26 March 2013

LIMA'13 LANGKAWI BERMULA HARI INI





Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2013 (LIMA '13) di Langkawi kali ini dijangka lebih meriah dengan jumlah kedatangan pengunjung dijangka lebih 160,000 orang sepanjang lima hari acara itu bermula 26 Mac sehingga 30 Mac 2013 ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata sasaran itu diyakini dicapai kerana LIMA ‘13 menampilkan pelbagai acara hebat menerusi segmen udara dan maritim.

Beliau berkata, hingga kini sebanyak 78 pesawat sudah mengesahkan penyertaan dalam segmen udara di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), manakala kapal selam kedua negara KD Tun Abdul Razak akan menyertai 65 kapal tentera laut lain dalam segmen maritim di Awana Porto Malai.

“Antara syarikat terkemuka yang sudah mengesahkan penyertaan mereka dalam acara dwitahunan itu ialah Airbus, Agusta Westland, BAE Systems, DCNS, Eurofighter, Kongsberg, EADS, Sukhoi dan Dassault Aviation.

“Sebanyak 189 syarikat tempatan bakal menyertai LIMA 13 antaranya termasuk Nadi, Sapura, MTU Malaysia dan CTRM,” katanya.

Sumber : BERITA HARIAN

17 March 2013

PANAS!! SATU LAGI KONSPIRASI UMNO-BN



KUALA LUMPUR, 16 Mac  — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan tuduhan blogger pro-Umno yang meletak beberapa gambar individu menyerupai dirinya mengadakan hubungan seks sejenis yang sudah tersebar luas ketika ini.

Dalam artikel yang bertajuk "Aksi Si Raja Goyang" tersebut, beberapa blogger pro-Umno mendakwa gambar tersebut adalah Anwar dan menuduh pemimpin utama PKR tersebut berdampingan dengan lelaki gay.

"Saya menafikan sama sekali tuduhan itu," kata Anwar menafikan selepas ditemui wartawan hari ini dalam satu program anjuran Anwar Ibrahim Club di Hotel One Utama.

13 March 2013

LIWAT II - PENDEDAHAN PEGUAM ANWAR, YUKTES VIJAY


Selama ini kita tahu bahawa para peguam Melayu/Islam Anwar Ibrahim melarikan diri daripada membela beliau. Sebab itu semasa Liwat II, hampir tidak ada langsung peguam Melayu/Islam yang mahu mewakili Anwar Ibrahim.

Mungkin mereka tahu sesuatu yang menyebabkan mereka malas nak mewakili Anwar.
Takpe…itu kisah lama.

Kali ini, seorang peguam India pula yang nyata sudah bosan dan jemu serta marah yang teramat dengan perangai Anwar, tampil membuat pelbagai pendedahan.

Yuktes Vijay adalah peguam yang terbabit secara langsung dalam Liwat II bagi pihak Anwar Ibrahim.

Yuktes berkerja dengan salah seorang peguam Anwar dan beliau melakukan semua kerja-kerja penyelidikan dan mencari bahan untuk mempertahankan Anwar.

Beliau telah menghantar email ke sebuah portal berita menceritakan rasa bosannya melihat sikap bermuka-muka Anwar dalam isu Liwat II.

Beliau antaranya sangat kecewa kerana Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sanggup merendahkan diri ke tahap yang begitu hina apabila mempergunakan bapa Saiful untuk faedah mereka.

Yuktes memberitahu, ketika perbicaraan, Anwar sebenarnya gentar untuk memberikan pengakuan dan bersoal-jawab di kandang saksi. Anwar bimbang dengan soalan-soalan yang mungkin ditanya barisan pendakwaraya.

Dalam email berkenaan, Yuktes turut melontarkan beberapa persoalan yang menghantui dirinya dan mahukan para penyokong Pakatan Rakyat bertanya sendiri kepada Anwar untuk mendapatkan jawapan.

Antaranya:

-Mengapa Anwar secara spesifik dan secara peribadi meminta Ketua Kakitangannya, Ibrahim Yaakob menghantar Saiful ke apartment (di mana liwat didakwa berlaku) membawa dokumen sedangkan ada kakitangan yang lain untuk berbuat demikian.

