27 February 2013

BESOK PARLIMEN AKAN DI BUBARKAN?



Desas-desus bertiup kencang sama ada dari penyokong kerajaan BN mahu pun pembangkang yang esok hari adalah "The DDay" PM akan mengumumkan secara rasmi pembubaran Parlimen bagi membolehkan dijalankan satu pilihanraya di negara kita.

Apa yang dimaklumkan kepada KP esok hari hanyalah mesyuarat antara PM dengan Agong sama seperti mesyuarat di hari-hari sebelum ini. Cuma yang menarik perhatian KP dan seluruh rakyat Malaysia ternanti-nanti bilakah parlimen akan dibubarkan PM dan bilakah tarikh PRU13.

KP juga sama seperti rakyat lain dah penat dah menunggu tarikh PRU13 seperti yang digembar-gemburkan akan diadakan pada bulan Mac12, Jun12, Sept12 hingga Dis12. Sekarang ini adalah penghujung tempoh tamat penggal kali ini yang KP rasa paling panjang tempohnya sepanjang pengetahuan KP.

Marilah kita sama-sama nantikan dengan penuh debaran esok hari sama ada peristiwa keramat pengumuman pembubaran Parlimen akan berlaku atau kita terpaksa menanti lagi entah bila tarikh sebenar.

KENALI SIAPA FADIAH NADWA FIKRI?


SELAMAT TINGGAL HUDUD, DEMI PAKATAN RAKYAT



Umum sudah maklum manifesto PR sempena PRU 13 sepatah perkataan pun tidak menyebut perihal perlaksanaan hukum hudud, membuktikan PR tidak berhajat pun untuk membantu merealisasikan gebang politik yang dicanangkan oleh PAS.

Atau boleh juga dikatakan bahawa PAS sudah tidak berminat membicarakan perlaksanaannya kerana sudah memahami senario semasa dan populasi penduduk negara ini belum mengizinkan ke arah perlaksanaannya.

Tapi penulis lebih percaya, ketidaksediaan PAS mendesak rakan sekutunya dalam PR seperti PKR dan DAP memasukkan janji perlaksanaan hudud adalah disebabkan polisi PAS sendiri yang sedari awal lagi hanya berminat memanipulasikan undang-undang Islam itu demi meraih kepentingan politik kepartian.

Ini dibuktikan dengan kenyataan pada 14 Disember 2011 oleh seorang pemimpin PAS Kelantan yang juga adalah ADUN PAS Pasir Tumbuh merangkap Timbalan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ahmad Baihaki Atiqullah yang pernah menegaskan bahawa;-

“Keuntungan bagi PAS mungkin di negeri yang ramai orang Melayu tapi di negeri luar seperti Selangor boleh jadi tidak untung. Apabila isu hudud di manipulasi, mungkin ada ‘backfire’ daripada pengundi bukan Islam,” demikian katanya ketika ditemu bual oleh Malaysiakini di Kota Bharu hujung pada hujung tahun 2011.

Walau dibaca berulang kali kenyataan pemimpin PAS itu, ia tetap membuktikan satu perkara, yakni isu perlaksanaan hudud yang sering menjadi zikir politik PAS sejak hampir 3 dekad lalu nawaitu utamanya hanyalah untuk manfaat kepartian PAS sahaja.

Kenyataan Timbalan Ketua Penerangan PAS Kelantan itu juga banyak kebenarannya kerana terbukti betul hudud hanya mainan politik PAS, ia terbukti di Kedah sekalipun PAS menguasai negeri itu tapi satu draf hudud pun langsung tak di bawa ke DUN untuk dibincangkan, hatta di Perak sebelum kejatuhan Kerajaan DAP-PAS juga isu hudud menjadi taboo bagi pimpinan PAS.

Sementara di Selangor yang mana PAS turut menganggotai Kerajaan Negeri juga tak kedengaran kesungguhan PAS untuk membicarakan isu hudud apatah lagi untuk mengusulkan draf mengenainya di DUN Selangor.

Tapi disebalik semua itu, di Kelantan dan Terengganu isu hudud masih terus dimainkan oleh PAS dan seringkali menjadi bualan hangat penyokong mereka baik di kedai-kedai kopi mahupun ketika mereka melakukan ziarah kempen politik dari rumah ke rumah.

Tidak pernah lekang dari kutukan dan makian penyokong dan pemimpin PAS terhadap Kerajaan Pusat yang ditunjangi UMNO dan BN, kononnya kerana menolak perlaksanaan hudud dan enggan memartabatkan undang-undang Islam.

Tidak cukup dengan propaganda sedemikian, ditohmah pula yang UMNO lebih mendaulatkan Perlembagaan buatan manusia ataupun kerap digelar oleh penyokong PAS sebagai perlembagaan Lord Reid, perlembagaan penjajah dan jahiliah.

Untuk menampakkan perbezaan PAS supaya lebih kelihatan Islamik berbanding UMNO maka pemimpin dan penyokong PAS tanpa segan silu mendabik dada yang Al-Quran & Hadis serta undang-undang Islam akan berada di kedudukan tertinggi berbanding Perlembagaan Negara sedia ada sekiranya PAS dan PR memerintah Malaysia.

Sama ada mereka sedari atau sengaja buat pekak dan bisu, semasa PR melancarkan Buku Jingga yang menjadi Dasar Bersama PR dan ditandatangani sama oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang secara jelas memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa PR berikrar akan mempertahankan Perlembagaan Negara dan segala isi peruntukan yang terkandung di dalamnya.

Bagi rakyat Malaysia yang waras dan segelintir penyokong PAS yang masih berakal tentu faham ikrar dalam Buku Jingga itu seperti boomerang yang tepat ke dahi pemimpin dan penyokong PAS. Bak kata orang tua-tua, ibarat menjilat ludah sendiri.

Kandungan Manifesto Rakyat, Pakatan Harapan Rakyat yang dilancarkan oleh PR dan dipersetujui bersama oleh DAP, PKR dan PAS semalam yang langsung tidak menyentuh isu hudud, barangkali sesuai kalau dikatakan manifesto itu ibarat nota selamat tinggal oleh PAS kepada isu perlaksanaan hudud.

Malah tidak keterlaluan jika penulis katakan Manifesto PR itu juga simbolik pengakhiran propaganda PAS untuk mengangkat kedudukan Al-Quran & Hadis ke tempat tertinggi mengatasi Perlembagaan Negara sekarang yang dikatakan sekular dan jahiliah.

Ia satu kejayaan manis kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim kerana buat pertama kalinya Anwar menepati janji. Kenapa penulis berkata demikian? Ada sebabnya.

