegawai di Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor.

Perkembangan ini sekali gus menamatkan teka-teki dan spekulasi yang berlarutan selama seminggu tentang siapa pemimpin daripada gabungan parti PAS, PKR dan DAP (PR), yang akan mengisi kerusi menteri besar selepas pilihan raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei.

Abdul Khalid ketika ditemui pemberita selepas menghadap Sultan Selangor di luar pintu masuk utama Istana Bukit Kayangan di sini berkata barisan baharu exco kerajaan negeri Selangor akan dibuat selewatnya-lewatnya dalam tempoh dua minggu.

"Senarai barisan exco dah ada. Sasaran kami, paling lebih dua minggu, paling awal seminggu exco baharu akan dilantik," katanya.

Abdul Khalid mengangkat sumpah pertama kali sebagai menteri besar pada 13 Mac 2008, empat hari selepas PRU 2008 manakala barisan anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor mengangkat sumpah pada 23 Mac, iaitu 10 hari selepas itu.

Beliau juga merupakan orang pertama dalam kalangan pemimpin pembangkang yang dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Kesemua 13 MB Selangor sebelum ini daripada Umno, parti komponen utama Barisan Nasional (BN).

Pada PRU13, PR memenangi 44 daripada 56 kerusi dewan undangan negeri (DUN) Selangor, meningkat daripada 36 kerusi yang diperoleh pada 2008.

PKR menang 14 kerusi berbanding DAP dan PAS yang masing-masing memperoleh 15 kerusi. Barisan
Nasional (BN) pula memenangi 12 kerusi.

Beberapa hari lepas, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menyatakan sokongan mereka kepada Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

13 May 2013

EXCO PENANG - DAP GANTI PAS?



MELAYU PUPUS DALAM PENTADBIRAN NEGERI PULAU PINANG !!!.. Sama seperti di Singapura..

Pas menang di DUN itu, namun Salleh Man yang juga Persuruhjaya PAS Pulau Pinang tidak dilantik jawatan Exco dalam kerajaan negeri itu.

 Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang sepatutnya mengurus hal ehwal agama Islam di negeri itu diserahkan kepada wakil PKR, Abdul Malik Kassim (Batu Maung).

DAP membolot jawatan Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri II dan enam orang Exco, manakala PKR diberi jawatan Timbalan Ketua Menteri I dan dua exco.

1. Ketua Menteri, Lim Guan Eng (DAP – Parlimen Bagan dan ADUN Air Putih) mengetuai Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah, Pembangunan Usahawan, Maklumat dan Warisan.

2. Timbalan Ketua Menteri I – Rashid Hasnor (PKR- Pantai Jerejak), mengetuai Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat Perhubungan.

3. Timbalan Ketua Menteri II – P Ramasamy (DAP – Perai) – Perancang Ekonomi Negeri, Pendidikan dan Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi.

 BARISAN EXCO

1. Chow Kon Yeow (DAP – Padang Kota) – Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Trafik

2. Lim Hock Seng (DAP- Bagan Jermal) – Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan

3. Danny Law Heng Kiang (DAP- Batu Lanchang) – Pembangunan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

4. Phee Boon Poh (DAP – Sungai Puyu) – Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar

5. Jagdeep Singh Deo (DAP- Datok Keramat) – Perancangan Bandar dan Desa, Perumahan

6. Chong Eng (DAP – Padang Lalang) – Pembangunan Belia dan Sukan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat

7. Dr Afif Bahardin (PKR – Seberang Jaya) – Pertanian dan Industri Asas Tani, Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir.

Kalaulah PAS sedar....Sumber

12 May 2013

SIAPAKAH PENGANTI PESURUHJAYA PAS KEDAH?


Keadaan bekas Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak, tidak akan memungkinkan dia menjadi pemimpin utama di Kedah lagi. Bahkan Azizan juga amat mustahil akan menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah walaupun dia telah kembali sedar daripada ubat bius. Dengan keadaan kedua-dua belah kakinya dipotong, Azizan terpaksa hidup dan beraktiviti di atas kerusi roda.

Dan di dalam siyasah syariah, pemimpin yang mengalami kecacatan atau kekurangan anggota tubuh, perlu menyerahkan keimaman mereka kepada pemimpin lain. Amanah yang ada dalam ajaran Islam dan menjadi intipati kepada kepimpinan, akan menyebabkan Azizan perlu menyerahkan jawatannya kepada pemimpin-pemimpin PAS lain yang lebih layak.
Persoalannya sekarang, siapakah dari kalangan para pemimpin PAS Kedah yang layak untuk menerima jawatan berkenaan?