-Bagaimana Saiful tahu kod untuk masuk ke apartmen itu adalah Mokhtar, yakni nama Ketua Keselamatan dan adik ipar Anwar?

-Bukti video yang dihantar ke Makmal Ghandi di New Delhi mengesahkan kehadiran Saiful di apartmen berkenaan, jadi bagaimana kehadiran Saiful di sana boleh dipersoalkan?

-Mengapa Saiful diberikan layanan istimewa seperti bilik sendiri, keistimewaan untuk mengikuti Anwar dalam lawatan ke luar negara walaupun Saiful adalah kakitangan baru?

-Pembantu khas Anwar kini, Najwan Halimi pernah menghantar email kepada Anwar memaklumkan kesetiaan dan sayangnya kepada Barisan Nasional (BN), kenapa Anwar tidak pedulikan hal berkenaan?.

Menyedari Anwar tidak mampu bertahan soalan-soalan bertalu daripada pihak pendakwaraya, pasukan peguambela memutuskan untuk Anwar agar tidak memberikan sebarang keterangan atas alasan beliau tidak diberikan perbicaraan yang adil.

Anwar berjaya dalam menipu (conning, deceiving and cheating) masyarakat dengan membawa watak yang menyerupai Mandela (Nelson Mandela). Beliau bukan Mandela, tetapi penipu yang hebat, katanya.

Peguam berkenaan juga mempersoalkan siapa yang membayar satu jumlah yang sangat besar kepada dua pakar luar negara iaitu Dr Brian Macdonald dan Dr David Wells yang bercakap bagi pihak Anwar semasa perbicaraan.

Yuktes kata beliau tahu identiti seseorang bergelar Datuk yang membayar untuk semua perbelanjaan berkenaan yang bukan sedikit jumlahnya dan Anwar tidak mengeluarkan satu sen pun duit beliau. Yuran guaman juga dibayar oleh Datuk berkenaan katanya. Beliau walaupun mengetahui siapa Datuk yang menampung semua perbelanjaan Anwar, pada peringkat ini memilih untuk merahsiakannya.

“Masalahnya ialah jika PKR boleh melontar soalan seperti siapa membiyai perbelanjaan perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, mengapa tidak persoalan dari mana jumlah wang yang besar untuk membayar pakar-pakar berkenaan datang? Jika seorang bekas banduan yang sekadar Ketua Pembangkang boleh menggunakan Datuk untuk membayar yuram guamannya, apa salahnya kalau ada Datuk yang hendak bayar perbelanjaan perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri,” soalnya secara analogi.

Mengenai Saiful, berkaitan dengan mangsa liwat, Saiful pula, Yuktes tidak tahu banyak mengenai anak muda berkenaan.

“Satu benda yang boleh saya katakan ialah beliau dinafikan keadilan akibat Pengawai Penyiasat, Jude Perreira, mengabaikan protokol yang diberitahu Jabatan Kimia kepada beliau dan kemudian memutuskan untuk buat kerja ikut gaya sendiri.

“Memang ada DNA Anwar dalam budur Saiful. Satu-satunya perkara yang menghalang Hakim daripada mensabitkan Anwar adalah rantaian bukti berkenaan terputus (akibat sikap bodoh pengawai penyiasat),” katanya.

Peguam berkenaan berulang kali menegaskan bahawa air mani Anwar ada dalam bubur Saiful namun disebabkan rantaian bukti yang terputus serta persoalan mengenai intergriti sampel yang diperoleh, bukti kukuh berkenaan terpaksa diketepikan.

Peguam berkenaan bagaimanapun berjanji akan menulis lebih lanjut dan lebih menyeluruh mengenai isu penolakan bukti yang kukuh berkenaan dalam email yang akan datang.

APA YANG MENARIK….PEGUAM ITU MAHUKAN ANWAR MENYAMANNYA ATAS PENDEDAHAN BERHUBUNG LIWAT II…DIA BERKATA DIA TIDAK SABAR UNTUK BERTEMU ANWAR DI MAHKAMAH BERHUBUNG ISU INI.