Pada 9 November 2011 sewaktu Anwar berdialog dengan kira-kira 200 orang pemimpin masyarakat Cina dari 65 NGO di Subang Jaya, Selangor, Ketua Umum PKR itu telah secara terbuka menegaskan janjinya bahawa isu perlaksanaan hudud tiada tempat dalam dasar PR
Lebih setahun berselang, terbukti Anwar menepati janjinya. Semalam Manifesto PR dilancarkan setelah dipersetujui dan ditandatangani bersama oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang serta pemimpin PKR dan DAP. Tiada bantahan dari PAS sekalipun janji hudud tak termaktub dalam agenda PR.

Penulis cuba membayangkan entah apa reaksi rakan-rakan dari PAS jika mereka menyedari selama bertahun-tahun lalu mereka sudah tertipu dengan propaganda bombastik berhubung isu hudud. Mungkin akan ada yang hentak kepala pada dinding atau ada tepuk dahi berkali-kali tanda kesal di kencing hidup-hidup oleh PAS.

Tapi betulkah penyokong PAS akan menyedari dan benar-benar menginsafinya? Jangan bermimpi, sebahagian besar ahli dan penyokong PAS sudah diasuh untuk wala’ buta tuli pada pucuk pimpinan parti, usahlah pelik kalau dalam jangka waktu terdekat ini UMNO & BN juga yang jadi sasaran tohmahan mereka. Sumber

26 February 2013

KUIN TERDESAK IBARAT "ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM, BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN"


Satu sidang media telah dibuat oleh kakitangan KUIN di pejabat Shamimcon Engineering Sdn. Bhd yang terletak di Bangunan Shamim Taman Mergong Indah, Lebuhraya  Sultanah, Alor Star. Lebih kurang 40 orang telah hadir dalam sidang media berkenaan yang terdiri daripada kakitangan KUIN dan media.

Antara yang hadir ialah Muhammad Azki Hafizi bin Ibrahim yang merupakan Penolong Pendaftar Kanan KUIN dan Sajiah binti Yaakob, pensyarah Fakulti Muamalat KUIN.

Menurut Azki, isu penganiayaan terhadap kakitangan KUIN dilihat seperti tidak berkesudahan apabila pengurusan KUIN cuba menutup kes tersebut dengan membuat pelbagai dalih dan alasan selain terus melakukan penipuan. Manakala Kerajaan Negeri Kedah pula bersikap lepas tangan dan memberikan akses sepenuhnya kepada pengurusan KUIN untuk terus menganiayai kakitangan KUIN.

Selain itu, penubuhan anak-anak syarikat KUIN pula lebih kepada kaedah untuk mencuri, merompak dan mengalihkan aset-aset KUIN ke kantung kroni-kroni.Kewujudan 6 anak syarikat itulah yang menyebabkan KUIN berhadapan dengan masalah yang sangat teruk. Contoh paling ketara ialah Insaniah Holding yang ditubuhkan oleh kroni rapat Rektor KUIN. Insaniah Holding langsung tidak menjana kewangan kepada KUIN sebaliknya KUIN yang menyalurkan seluruh kewangan serta pendapatan kepada Insaniah Holding seolah-olah KUIN berada di bawah Insaniah Holding pula.



Turut dipersoalkan adalah tentang Kampus KUIN di Kuala Ketil yang tidak mempunyai penginapan para pelajar, menyebabkan cuti semester disambung dari tiga minggu menjadi tujuh minggu, sekaligus menjadikan cuti semester KUIN paling panjang berbanding institusi-institusi pengajian tinggi lain di Malaysia. Keadaan tersebut menyebabkan kebanyakan pelajar-pelajar antarabangsa BERKELIARAN bagaikan kambing lapar di Stargate tanpa arah tujuan.

Selain itu, Menteri Besar Kedah juga dilihat seperti tergesa-gesa membuat keputusan. Segala keputusan yang melibatkan KUIN, tidak dibuat berdasarkan musyawarah sebaliknya hanya melibatkan Rektor KUIN, Jamil Osman semata-mata untuk memenuhkan tembolok dan kocek Jamil serta konco-konconya.

Namun perkara yang paling menarik dan tidak akan dilakukan oleh pihak lain, ialah pemalsuan minit mesyuarat oleh Rektor KUIN dalam usaha mengelak daripada membuat pembayaran kepada sebuah syarikat iaitu SHAKE CUISINE sehingga akhirnya mahkamah memutuskan KUIN perlu membuat pembayaran berjumlah RM1.3 juta kepada syarikat tersebut.

Justeru, kakitangan KUIN mendesak agar Azizan selaku Menteri Besar memansuhkan segera operasi anak-anak syarikat KUIN yang dilihat seperti pacat dan lintah yang menyedut setiap sen di dalam akaun Kolej Universiti Insaniah.

 Seperkara lagi yang disentuh ialah tentang Rektor KUIN yang dilihat sebagai seorang PENIPU. Menurut kakitangan KUIN, kalau mahkamah pun dia sanggup tipu, apa sangatlah dengan kakitangan, pelajar, pembekal dan sebagainya. Ditambah pula dengan kemasukan ahli keluarga dan sanak saudaranya dalam pentadbiran dan pengurusan KUIN yang dibayar gaji tinggi, sekalipun tidak berkelayakan dan tidak berkebolehan.

Satu operasi yang dinamakan sebagai OPERASI GEMPUR JAZAN (JAMIL DAN AZIZAN) pada 28 Februari jam 3:30 petang di kawasan lapang bersebelahan dengan Politek MARA, Jalan Suka Menanti, Alor Setar akan diadakan untuk mendedahkan lebih banyak penyelewengan KUIN dan Jamil Osman.

Berdasarkan kepada pemerhatian, majlis sidang media kakitangan KUIN itu mendapat sambutan hangat di mana hampir keseluruhan media tanahair telah hadir untuk mendengar penerangan serta kenyataan Pengerusi BERSIH KUIN.

Adalah difahamkan Muhammad Azki Hafizi dan Sajiah Yaakob sedang dalam proses pemecatan oleh pengurusan KUIN kerana sudah terlalu banyak mendedahkan PERANGAI JAHAT REKTOR KUIN, JAMIL OSMAN serta konco-konconya!

25 February 2013

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT TUKAR IMEJ PAS, PINGGIR MELAYU



KUALA LUMPUR 25 Feb. - Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dibentangkan pakatan pembangkang mempunyai agenda tersembunyi untuk menukar imej Pas daripada menegakkan Islam dan Melayu kepada Malaysian Malaysia, kata Presiden Jati Malaysia, Datuk Dr. Hasan Ali.