Sekurang-kurangnya tiga nama diketahui amat berminat dengan jawatan berkenaan. Malah mereka bercita-cita besar dan sewaktu sihatnya Azizan lagi, mereka telah melancarkan gerakan untuk menggulingkan Azizan sama ada sebagai Menteri Besar Kedah, atau pun sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah. Mereka inilah juga yang banyak menyebarkan cerita-cerita buruk tentang Azizan Abdul Razak. Bahkan mereka jugalah yang merupakan golongan pertama yang mendakwa Azizan sudah meninggal dunia ketika Azizan diwadkan di hospital di Pulau Pinang itu sehingga mengakibatkan kedua-dua belah kakinya dikudungkan kerana jangkitan kuman.

Siapakah mereka?

Phahrolrazi Zawawi adalah pemimpin PAS Kedah yang paling agresif menyerang Azizan Abdul Razak. Permusuhannya dengan Azizan Abdul Razak bermula apabila Phahrolrazi mulai disekat daripada mendapatkan lebih banyak kontrak dan tender. Malah Azizan dalam beberapa keadaan, telah tidak menyambung syarikat-syarikat kontraktor yang mempunyai kaitan dengan Phahrolrazi termasuklah salah sebuah syarikat di mana anak lelaki Phahrolrazi menjadi ahli Lembaga Pengarah.

Permusuhan lebih sengit apabila Azizan mulai menyekat kontrak pembalakan dan pengeluaran pasir selain memberikan kontrak membaiki jalan raya kepada syarikat-syarikat lain, termasuklah syarikat-syarikat yang dikatakan milik orang UMNO. Phahrolrazi tidak berpuas hati dan mulai melancarkan serangan dari dalam untuk menggulingkan Azizan.

Bibit-bibit perpecahan mulai ketara apabila Phahrolrazi berjaya mengumpulkan sejumlah ADUN-ADUN PAS untuk menentang Azizan. Malah Phahrolrazi juga berjaya mendapatkan sokongan daripada Dewan Ulama PAS Kedah yang kemudian melancarkan satu lagi serangan untuk memalukan Azizan Abdul Razak dengan serangan dan kempen di Sungai Limau, kawasan yang menjadi kubu kuat Azizan Abdul Razak.

Seorang lagi pemimpin PAS Kedah yang sangat bercita-cita besar adalah Naib Presiden PAS yang juga pemenang Kerusi Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar. Mahfuz Omar yang seringkali dilihat sebagai si bodoh yang diberikan jawatan, awal-awal lagi telah menyatakan permusuhan dengan Azizan Abdul Razak apabila dia meletakkan jawatan sebagai Pengerusi salah sebuah syarikat GLC Kedah. 

Kononnya, dia tidak berpuas hati dengan tindak-tanduk  Azizan yang tidak memberikan keistimewaan kepada orang-orang PAS, sebaliknya Azizan lebih mirip kepada pemimpin UMNO.

Mahfuz Omar telah bekerjasama dengan Phahrolrazi dalam cubaan menumbangkan Azizan Abdul Razak. Kejayaan terbesar mereka ialah apabila meletakkan Kerajaan Negeri Kedah di bawah pemantauan Ahli Jawatankuasa PEMANDU yang bertindak tidak ubah seperti Residen Inggeris di Tanah Melayu pada pertengahan abad ke-18 dahulu. Namun penyokong utama Mahfuz, sudah tentulah Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP dan Anwar Ibrahim, DAJJAL LAKNATULLAH yang sedang berusaha mengucar-ngacirkan negara ini menerusi hasutan agar rusuhan dan pemberontakan berlaku.

Pemimpin PAS Kedah ketiga yang berpotensi untuk menggantikan Azizan Abdul Razak sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah adalah Amiruddin Hamzah, orang yang dikatakan oleh Azizan sendiri sebagai penggantinya di Kedah. Amiruddin Hamzah walaupun pada mulanya merupakan penyokong Phahrolrazi Zawawi memandangkan mereka dari kumpulan pimpinan PAS Kawasan Kuala Kedah di mana Phahrolrazi adalah Yang Dipertua dan Amiruddin adalah Naibnya, kemudiannya melihat peluang terbuka untuk bersekutu pula dengan Azizan Abdul Razak sehinggakan pada suatu peringkat, dia telah diberi amaran oleh Phahrolrazi Zawawi agar tidak menerima jawatan Exco yang ditawarkan oleh Azizan kepadanya.