AIDC

12 March 2013

PANAS! ADAKAH INI KONSPIRASI UMNO?

Kelakar apabila melihat para pejuang-pejuang saibertrupers pembangkang yang begitu menjulang Azlan Mohd Lazim seolah-olah apa yang dikatakan olehnya adalah sebuah kebenaran, malah ada yang menganggap pengakuan bapa Saiful Bukhari ini sebagai 'anugerah' dan 'petunjuk' dari Allah SWT menjelang PRU13.


Beginilah sikap ketaksuban yang ada dalam setiap kepala otak totok pembangkang di Malaysia, apabila seseorang individu atau sesuatu perkara yang menyebelahi pihak maka tanpa prejudis diangkat individu tersebut sehingga gagal berfikir secara waras.

Sebagai contoh, jika dahulu Mat Sabu, Karpal Singh antara orang yang kuat menjaja cerita kononnya Anwar Ibrahim seorang peliwat. Hari ini kita melihat mereka mengatakan sebaliknya, malah sang peliwat ini diangkat sebagai ketua oleh mereka.

Begitu juga kes melibatkan bapa Saiful Bukhari, sebelum ini beria pihak pembangkang mendakwa bapa Saiful Bukhari ini seorang kaki judi sehingga sanggup melacurkan isterinya, hari ini tuduhan itu bertukar menjadi sebaliknya.

Sebelum ini Chegu Bard sendiri dengan tegas mendedahkan siapakah Azlan Mohd Lazim, sebagaimana disiarkan di bawah :

Tetapi hari ini, saudara boleh melihat sendiri bagaimana mereka menjulang bapa Saiful Bukhari - adakah mereka fikir rakyat hari ini terlalu bodoh sehingga gagal mengingati setiap kenyataan yang dibuat oleh mereka sebelum ini?


Melihat dari tindakan dan setiap kenyataan yang berubah yang selalu diamalkan oleh pemimpin, pengikut hinggalah tindakan Azlan Mohd Lazim sendiri, kita sewajarnya menggunakan akal yang waras sebelum mempercayai bahawa dakwaan yang dibuat itu adalah sebuah kebenaran...

Mungkin selepas ini cerita Anwar Ibrahim sengaja membiarkan diri memasuki 'perangkap seks' yang disediakan oleh UMNO bakal kembali popular. Sumber



07 March 2013

JAMALUL KIRAM MINTA GENCATAN SENJATA!!!



MANILA - Laman web berita ABS-CBNnews.com Filipina melaporkan Jamalul Kiram telah minta satu gencatan senjata diadakan bagi menamatkan krisis pencerobohan kumpulan pengganas di Sabah.

Beliau memaklumkan telah menghubungi ketua penceroboh di Lahad Datu supaya bertindak membuat gencatan senjata pada jam 12.30 tengahari hari ini.

Jamalul Kiram turut merayu kepada pihak keselamatan Malaysia bertindak serupa supaya satu lagi rundingan damai dapat dibentuk untuk menyelesaikan krisis pencerobohan dan mengelak banyak lagi pertumpahan darah.

Jelasnya, beliau akan menyediakan pengangkutan laut untuk membawa baki penceroboh yang masih hidup.

Perkembangan lain, belum ada maklum balas dari pihak keselamatan Malaysia berhubung perkara.

06 March 2013

GEMPAR!! LAGU DAN IRAMA TIDAK DAPAT DI PISAHKAN

Bukan main seronoknya betul Bang Non  kita menyanyi..kononnya macam esok Pakatan Haram dah nak tawan Sabah..


Tapi rakyat Malaysia harus sedar..dikala Anwar tengah berseronok menyanyi memperlekehkan DS Najib, rakyat Sabah sedang berada dalam trauma dan ketakutan berikutan insiden berdarah yang berlaku di Lahad Datu..

Kelakuan Anwar berceramah seolah-olah macam sudah tahu sesuatu yang besar akan berlaku di Sabah dan akan menguntungkan Pakatan Haram di Sabah..

Persoalannya..kenapa Sabah padahal ceramah-ceramah Anwar kebanyakkannya di sebelah semenanjung Malaysia..pelikkan..