Malah, jelas beliau, manifesto tersebut tidak mengambil kira kelangsungan umat Melayu sebagai pribumi dan pelaksanaan syariat Islam seperti yang tertanam di hati sanubari ahli dan penyokong Pas.

Hasan berkata, amat jelas sama ada disedari pemimpin tertinggi Pas atau tidak, manifesto ini satu pendekatan tersembunyi untuk menukar imej Pas yang sebelum ini tegak dengan Islam dan Melayunya supaya menerima hakikat Malaysian Malaysia, sama rata dan sama rasa.

Beliau memberitahu, manifesto tersebut langsung tidak memberi penjelasan mengenai rangka kerja mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu.

"Bangsa Melayu yang masih serba-serbi ketinggalan terutama dalam bidang ekonomi dan penguasaan kekayaan negara seharusnya perlu terus menerima asuhan, bimbingan, galakan dan pakej bantuan menyeluruh bagi melonjakkan pencapaian mereka supaya menjadi bangsa bermaruah yang mampu bersaing di peringkat nasional mahupun global bila Malaysia menjadi negara maju nanti," katanya. - UTUSAN ONLINE

Berikut kenyataan penuh Hasan:

MANIFESTO PAKATAN BERBAU MALAYSIAN MALAYSIA

Pakatan Rakyat telahpun membentangkan manifesto mereka dalam Konvesyen Pakatan Rakyat yang berlangsung di Shah Alam pada hari ini.

Penelitian ringkas yang dibuat menunjukkan bahawa manifesto tersebut tidak ada yang baru. Semuanya memang telah diwar-warkan dan menjadi pengetahuan umum sejak dari awal-awal lagi. Ianya dibuat sebagai tawaran untuk memujuk rakyat supaya berpaling kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13.

Yang jelasnya beberapa perkara dapat disimpulkan seperti berikut :

a. Manifesto yang dibentangkan tidak mengambil kira langsung keberlangsungan umat Melayu sebagai umat pribumi dan perlaksanaan syariat Islam seperti yang tertanam di hati sanubari ahli dan penyokong PAS. Amat jelas samada disedari oleh pimpinan-pimpinan tertinggi PAS ataupun tidak, manifesto ini merupakan satu pendekatan tersembunyi untuk menukar imej PAS yang sebelum ini tegak dengan Islam dan Melayunya supaya menerima hakikat Malaysian Malaysia", samarata" dan samarasa".

b. Manifesto tersebut tidak memberi penjelasan langsung rangka kerja mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu. Bangsa Melayu yang masih serba serbinya ketinggalan terutamanya di bidang ekonomi dan penguasaan kekayaan negara seharusnya perlu terus menerima asuhan, bimbingan, galakan dan pakej bantuan menyeluruh bagi melonjakkan pencapaian mereka supaya menjadi bangsa bermaruah yang mampu bersaing diperingkat nasional mahupun global bila Malaysia menjadi negara maju nanti.

c. Manifesto Pakatan Rakyat mengenepikan langsung pembangunan keinsanan dan kerohanian. PAS sebagai salah sebuah parti Islam yang kini merupakan salah sebuah parti komponen Pakatan Rakyat biasanya mengutarakan konsep insan sepadu yang mesti dibangunkan seutuhnya. Ini bermakna di samping kemajuan material, pembangunan seharusnya menekankan aspek mental dan intelektual terutamanya spiritual yang akan menjamin lahirnya masyarakat yang seimbang pembangunannya. Sementara di peringkat individu seimbang juga syaksiah keperibadiannya. Rakyat sedemikianlah yang di harap mampu menjelmakan konsep Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghaffur" seperti yang disebut berulang kali oleh pimpinan PAS.

d. Apa yang ditawarkan pada analisa akhirnya lahirlah manusia-manusia yang teguh kedudukan material yang lazimnya mudah menonjolkan sifat-sifat keangkuhan, kesombongan dan kebongkakan demi mengejar superiority material". Akhirnya segelintir rakyat mungkin boleh mencapai kelebihan material itu dengan menidakkan sebahagian besar masyarakat yang merupakan kelompok majoriti yang tidak mempunyai persediaan untuk sama-sama merebut peluang material yang ada di hadapan mereka.

e. Kita sudah menyaksikan bagaimana masyarakat barat melalui proses untuk mencapai tahap kemajuan dan kesejahteraan material seperti yang dibangga-banggakan. Atas tekanan material semata-mata akhirnya masyarakat dibebani dengan berbagai penyakit masyarakat samada yang timbul daripada masyarakat itu sendiri atau yang diimport daripada luar.

Rata-ratanya masyarakat tidak mempunyai benteng pertahanan untuk mempertahankan keutuhan nilai-nilai sosio budaya, akhlak, budi pekerti dan tata susila dan kekuatan dalaman yang sangat diperlukan untuk menongkah cabaran abad yang berikutnya.

f. Seperti yang di ulas panjang lebar sebelum ini tawaran-tawaran yang dikemukakan tidak lebih daripada janji-janji kosong setakat untuk menggamit keyakinan pengundi untuk memilih Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13. Yang paling mudah bagi mereka nanti bila sampai masanya bila janji-janji dituntut oleh rakyat, dengan mudah mereka akan mengatakan manifesto bukan satu perjanjian". Ini menggambarkan bahawa kalimat-kalimat dalam manifesto itu tidak lebih lebih daripada sususan ayat-ayat yang disalut dengan gula-gula manis untuk memikat hati rakyat. Bila sampai masanya mereka mencari seribu dalih memberi justifikasi mengapa manifesto tersebut tidak dapat dilaksanakan.

g. Para penganalisa politik sehinggi kini menyebutkan bahawa tawaran Pakatan Rakyat dalam konteks pembangunan sebuah negara seperti Malaysia dapat disamakan seperti mimpi disiang hari. Pakar-pakar ekonomi pula menghujahkan seandaianya sebahagian apa lagi kesemua butiran-butiran manifesto itu hendak dilaksanakan, Malaysia akan terjerumus ke dalam kancah negara muflis. Ketika itu pihak yang menawarkan bintang dan bulan tersebut mudah mencuci tangan sebaliknya rakyatlah yang akan menanggung bahana dan derita yang mungkin berpanjangan hingga ke beberapa generasi yang akan datang.

h. Bagi mereka yang belum mempunyai pengalaman mengurus dan mentadbir sebuah negara, tawaran-tawaran yang dibuat lebih mudah untuk dinukilkan. Sebaliknya kepada pihak yang sudah berpengalaman mengurus negara sudah tentu mengambil kira berbagai faktor terutamanya faktor boleh atau tidak boleh tawaran itu dilaksanakan. Kita belum melihat tawaran daripada BN lagi. Seandainya BN juga dalam masa terdekat ini dapat mengemukakan manifesto mereka, maka bolehlah rakyat membuat penelitian dan mengambil satu posisi terhadap kedua-dua manifesto tersebut. Barulah rakyat boleh menilai yang mana yang lebih munasabah dan yang mana yang boleh dipercayai serta yang mana yang mempunyai kredibiliti untuk diberi mandat di dalam PRU ke 13 nanti.