Amiruddin bagaimanapun, enggan mendengar cakap dan perintah Phahrolrazi Zawawi. Tawaran menjadi Exco diterimanya. Sebagai balasan, Phahrolrazi mengisytiharkan bahawa keahlian Amiruddin selaku ahli PAS kawasan Kuala Kedah digantung walaupun sebenarnya kuasa menggantung ahli adalah kuasa pimpinan Pusat.

Di kalangan pemimpin-pemimpin PAS Kedah, Amiruddin dilihat lebih cerdik dan lebih berwibawa. Bukan kerana dia lebih hebat bekerja memandangkan masalah KUIN bermula pada zaman dia menjadi Exco yang berkaitan. Bukan juga kerana dia berjaya membawa lebih banyak pelaburan ke Kulim Hi-Tech Park walaupun kerap benar dia keluar negara kononnya untuk mencari pelabur-pelabur baru, tetapi kerana Amiruddin lebih bijak menyambar peluang dan menggunakan peluang tersebut dengan sebaik-baiknya.

Dengan kata lain, wajah Amiruddin seringkali melindungi perangai sebenarnya!

Nama-nama seperti Ismail Salleh, Nasir Mustafa, Taulan Rasul, Che Hamdan Che Khalib dan Mat Sabu sendiri, sebenarnya tidak begitu kukuh di Kedah. Mereka mungkin dikenali oleh PAS kawasan tetapi mereka tidak terkenal di seluruh Kedah. Walaupun ada di kalangan mereka yang telah dilantik menjadi Exco, namun mereka lebih banyak belajar main golf daripada turun untuk melihat atau mengambil tahu masalah rakyat. Justeru, mereka bukanlah calon-calon yang berkelayakan dan berwibawa.

Justeru, siapakah di kalangan tiga nama yang menduduki hierarki teratas PAS Kedah itu yang layak menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah menggantikan Azizan Abdul Razak yang sudah tidak berupaya dan cacat? Sumber

08 May 2013

TERKINI - USTAZ AZIZAN BELUM MENINGGAL?



KP dapat berita kat Facebook yang mengatakan Ustaz Azizan Razak meninggal dunia pagi tadi.

Tapi KP nak kasi tau la.. Tolong jangan buat cerita palsu pasal orang mati ni.. Ustaz Azizan belum meninggal dunia..!!!

Tolong la jangan sebar atau dengar cerita yang tak sahih kat Facebook tu.. Confirm dulu dengan sumber yang disahkan, baru la cerita..

Sekarang ni Ustaz dilaporkan masih di Hospital Besar Pulau Pinang.. Berita lanjut akan dilaporkan kemudian.. Tengkiu!

07 May 2013

MB BARU KEDAH - YAB DATO' PADUKA MUKHRIZ TUN MAHATHIR


Ucapan tahniah dari KP kepada BN (UMNO) kerana mendapat kepercayaan rakyat Kedah menerajui semula negeri.

Tahniah juga kepada YAB Dato' Paduka Mukhriz Tun Mahathir yang dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang ke 10.

Selamat menjalankan tugas dan amanah yang diberi.

Kami mendoakan agar pentadbiran YAB Dato' membawa Kedah ke satu era baru

BN MENANG KEDAH SENANG

06 May 2013

KEPUTUSAN PENUH P04 LANGKAWI - BN MENANG BESAR

 


Tahniah sekali lagi KP ucapkan kepada penyandang, Ir Nawawi Ahmad dan Hj Mohd Rawi Hamid kerna mendapat undi cemerlang. Tidak ketinggalan calon baru Sr Nor Saidi Nayan walaupun baru dicalonkan tetapi hasilnya amat membanggakan.

Ketiga-tiga mereka adalah anak tempatan berbanding lawan mereka dari PKR dan PAS, rata-rata di impot dari seberang.

Kepada petugas dan penyokong BN di Langkawi, tahniah kerana anda telah menjalankan tugas yang diamanahkan sebagai pengundi.

Bagi mereka yang terpilih sebagai YB, ingatlah janji-janji yang telah mereka lafaskan. Jangan pula janji tinggal janji. 

SOKONG NAJIB, PILIH BN, PANGKAH DACING.