Mungkin ada benarnya pendedahan yang dibuat oleh media Filipina bahawa Anwar terlibat dalam insiden berdarah yang telah meragut banyak nyawa di Lahad Datu..

Maklumat diterima bahawa terdapat desas desus dipihak parti pas...sumber dalaman yang rapat dengan pemimpin tertinggi pas tengah pening kepala dan berbelah bagi samada mahu meneruskan niat dalam gabungan pakatan rakyat ataupun menarik diri.

Antara sebabnya ialah anwar menjadi liabiliti paling besar dalam banyak  isu termasuk kalimah Allah dan pencerobohan terhadap Lahat Datu.

Jika dilihat perangai Haji Hadi dan Nik Aziz semakin membisu dalam soal pencerobohan seolah-olah marah kepada Anwar dan Tian Chua yang mempermainkan kematian pasukan keselamatan.


05 March 2013

SIAPAKAH SULTAN SULU YANG SEBENARNYA?



Ini dia gambar ISTANA SULTAN SULU - Sultan Sulu, Al Kiram itu orangnya takda banyak wang untuk memelihara keluarganya sendiri ..jauh sekali mampu mensejahterakan "Rakyat nya", apalagi nak mengerah membekal dan memperkasakan "askar2nya" yang jumlahnya ratusan orang itu ke Sabah.... dengan bot2 laju ala tentera berkelengkapan senjata canggih dan terbaru bernilai jutaan ringgit. 

Lihatlah sendiri GAMBAR ISTANA RAJA SULU ini yang sangat daif untuk seorang Raja yang ingin bertahta atas bumi Sabah Malaysia. Sejarah jelas menunjukkan nenek moyang Al Kiram ini sudah lama tidak punyai kedaulatan keats NORTH Borneo yang sekarang adalah bumi Malaysia bergelar SABAH DIBAWAH BAYU. 

Darimanakah tiba2 , Al Kiram yang tiada kuasa mendapat wang ini tdan tiba2 mampu mengerahkan askar2 seramai 200 lebih orang itu cukup dengan senjata moden benilai jutaan ringgit ini mencrobohi Sabah? 

Saya harap kita dapat jawapannya suatu hari nanti dengan izin ALLAH SWT.




04 March 2013

AL-FATIHAH KEPADA PEJUANG NEGARA YANG TELAH GUGUR



AWAS!! PERISIK LANUN SULU



BANTU NEGARA !!!

Lelaki dalam foto ini sedang dikesan kedudukannya dipercayai bertindak sebagai penyokong & perisik lanun Sulu yang aktif mengawasi pergerakan pasukan keselamatan & maklumat-maklumat keselamatan berkaitan insiden di Sabah melalui media baru seperti facebook,twitter dll.

Semenjak insiden Lahad Datu dia telah banyak kali menukar nama Facebooknya & memadam gambar-gambar dirinya bersama senjata & latihan ketenteraan yang disertainya dari album fotonya.

Bantu pihak pasukan keselamatan dengan menyalurkan maklumat jika anda kenal,tahu atau ada mempunyai maklumat lokasinya atau orang-orang mencurigakan sepertinya.

Hubungi IPK Sabah 088-253 555 atau sms Rakan Cop POLISSABAH [Maklumat Aduan ] hantar ke 32728 DAPAT.

8 ANGGOTA POLIS TELAH GUGUR - ATM AMBIL ALIH



KUALA LUMPUR: Insiden keganasan di Sabah yang telah menyebabkan 22 kematian hanya akan tamat secara aman sekiranya Manila bersetuju dengan tuntutan pengikut Kiram yang mendakwa negeri utara Borneo itu adalah milik keturunan Sultan Sulu, lapor akhbar Filipina pada Ahad.

Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III berkata kepada Philippine Daily Inquirer/ beliau masih lagi membuka pintu rundingan dengan pentadbiran Aquino walaupun kerajaan Filipina itu menyebelahi kerajaan Malaysia.

"Rundingan masih belum terlambat kerana saya mengatakan semuanya masih terbuka," kata Jamalul dipetik media Filipina di kediamannya di sana petang Ahad.