Setakat yang dapat kita saksikan di negeri-negeri dalamana Pakatan Rakyat diberi peluang oleh rakyat untuk mentadbirnya, fakta-fakta menunjukkan bahawa sebahagaian yang dijanjikan dalam manifesto untuk masing-masing negeri tidak berjalan seperti yang diharapkan. Harga rumah yang rata-ratanya melambung tinggi menjadi penyebab orang-orang Melayu di Pualu Pinang dan Selangor keluar mencari tempat kediaman di kawasan-kawasan pinggiran bandar, luar bandar dan kawasan terpencil menghampiri hutan simpan yang mampu dimiliki sesuai dengan pendapatan isi rumah mereka.

Seperkara lagi bagi Pakatan Rakyat mereka boleh janjikan apa sahaja. Lantaran kemungkinan untuk memenangi Putrajaya masih jauh daripada yang diangan-angankan. Oleh itu tektik yang paling mudah tawarkanlah apa sahaja. Beri rakyat bulan dan bintang. Manalah tahu, kalau ada di antara rakyat yang boleh terpengaruh dengan janji-janji politik yang ditaburkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan yang terkenal lunak dan bijak mengabui mata dan minda rakyat.

Hanya rakyatlah yang semestinya bijak. 55 tahun kita merdeka, sepatutnya tidak ada golongan rakyat di Malaysia yang masih boleh digula-gulakan. Tidak ada lagi golongan rakyat di negara ini yang sanggup diperkotak-katikkan kebolehan minda dan kebijaksanaan membuat keputusan. Rakyat Malaysia sudah dimasukkan ke dalam kumpulan rakyat yang berpendidikan. Rakyat yang boleh menentukan masa depan untuk diri, keluarga, masyarakat dan negaranya sendiri.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI

Presiden JATI Malaysia

TTDI, KL

25 Februari 2013

23 February 2013

TOLAK TANGAN ASING DI MALAYSIA.


Saya petik artikal ini dari AIDCNews untuk dikongsi bersama.......

"AIDCNews – 20/02/13 – Wartawan Barat, Tony Cartalucci, dalam rencananya “CIA Coup Army Uncovered in Asia” melihat perkaitan CIA, BERSIH dan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Malaysia melalui simbol ‘gengaman tangan’.

“Satu pekara yang menimbulkan syak wasangka dalam sesi protes itu adalah ‘logo kecil genggaman tangan’ tertera pada baju dan sepanduk yang dibawa,” katanya.

Menurutnya, apa yang berlaku di Malaysia adalah pattern yang serupa kerana direka bentuk oleh pihak asing yang sama iaitu NED (National Endowment for Democracy), topeng CIA.

Anwar kata logo ‘gengaman tangan’, logo rasmi PSM (Parti Sosialis Malaysia) persis komunis, walhal aktivis-aktivis ‘gengaman tangan’ inilah yang menjadi tulang belakang dalam menggerakkan BERSIH dan membantu PKR.

Kenapa Anwar label logo PSM, komunis ?

Sebabnya mudah supaya aktivis-aktivis PSM tidak bertanding di bawah logo sendiri, sebaliknya menggunakan logo PKR sepertimana pada Pilihanraya Umum ke-12."

22 February 2013

KEKEBALAN AZIZAN AKAN BERTAHAN 6 HARI LAGI?



ALOR SETAR 21 Feb. - Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tindakan sekumpulan ahli dan penyokong Pas Kedah yang menggesa Dewan Ulama Pas negeri campur tangan dalam krisis kepimpinan terbaharu parti itu tidak menjejaskan kedudukan serta peranan beliau sebagai Menteri Besar dan Pesuruhjaya Pas Kedah.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Limau menegaskan, perkara itu memandangkan pelantikannya ke jawatan tersebut bukan dibuat Dewan Ulama Pas Kedah tetapi oleh Pas Pusat.

Katanya, Dewan Ulama Pas Kedah juga perlu bijak menilai gesaan yang dibuat kumpulan berkenaan yang didakwanya tidak mempunyai jawatan penting dalam parti itu kerana tidak seorang pun daripada mereka bukan ahli jawatankuasa kawasan.

Dakwa beliau, kumpulan itu membuat desakan berkenaan kerana bimbang calon pilihan mereka tidak tersenarai bertanding mewakili Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 sehingga cuba mengheret Dewan Ulama negeri campur tangan sedangkan perkara tersebut perlu diserahkan kepada Pas Pusat.

21 February 2013

PR GELABAH - BN AKAN MENANG PRU13




PETALING JAYA: Unit Risikan Economist (EIU) meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi pilihan raya umum Malaysia yang akan datang.

Namun, para pengamat meramalkan perikatan parti yang memerintah itu mungkin gagal mencapai majoriti dua pertiga dalam parlimen negara itu bagi membolehkannya membuat perubahan perlembagaan tanpa sebarang cabaran.

EIU adalah sebahagian daripada majalah berita dwimingguan Economist yang berpangkalan di London.

Sambil memetik laporan terbaru EIU itu, laman berita Free Malaysia Today (FMT) semalam melaporkan bahawa EIU berpendapat bahawa Pakatan Rakyat (PR) telah membuat "janji-janji yang mahal" bagi membolehkannya merebut kuasa.

Bagaimanapun, usaha pakatan pembangkang itu kurang menarik perhatian berbanding dengan "kemurahan hati" BN, yang telah membelanjakan dengan banyaknya dalam dua bajetnya berturut-turut bagi memancing pengundi.

"Tambahan daripada itu, kerajaan sedang menawarkan banyak insentif setempat bagi memastikan wakil-wakil BN merebut semula (kerusi) di peringkat persekutuan dan negeri," kata EIU, sambil menjelaskan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini menawarkan Pulau Pinang, yang ketika ini dikuasai PR, sejumlah 20,000 rumah murah dan khidmat monorel bagi meredakan kesesakan trafik.

EIU sebaliknya berkata, janji-janji kempen PR jelas sukar dikotakan.

DATUK AZIZAN LETAK JAWATAN?


Tu dia! PAS Kedah bakal tersungkur apabila ramai pemimpin PAS mendesak supaya Azizan meletak jawatan segera. Dulu depa kata UMNO tak pandai mentadbir negeri, tapi sekarang PAS lebih haprak lagi sehinggakan menggugut kerajaan pusat RM100 juta untuk menghentikan penebangan balak di Padang Terap, rasuah tu??.


Kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhadapan dengan satu lagi krisis apabila 11 daripada 15 Pas kawasan di Kedah dikatakan mahu beliau melepaskan jawatan termasuk sebagai Pesuruhjaya Pas negeri.

Desakan itu dibuat kerana mereka mendakwa Azizan gagal menyelesaikan pelbagai isu di peringkat negeri dan parti sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati ahli akar umbi Pas.

Jawatankuasa Pemandu yang ditubuhkan Pas Pusat pada 12 Mac tahun lalu bagi menyelesaikan krisis kepimpinan Pas Kedah apabila dua Exco kerajaan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh enggan dilantik semula, juga didakwa tidak berfungsi sebagaimana diharapkan.

20 February 2013

LANGKAWI - LE TOUR DE LANGKAWI (LTdL) BERMULA


Kejohanan berbasikal berprestij Le Tour de Langkawi (LTdL) edisi ke-18 akan bermula dengan praperlumbaan di Langkawi sebelum perlumbaan peringkat pertama bermula di Kangar, Perlis pada 21 Feb depan.
  
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata praperlumbaan akan berlangsung pada 20 Feb dan tidak akan melibatkan pengiraan mata kerana matlamatnya sekadar memperkenalkan venue lahir kejohanan kepada pelumba.
  
Kementerian mahu mengekalkan identiti dan sejarah perlumbaan LTdL sejak diperkenalkan pada 1996, katanya pada sidang media, di sini hari ini.
  
Mengenai edisi LTdL 2013, Ahmad Shabery berkata perlumbaan berstatus 2.HC (Hors Classe) itu akan disertai 20 pasukan termasuk dari Perancis serta Amerika Syarikat dan akan berlangsung hingga 2 Mac.
  
(Hors Classe merupakan status tertinggi yang diberi kepada sesebuah perlumbaan berbasikal yang mendapat pengiktirafan Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI).

Ahmad Shabery berkata antara laluan baharu untuk edisi kali ini ialah Serdang, Sungai Siput dan Kuala Kangsar, yang pasti memberi pengalaman baru kepada pelumba edisi 2013.  
  
"Apa yang menarik perlumbaan kali ini menampilkan tiga pendakian berstatus 'Hors Classe' iaitu dua di Cameron Highlands dan satu lagi puncak di Genting Highlands," katanya.
  
Beliau berkata Terengganu sekali lagi dipilih sebagai penutup perlumbaan apabila empat peringkat terakhir berlangsung di negeri tersebut dengan misi sampingan mempromosi Terengganu sempena Tahun Melawat Terengganu 2013.
  
"Ia juga sebagai penghormatan kepada kerajaan negeri Terengganu atas kejayaannya menghasilkan ramai pelumba terbaik negara sama ada dalam acara trek dan lebuh raya.
  
"Diharap ia akan menjadi cabaran untuk negeri lain dalam menyusun program pembangunan sukan masing-masing dalam usaha melahirkan bakat-bakat baru sukan yang mampu diketengahkan ke peringkat dunia," katanya.
  
Beliau berkata daripada 20 pasukan yang menyertai LTdL 2013,  dua merupakan pasukan bertaraf 'protour' iaitu pasukan Garmin dari Amerika Syarikat dan Astana dari Kazakhstan.
  
"Kita sedang berusaha memujuk satu atau dua lagi pasukan bertaraf 'protour' untuk memberi lebih kehangatan sesuai dengan tema perlumbaan kali ini iaitu 'The Heat is On' atau 'Bahang Kian Terasa'," katanya.
  
Laluan Le Tour de Langkawi 2013
    ------------------------------

-
    Peringkat 1 (21 Feb) -- Kangar - Kulim (162.7 km)
    Peringkat 2 (22 Feb) -- Serdang - Kuala Kangsar (116.0 km)
    Peringkat 3 (23 Feb) -- Sungai Siput - Cameron Highlands (145.5 km)
    Peringkat 4 (24 Feb) -- Tapah - Kapar (168.0 km)
    Peringkat 5 (25 Feb) -- Proton - Genting (108.0 km)
    Peringkat 6 (26 Feb) -- Mentakab - Kuantan (212.8 km)
    Peringkat 7 (27 Feb) -- Kuantan - Dungun (149.8 km)
    Peringkat 8 (28 Feb) -- Kuala Terengganu - Tanah Merah (164.5 km)
    Peringkat 9 (1 Mac ) -- Pasir Puteh - Kuala Berang (123.6 km)
    Peringkat 10(2 Mac ) -- Tasik Kenyir - Kuala Terangganu (114.8 km)
  
    Jarak Keseluruhan : 1465.6 km


LANGKAWI INTERNATIONAL BIG BIKE FIESTA 2013



Langkawi International Big Bike Fiesta 2013

24-26 MAY 2013 @ Cenang Beach Langkawi, MALAYSIA

Entrance Fee: RM50.00 (official ride tshirt, biker's id wt discount card, gift, dinner & many more...)

MyRoRo Ferry: RM 55.00/way ( like Penang ferry)

MyFerry Passenger: RM18/way Adult RM13/way Child

Official Hotel: Aseania Resort & Spa Langkawi

Official Ferry: MyFerry

Official Merchandise : GMC Superstore

Official Magazine : ChopperockersMagz

19 February 2013

PR GELABAH - ISU KALIMAH ALLAH MEMAKAN DIRI SENDIRI




Masalah kemasukan 35,000 nashkah injil berbahasa Melayu yang diimport dari Indonesia pada ketika itu (khas buat mereka yang dok kata Kerajaan yang cetak) .

Perkara ini dibangkitkan oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong dengan berkata, “tindakan Kementerian Dalam Negeri menahan dan merampas lebih 30,000 naskhah di dua pelabuhan adalah satu “perkembangan tidak menggalakkan sama sekali.” 

Beliau menambah bahawa tindakan itu hanya akan memburukkan lagi imej mengenai Malaysia, yang dilihat sebagai negara moderat, di peringkat antarabangsa.

Banyak pihak termasuk rakan-rakan PAS dalam PR menggesa Putrajaya agar membenarkan kitab Injil Berbahasa Melayu dibawa masuk ke negara ini serta merujuk kepada masalah yang berlaku di pelabuhan sebagai ‘sifat cetek gagasan 1 Malaysia’.  Lim Kit Siang juga turut menyuarakan rasa ‘marah dan kecewa’ terhadap apa yang berlaku.