BN MENANG DENGAN MAJORITI MUDAH



Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan setelah berjaya mencapai kemenangan majoriti mudah apabila memperolehi 133 kerusi pada pukul 1.35 pagi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang menyaksikan 80 peratus daripada 13.26 juta pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Setakat tengah malam ini, BN berjaya membentuk kerajaan di 10 negeri di Sarawak, Sabah, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Perlis, Terengganu, Pahang, Perak dan memenangi semula negeri Kedah.

Kemenangan awal BN disumbangkan oleh BN Sarawak yang meraih 25 kerusi Parlimen daripada 31 kerusi yang dipertandingkan, sekali gus meneguhkan reputasi negeri itu sebagai Deposit Tetap BN'.

Tonggak utama BN Sarawak iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), menepati ramalan dengan memenangi kesemua 14 kerusi yang ditandingi.

Parti Rakyat Sarawak (PRS) pula memenangi keenam-enam kerusi yang ditandingi dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) menang semua empat yang ditandingi. Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) terus berdepan realiti malap dengan hanya memenangi satu daripada enam kerusi yang disaingi.

Di Kedah, BN menepati ramalan berjaya menumbangkan Pas bagi meraih mandat membentuk kerajaan negeri yang baharu memenangi sebanyak 21 kerusi DUN dan 10 Parlimen manakala pakatan pembangkang hanya menguasai 16 kerusi DUN.
BN kekal memerintah Melaka dengan mendapat majoriti dua pertiga dengan memenangi 20 daripada 28 kerusi DUN.

Di Pahang, BN kekal memerintah apabila memperoleh majoriti dua pertiga dengan memenangi 29 daripada 42 kerusi DUN sehingga pukul 12.15 pagi ini.
BN kekal memerintah Negeri Sembilan apabila memperoleh majoriti mudah dengan memenangi 19 daripada 36 kerusi DUN setakat pukul 12.20 pagi ini.

Di Sabah, BN kekal memerintah setelah memperoleh majoriti mudah dengan memenangi 33 kerusi daripada 60 kerusi DUN setakat pukul 12.46 pagi ini.
Di Johor, BN juga membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah dengan kemenangan ke atas 32 daripada 56 kerusi DUN.

Di Terengganu, BN akan terus menerajui kerajaan negeri dengan majoriti begitu tipis setelah hanya memenangi 17 daripada 32 kerusi DUN.
Di Perlis, BN mengekalkan kuasa setelah memenangi 13 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Perak menjadi negeri ke-10 kekal dalam tangan BN setelah mendapat majoriti mudah 30 daripada 59 kerusi DUN setakat 1.08 pagi ini.

Dua negeri sah kekal dibawah pentadbiran pakatan pembangkang iaitu Pulau Pinang dan Kelantan manakala pengiraan masih berlangsung di Selangor dan Perak.

Di kebanyakan kawasan majoriti pengundi Cina dan pusat undi Cina tidak memberikan undi kepada BN tetapi cenderung kepada pakatan pembangkang, terutamanya DAP.

Kekalahan paling besar BN ialah di kerusi Parlimen Bukit Katil, apabila Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam tewas yang dipercayai berpunca daripada peralihan pengundi Cina kepada calon pembangkang.

Di Gelang Patah pula, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dikalahkan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang telah menggunakan kempen berbentuk perkauman bagi menyemarakkan perasaan pengundi Cina.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti yang rendah berbanding 2008 iaitu 11,721 undi.
Beliau memperoleh 37,090 undi menewaskan calon BN, Dr. Mazlan Ismail yang mendapat 25,369 undi manakala calon Bebas, Dr. Abdullah Zawawi Samsudin hanya mendapat 201 undi.

Setakat 3 pagi ini, BN memenangi 133 kerusi manakala Pas (21), PKR (28) dan DAP (38).


05 May 2013

CALON N01 AYER HANGAT TERUS DIHADAPAN

 

Tahniah, setakat jam 3.00 ptg, Hj Mohd Rawi telah mendahului lawan dengan kelebihan 46.8% berbanding PAS 21%, jumlah pengundi DUN Ayer Hangat ialah 20130. Suasana keseluruhan 14 Pusat Daerah Mengundi DUN Ayer Hangat tenang kecuali PDM Padang Kandang berlaku kekecohan.

Ini ekoran rasa tidak puas hati penyokong dan ahli PAS terhadap seorang pengundi wanita Pn Rogayah Ibrahim yang dikatakan sebagai pengundi hantu.

Dengan kecekapan pihak berkuasa bersama SPR telah menyelesaikan masalah tersebut, kejadian ini berlanjutan sehingga 4 jam.