Jamalul yang mendakwa beliau merupakan keturunan diraja Sulu yang memiliki negeri Borneo itu dilaporkan berkata keluarganya hanya menuntut tanah mereka di Sabah.

Adik kepada Jamalul, Agbimuddin Kiram, dilaporkan mengetuai sekumpulan lelaki bersenjata sekitar 100 hingga 200 orang telah menceroboh Lahad Datu, Sabah, pada 9 Februari dan berakhir dengan pertempuran dengan pihak berkuasa Malaysia di tiga kawasan.

Portal Borneo Insider pula dilaporkan berkata Agbimuddin pernah berkhidmat sebagai pembantu Pegawai Daerah Kudat ketika Tun Mustapha Harun menjadi Ketua Menteri Sabah.

Jamalul berkata kepada pemberita beliau pelik kenapa Filipina menyebelahi Malaysia.

“Kenapa tidak menyokong kami? Kami rakyat Filipina tetapi mereka menyokong Malaysia,” katanya.

Dia dilaporkan berkata penyokongnya menyeludup ke Sabah hanya mahukan penyelesaian terhadap tanah yang didakwa menjadi milik mereka.

"Ini bukan bahan jenaka. Ini masalah besar,” katanya kepada pemberita.

Jamalul berkata lagi bangsa Tausugs dan Filipina juga sedia mati untuk tujuan itu.

Sementara itu, anak perempuan Kiram, Jacel Kiram, dilaporkan berkata keluarganya mahu berjumpa dengan wakil dari Presiden Filipina, Presiden Benigno Aquino III, yang menjadi jurucakap kerajaan.

"Jika mereka serius, mereka patut duduk dan berbincang dengan kami tanpa melalui orang tengah.

“Ini isu nasional, malah isu antarabangsa. Kenapa tidak kerajaan berjumpa kami?," katanya.

Jacel turut menadikan laporan Filipina bahawa pentadbiran Aquino telah menghantar wakil untuk berbincang dengan keluarga berkenaan dan mereka bercakap dengan Mujiv Hataman, yang menjadi pegawai bertugas dalam Wilayah Autonomi Muslim Mindanao.

Dia turut menggesa pengikut keluarga berkenaan untuk bertenang dan tidak melepaskan kemarahan mereka kepada kerajaan Malaysia yang menganggap mereka di Sabah sebagai “musuh”.

Dia turut mengingatkan Muslim Filipina bahawa rakyat Malaysia di negara berkenaan juga bukan musuh.

02 March 2013

RAYUAN SUMBANGAN TABUNG PERAJURIT TRAGEDI LAHAD DATU



Masih ingatkah lagi wahai Ahli PAS sekalian tentang Tabung Memali. Hampa kenal tak C.N Al-Afghani? Di kalangan orang Pas, nama itu tidak asing. Beliau merupakan exco Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah dari tahun 1991 hingga 1997.

Afghani atau nama sebenarnya Zainon Ismail Afghani telah menulis sebuah buku bertajuk Air Mata Di Bumi Memali yang diterbitkan pada 2010.

Dalam buku itu, beliau telah mendedahkan isu penyelewengan Tabung Mangsa Memali, iaitu tabung yang dilancarkan oleh Pas bagi membantu anak yatim dan balu mangsa Memali.

Pendedahan tersebut mencetuskan kontroversi. Isu tersebut panas dan ternyata ramai pemimpin Pas kurang senang.

Afghani sendiri mengaku beliau menerima ugutan sehingga terpaksa membuat aduan polis selepas penerbitan buku itu.

Sekarang ini pulak, puak PAS mengambil kesempatan menggunakan tragedi Lahad Datu untuk kepentingan politik. Yakinkah ahli PAS sekalian dengan pengurusan tabung berkenaan.

Sedangkan ahli dan penyokong Pas punya hak untuk tahu ke manakah wang kutipan tabung itu mengalir. Siapakah yang bertanggungjawab jika berlaku penyelewengan, bagaimana pula status tabung-tabung lain membabitkan parti itu? Sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...