Injil berbahasa Melayu dari Indonesia itu menjadi kontroversi apabila menggunakan nama Allah dalam merujuk kepada Tuhan agama Kristian.  Akibatnya, kerajaan telah dikritik oleh pertubuhan Kristian dan dituduh dengan sengaja menahan kitab injil tersebut dari masuk ke Malaysia sedangkan ia tidak salah berdasarkan undang-undang negara.

Pembangkang pula, iaitu PAS, DAP dan PKR mengambil kesempatan membelasah kerajaan atas isu ini atas tuduhan mengambil sikap berat sebelah dengan melebihkan agama Islam serta tidak bersifat terbuka dalam soal agama.



17 February 2013

PANAS - HARON DIN KELUAR PAS?



Ini berita yang baru KP terima dari beberapa sumber.. Kesahihannya masih belum dapat dipastikan tetapi berita ni sedang hangat diperkatakan oleh ahli serta penyokong Pas di seluruh negara..

Timbalan Mursyidul Am Pas iaitu Tuan Guru Dato' Dr Haron Din dikhabarkan telah keluar dari Pas.

Beliau dikatakan meninggalkan Pas kerana tak berpuas hati dengan campurtangan DAP khususnya Karpal Singh terhadap keputusan Isu Kalimah Allah yang dibuat oleh Majlis Syura Pas.

Selain itu, Dato' Haron Din juga dikatakan tak berpuas hati dengan tindakan Anwar yang tetap mahukan Kalimah Allah digunapakai oleh Kristian dan kafir di Malaysia.
Sebelum ni, sebuah blog Pakatan telah mendedahkan pertemuan Haron Din dengan Anwar pada 7hb Februari yang lalu.

KP dimaklumkan bahawa didalam pertemuan tersebut, Dato' Haron Din telah menasihati Anwar supaya jangan mempermainkan isu kalimah Allah dan mendesak Anwar menghalang DAP dari terus menimbulkan isu berkenaan.

Malangnya, pada ucapannya di sebuah Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Sabah, Anwar dengan lantang mewar-warkan dihadapan masyarakat Kristian bahawa Pakatan akan terus membenarkan kalimah Allah digunakan oleh kafir.

KALIMAH ALLAH - HARON DIN DIMAKI DAN DIUGUT OLEH AHLI PAS



Nampak tak? Apabil Ulama PAS ini tidak bersefahaman dengan pendirian Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim berkenaan permintaan evangelis terhadap Kalimah Allah, dia diugut dan dimaki sepuasnya oleh ahli sendiri.

DEMI POLITIK PAS DAN PENARI K-POP NAIK PENTAS


Apa sudah jadi ini? ADUN PAS sudah jemput penari K-Pop atas pentas ceramah mereka. Marah Nik Aziz kalau tengok video ini kerana penari K-Pop ini tidak menutup aurat seperti yang sepatutnya. Kita tunggu beranikah Nik Aziz tegur program ini?


14 February 2013

ROCKET STYLE


SEMALAM Barisan Nasional (BN) berjaya mengumpulkan hampir 100,000 orang pengunjung ke majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang.

Ia terbuka dan bukan untuk ahli parti itu semata-mata. Pelbagai juadah telah dihidangkan, semuanya makanan dan minuman HALAL bagi membolehkan semua lapisan rakyat meraikannya bersama-sama dalam semangat 1Malaysia.

Bagi memeriahkan acara, sebuah badan korporat, Mega Ultimate telah memaklumkan pada penganjur bahawa mereka mahu membawa penghibur terkenal dari Korea, Psy, untuk memeriahkan sambutan tersebut.

Apatah lagi bila fenomena Gangnam Style cukup hebat melanda penggemar muzik di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Kalau tak masakkan DAP melancarkan sebuah klip video parodi lagu itu dalam satu majlis besar-besaran di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tajuk lagu Gangnam Style itu diubah menjadi Ubah Roket Style…majlis pelancaran video parodi itu boleh diikuti DI SINI

Di sini menunjukkan yang DAP juga peminat tegar Psy dan lagu Gangnam Style itu, sebab itu mereka memilih lagu berkenaan untuk diubah dan dijadikan alat untuk memancing pengundi mereka.

Alih-alih bila Psy membuat persembahan semalam, mereka pula yang meroyan tak tentu pasal.

Sepatutnya mereka malu sendiri kerana merekalah parti politik pertama yang memulakan polemik Psy ini.

Mereka sepatutnya berterima kasih pada Psy kerana sekurang-kurangnya penyanyi berkenaan tidak mengambil tindakan mahkamah kerana mereka telah melanggar hak cipta penyanyi itu dengan ‘mencedok dan mengubah’ lagu tersebut sesuka hati mak bapa mereka!

Berbalik kepada isu berkenaan, DAP jangan lupa yang perangai mereka lebih teruk dan lebih jijik kerana menganjurkan program bersama dengan sebuah syarikat arak untuk mengadakan konsert di Batu Feringghi pada November lalu.


13 February 2013

PENDEDAHAN KUBUR MAT INDERA YANG SEBENARNYA?

Lebih kurang jam 2.30 petang tadi Anak Jati Malaya berkesempatan ke Kg Jambu atau dikenali penduduk kg iaitu Haji Kg.Ini berikutan satu pendedahan yang telah diwarwarkan oleh mereka tentang kubur Mat Indera .

Hari ini,penduduk Kg sendiri turun mendedahkan Kubur Mat Indera Yang sebenar.Apa yang diceritakan pada anak Jati Malaya adalah antara ciri kubur Mat Indera Ialah seni bina kuburnya menyerupai jerat China,di bahagian kepalanya ada bentuk segi tiga (gambar dibawah) .Apa yang anak Jati Dapat adalah seni binaan nya dibuat setelah beberapa tahun kematiannya.

Persoalan yang Anak Jati Ingin timbulkan ialah kenapa tapak kubur yang diwarwarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu bukan di kawasan yang lapang ,sebab apa Anak Jati Malaya berkata sedemikian,fikir secara logik lah kalau dulu mesti bukan ramai kan yang dikebumikan disitu,sudah pasti akan diguna kan kawasan yang luas.

Kenapa mereka warwarkan kubur yang dilereng itu kubur Mat Indera.Kenapa???




BENARKAH PAS ITU ISLAM, ISLAM ITU PAS?



TUMPAT 12 Feb. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang dianggotai para ulama, tok guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengisytiharan bahawa memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah haram.

Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan bahawa perjuangan menentang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.