Apa pun, tahniah kepada kesemua petugas yang mematuhi undang-undang demi sebuah negara Malaysia yang demokrasi.


02 May 2013

TERKINI - VIDEO SAIFUL BUKHARI BERSUMPAH DI HADAPAN KAABAH ADALAH BENAR


Allahuakbar! Mohd Saiful Bukhari telah bersumpah laknat di hadapan Multazam, pintu Kaabah, Tanah Haram, Masjidil Haram dibuat pada tanggal 9 April 2012. Sumpah laknat telah dibuat kali ke dua selepas lafasnya pada tahun 2008 di Masjid Wilayah Kuala Lumpur.

Apakah ini satu lagi sendiwara yang selalu dilafaskan oleh PR. Parsoalannya "beranikah Anwar bersumpah latnat sebagaimana Saiful lakukan", ataupun dia mahu mengelak persoalan ini ditanya, u cakap i saman u..

PETALING JAYA 2 Mei - Dalam usahanya untuk meyakinkan semua pihak bahawa dirinya tidak berbohong dalam kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan menayangkan sumpah laknat yang dilafazkan dan dirakamkannya di depan Kaabah ketika mengerjakan umrah pada April tahun lalu.

Menurut bekas pembantu peribadi Anwar itu, walaupun tidak pernah terlintas untuk mendedahkan rakaman itu, namun pengakuan bapanya, Azlan Mohd. Lazim yang mahu kembali ke pangkal jalan semalam sedikit sebanyak telah mengelirukan dan menimbulkan banyak persoalan.

"Oleh yang demikian, saya mengambil keputusan untuk menyiarkan rakaman sumpah laknat ini bagi membuktikan kebenaran kata-kata saya bahawa saya dengan sebenar-benarnya telah diliwat dan sekali gus membersihkan nama saya dan keluarga daripada apa jua tohmahan.

"Sumpah laknat saya di depan Baitullah (Kaabah) ini adalah benteng perjuangan terkuat dalam perjuangan sebagai seorang Islam dalam episod saya menegakkan kebenaran," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Jelas Mohd. Saiful, rakaman video tersebut akan dimuat naik ke laman Youtube, hari ini.
Mengenai bapanya yang insaf dengan tindakannya sebelum ini, ujarnya, perkara itu adalah berkat usahanya yang tidak berhenti berdoa semoga bapanya kembali ke pangkal jalan.

"Kejadian sebelum ini amat menyedihkan saya. Sebab itu saya berdiam, berdoa, solat hajat supaya bapa kembali ke pangkal jalan. Alhamdulillah, Allah tunjukkan kebesaran-Nya. Pendirian saya tetap sama, saya sudi memaafkannya," tegas beliau.



01 May 2013

TERKINI - SIDANG AKHBAR BAPA SAIFUL MENGAKU DIBAYAR?



Ternyata, demi duit apa pun boleh jadi, malah sanggup gadaikan maruah keluarga sendiri. Saiful Bukhari ketika dihubungi mengatakan bahawa bapanya Azlan Mohd lazim telah dipergunakan oleh kuncu-kuncu Anwar Ibrahim yang sentiasa berkeliaran. Itu kisah sebelum pembubaran parlimen.

Tenyata kuasa Allah tidak siapa boleh mengatasinya. Kebenaran akhirnya terbongkar mengatasi kemungkaran. Nyata wang bukan segala-galanya. Bapa Saiful Bukhari waktu ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia diatas keterlanjuran beliau menerima suapan dari Anwar Ibrahim untuk menafikan anak beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim.

Dalam kenyataan Bapa Saiful Bukhari tadi beliau akan terus membela Saiful Bukhari walau apa pun yang berlaku dan beliau amat menyesali keterlanjuran beliau yang gagal melawan nafsu menerima habuan wang yang ditawarkan oleh Anwar Ibrahim.
Azlan juga takut dengan sumpah Laknat yang telah dibuat anak nya Saiful Bukhari mengenai insiden diliwat Anwar Ibrahim.

Untuk makluman semua Bapa Saiful Bukhari ditawarkan habuan wang RM 3 Juta oleh Anwar Ibrahim untuk menafikan Anwar Ibrahim meliwat Saiful Bukhari. Harus kita ingat Anwar Ibrahim penuh dengan wang dan beliau mampu membeli siapa sahaja bagi menampakkan kepada rakyat Malaysia bahawa Anwar Ibrahim adalah manusia yang bersih dan layak diangkat sebagai pemimpin negara.

Untuk berita penuh sila klik link di bawah -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...