Sehubungan itu, kesemua NGO berkenaan yang diwakili pemimpin masing-masing berjanji akan menyediakan satu dokumen lengkap berhubung pengisytiharan tersebut untuk diberikan kepada raja-raja Melayu dan Majlis Fatwa Kebangsaan agar dapat dibincangkan dan menyelesaikan kekeliruan yang ditimbulkan oleh Pas selama ini.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah yang juga Penasihat Minda Pondok berkata, kegagalan Pas mempertahankan Islam terutama penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tidak boleh dimaafkan sama sekali, malah demi politik para pemimpin Pas seolah-olah jahil agama.

"Membiarkan kalimah Allah digunakan seperti itu berdosa dalam hukum. Maknanya kita mesti mempertahankan kalimah Allah dan akidah orang Islam, dalam pilihan raya umum kita mahu perdana menteri dan timbalannya orang Islam maka di sinilah kita berjihad, kita jangan undi Pas.

"Saya bercakap mempertahankan kalimah Allah, saya rujuk empat kitab mazhab, kitab tafsir, kitab fekah dan banyak lagi rujukan. Boleh dikatakan menyeluruh kitab saya rujuk tetapi mereka tuduh saya jahil.

"Kesemua kitab ini menyebut bahawa kalimah Allah tidak boleh disekutukan, tidak boleh digunakan selain untuk agama Islam dan untuk mendaulatkan Islam. Ia adalah kalimah suci jadi kenapa kata saya jahil," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Abdullah, Pas juga perlu ditolak kerana menyatakan sokongan padu kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menyokong hasrat DAP meskipun bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.

"Orang seperti Anwar ini kami orang pondok tidak boleh terima kerana terlalu nyata kepada kami satu daripada itu (perjuangan Anwar) adalah membenarkan kalimah Allah (digunakan oleh bukan Islam)," katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz berkata, kerjasama Pas dalam pakatan pembangkang yang kononnya atas nama tahaluf siyasi sebenarnya pada nama semata-mata, sebaliknya apa yang berlaku adalah Pas hanya kuda tunggangan DAP.

"Tahaluf siyasi Pas adalah haram maka wajib kita menolak mereka atas beberapa fakta antaranya Pas bukan parti dominan dalam pakatan dan kerajasama itu dibuat dengan parti DAP yang kita tahu menolak penubuhan kerajaan Islam.

"Sebelum bertahaluf siyasi, perjuangan Pas adalah menubuhkan negara Islam, ingin melaksanakan hudud, persaudaraan sesama Islam tetapi selepas itu matlamat mereka berubah iaitu mahu kerajaan berkebajikan, hudud bukan lagi agenda utama dan mendoakan kemusnahan sesama Islam.

"Tahaluf siyasi yang sebenar telah jelas kita lihat dalam Barisan Nasional (BN) iaitu UMNO adalah 'imam' manakala MIC dan MCA adalah 'makmum' yang akan bersama-sama berjuang atas arahan imam," tegasnya.

Ahli Jawatankuasa Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK), Mohd. Zawawi Awang pula berkata, permintaan DAP supaya kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam sama seperti yang berlaku di Indonesia apabila ramai masyarakat Islam negara itu menyokong pemikiran sekular.

Beliau memberikan contoh sebuah video yang dimasukkan ke dalam laman Youtube bertajuk 'Bible dalam bahasa Arab' yang dirakam di Institut Teologi Kalimatullah di Jakarta tentang bagaimana seorang pelajar Kristian membaca Bible dalam bahasa Arab di sebuah gereja.

"Gerakan ini sebenarnya sudah bermula berpuluh tahun dulu dan perkara sama kini cuba dibawa masuk ke Malaysia secara senyap-senyap tanpa kita sedari.

"Gerakan ini berjaya di Indonesia yang rakyatnya kira-kira 300 juta orang, jadi bayangkanlah jika kita membiarkan mereka bergerak di Malaysia pasti lebih mudah kerana rakyat kita cuma kira-kira 28 juta," tambahnya.

12 February 2013

TOK GURU MENGHINA NABI MUHAMMAD SAW

80 RIBU - BN MASIH KUAT DI PULAU PINANG



KeHADIRan sehingga 80 ribu orang semasa SAMBUTan Tahun Baru Cina di Kolej Han CHIANG sebenarnya begitu mengKAGUMkan..

 Malah, keHADIRan DS Najib yang meLAKUkan 'WALKABOUT' sehari sebelumnya di Pulau Pinang jelas mengGUSARkan para 'AH-Beng' DAP La'anatullah yang cuba berMACAM cara untuk mengAIBkannya hingga sampai TAHAP mengANCAM NYAWA.


PULAU PINANG 11 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa gembira dan terima kasih kerana menerima sambutan meriah daripada lebih 80,000 pengunjung pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina anjuran Barisan Nasional (BN) negeri di padang Kolej Han Chiang di sini.

Menurut Perdana Menteri, beliau juga merasa bertuah kerana buat kali pertama dapat meraikan perayaan tersebut dengan warga Pulau Pinang.

“Saya rasa begitu bertuah dan amat gembira pada tahun ini kerana dapat melakukan sesuatu yang belum pernah saya lalui, iaitu menyambut Tahun Baharu Cina dengan warga Pulau Pinang.

“Terima kasih kepada warga Pulau Pinang kerana telah menyambut kedatangan saya dan isteri serta keluarga dengan begitu meriah sekali," katanya ketika berucap pada majlis tersebut hari ini.

Selain isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, turut mengiringi Najib ialah anaknya, Ashman Razak, Nooryana Najwa dan tunang, Daniar Nazarbayev.

Sebelum itu, Ashman Razak menyampaikan ucapan dalam bahasa Mandarin dan mendapat tepukan gemuruh daripada pengunjung yang kagum dengan kefasihannya.

Rosmah juga mendapat tepukan gemuruh sebaik sahaja selesai menyampaikan dua buah lagu Cina bersama kumpulan koir.

Dalam ucapannya juga, Najib menyeru masyarakat setempat agar saling hormat menghormati kebudayaan setiap kaum bagi mengukuhkan perpaduan untuk masa depan yang lebih harmoni.

Katanya, perpaduan kaum serta saling memahami sangat penting sebagai pemacu kemajuan dan perkembangan ekonomi negara di persada antarabangsa.

“Ini adalah kerajaan yang berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia. Ini adalah kerajaan yang mempunyai rancangan sebenar untuk masa depan semua rakyat Malaysia.

“Rakyat Pulau Pinang mahu rumah yang lebih baik dan rumah mampu milik dan kerajaan akan menunaikannya...percaya pada janji ditepati," katanya.

Beliau mengulangi komitmen BN untuk menyediakan 20,000 rumah mampu milik dalam tempoh 12 tahun jika berjaya mentadbir semula negeri itu dan menyediakan kemudahan monorel bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

Pada perkembangan lain, Perdana Menteri menjelaskan, Kolej Han Chiang akan dinaik taraf menjadi kolej universiti yang memberi tumpuan khusus kepada bidang komunikasi massa.

Yang hadir sama, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman; Pengerusi MCA negeri, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen serta pemimpin-pemimpin komponen BN lain.

Para pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan penyanyi popular Korea Selatan, Park Jae-sang atau Psy yang popular dengan lagu Oppa Gangnam Style dan penyanyi tempatan Shila Amzah.

06 February 2013

PANAS! BERTAUBATLAH WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN


SATU ketika dahulu, Nik Aziz ada melarang orang ramai khususnya rakyat Kelantan supaya tidak menggantungkan gambar Perdana Menteri (Mahathir) kerana perbuatan itu menjadikan kita mendewa-dewakan manusia.

Hari ini bagaimana? Di seluruh pelosok Kelantan sama ada di bulatan jalan atau di persimpangan, atau di mana-mana sahaja penuh dengan gambar Nik Aziz.

Ada gambar Nik Aziz menangis sedang berdoa, ada gambar Nik Aziz sedang bersolat dan berbagai-bagai lagi. Sakit mata melihat gambar- gambar itu, dan perbuatan itu sebenarnya adalah riak, perbuatan itu juga mengharapkan supaya orang jahil memuji atau mendewa-dewakan Nik Aziz.

Nik Aziz berkata UMNO tolak Islam. Saya ingin merujuk kepada kenyataan Nik Aziz seperti yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia Selasa 6 Disember di muka 7 bahawa pihak yang menolak Islam juga adalah kufur. Pihak mana yang sebenarnya menolak Islam? UMNO atau Pas? atau DAP (langkah mayat aku dulu kata Karpal Singh).

Rasulullah SAW ada bersabda bahawa al-Quran itu adalah menjadi hujah atau bukti yang kuat untuk menolong diri seseorang itu pada hari kiamat kelak, atau untuk menyusahkan dan menyulitkannya hingga ditimpakan azab ke atas seseorang itu pada hari tersebut.

Ini memang jelas. Dengan keterangan ini tiada sesiapa pun boleh atau dibenarkan berdusta dengan ajaran al-Quran iaitu wahyu Allah SWT. Sebenarnya kita tiada pilihan, suka atau tidak suka, kita kena ikut al-Quran, bukan al-Quran kena ikut cakap kita. Nik Aziz suruh al-Quran ikut cakap dia. Contoh, ringkas saja, dalam al-Quran banyak ayat yang Allah melarang kita daripada mendekati syaitan, contoh, di surah Faatir ayat 6 bermaksud:

Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadilah dia musuh yang mesti dijauhi tipu dayanya. Sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka.

Tetapi Nik Aziz kata, kita boleh berkawan dengan syaitan jika syaitan itu mahu membantu kita menubuhkan negara Islam. Syaitan mana? Allah kata tak boleh, Nik Aziz kata boleh. Jadi, sekarang siapa kufur? Pernahkah pemimpin UMNO kata begitu? Jawapannya adalah tidak. Hanya Nik Aziz sahaja yang berani berkata begitu.

Pada tahun 1999 (PRU-10) apabila Pas menang di Terengganu, penceramah Pas kata, Nik Aziz berkata ramai malaikat turun dari langit ke bumi membantu pengundi untuk mengundi PAS.

Kata penceramah itu lagi, Nik Aziz berkata malaikat memegang dan menggerakkan tangan pengundi untuk mengundi Pas. Nik Aziz nampakkah malaikat turun dari langit? Siapa berbohong dan siapa kufur?

Pada tahun 2004 (PRU-11) apabila Pas tewas di Terengganu lain pula kata penceramah Pas, penceramah Pas kata, Nik Aziz berkata ramai pengundi hantu UMNO datang dari Kuala Lumpur dengan berpuluh-puluh bas untuk mengundi UMNO hingga Pas hilang kuasa.

Kata Nik Aziz lagi, ini pilihan raya tidak adil dan pilihan raya tidak bersih. Persoalannya, mana perginya para malaikat di tahun 1999 itu? Siapa berbohong dan siapa kufur?

Dengan hujah-hujah di atas, seolah-olah pada tahun 1999 Nik Aziz nampak para malaikat turun ke bumi, dan pada tahun 2004 Nik Aziz nampak hantu pula sebagai pengundi. Tidak logik langsung.

Nik Aziz ialah manusia biasa. Nik Aziz bukan manusia istimewa. Nik Aziz bukan manusia ajaib. Nik Aziz bukan antara 10 sahabat Nabi SAW yang dijanjikan syurga oleh baginda. Nik Aziz ialah Menteri Besar Kelantan sejak tahun 1990 (22 tahun lalu). Nik Aziz juga seperti manusia lain, Nik Aziz juga terikat kepada ibadat kepada Allah SWT, Nik Aziz juga tertakluk kepada syurga dan neraka.

Namun, Nik Aziz sentiasa bercakap besar seolah-olah dia adalah manusia paling hampir dengan Allah SWT.

Saya masih ingat, menjelang PRU pada tahun 1990, 1995, 1999, 2004 dan 2008 penceramah Pas menggunakan strategi yang sama iaitu mana-mana calon yang diputuskan oleh parti merupakan calon terbaik kerana Nik Aziz mendapat petunjuk setelah bermunajab kepada Allah SWT.

Penyokong tidak boleh menolak mana-mana calon yang diputuskan oleh parti kerana ia telah diputuskan terlebih dahulu oleh Mursyidul Am Pas setelah diperkenankan oleh Allah SWT kata penceramah Pas dengan sombong. Sumber

04 February 2013

PANAS! AZIZAN SOKONG PROGRAM IM4U PERINGKAT NEGERI KEDAH



Mungkin atas sebab nasib, inilah Azizan tidak akan dicalonkan unt mempertahankan kerusi di DUN Sungai Limau. Sebaik saja gambar Azizan bersama pemimpin BN sempena program IM4U peringkat negeri Kedah semalam. Banyak komen kurang baik datang dari penyokong PAS sendiri.



Mereka menganggap Azizan sebagai pengkhianat kepada parti dan bakal mengikut jejak langkah Dr Hasan Ali dan Ust Nasha..Penyokong Pas juga kurang senang dengan tindakkan Azizan lebih banyak turun program yang dianjurkan oleh UMNO/BN dari program yang dibuat oleh PR seperti HKR112.

Khalid Syiah tidak ketinggalan untuk mencerca Azizan kerana turut serta dalam program IM4U di Kedah.

Inilah perangai orang Pas, pemimpin sendiri pun nak hina..Nama saja pejuang Islam tapi mulut celupar




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...