21 January 2013

GEMPAR!! BAYI DIJADIKAN HIDANGAN MAKANAN DI TAIWAN


Ketika aku membuat carian di google..... aku tidak mempercayai apa yang tertulis... Lantas aku dengan rasa berat hati aku membukanya.. Masyaallah, ada sebilangan manusia yang telah hilang sifat-sifat sebagai manusia. Sanggup berbuat apa sahaja ... 

Bayi dijadikan hidangan? Ini realiti yang berlaku di Taiwan. Berikut merupakan gambar-gambar yang menunjukkan sifat ketidakperikemanusiaan. 

Makanan yang paling digemari ramai. Mayat boleh diperolehi dengan sangat mudah dari rumah mayat dengan harga sekitar $50 – $70.





16 January 2013

ISU KALIMAH 'ALLAH' PAS BUAT U-TURN



Dunia politik negara gempar bila PAS tiba-tiba membuat “u-turn” apabila menolak penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible versi bahasa Melayu untuk edaran di Semenanjung Malaysia sebagaimana yang dicadangkan Guan Eng.
Ketika UMNO dan Kerajaan BN mempertahankan kalimah “Allah” dari dicemari kehendak Ketua Menteri Pulau Pinang itu, puak-puak Pakatan Haram marah-marah pada UMNO/BN.
Kononnya UMNO tidak cukup hebat ilmu agamanya dan PAS sebagai sebuah parti yang kononnya “paling Islam” dan “paling tinggi ilmu agama”nya tampil membela serta menyokong cubaan Guan Eng mencemarkan kalimah “Allah” itu.
Kemudian, para ulama muktabar dan mufti pula tampil mempertahankan kalimah “Allah” dari dicemari oleh PAS dan sekutu-sekutunya itu.
Namun Presiden dan Mursyidul Amnya tetap degil dan cuba menegakkan benang yang basah. Hadi dan Nik Aziz mempertahankan DAP tanpa memikirkan tentang kepentingan Islam. Mungkin mereka taksub sangat kepada kuasa politik lebih dari Islam?
Mujurlah golongan ulama masih lagi ada di dalam PAS walaupun mereka masih lagi terpinggir. Harun Taib dan Harun Din misalnya, begitu lantang mempertahankan kalimah “Allah” dari dinodai parti mereka meskipun berdepan dengan ancaman dipecat PAS.
Mungkin bergaduh sakan di dalam majlis syura PAS baru-baru ini, golongan ulama yang cuba disingkirkan dari PAS oleh golongan “anwarinas” itu berjaya juga “menyedarkan” Hadi Awang dan Nik Aziz. Sumber

LANGKAWI BOLOS LAGI-354 PATI SINGAH DI KUALA CHENANG


Perairan Langkawi bolos lagi apabila pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Myanmar seramai 354 orang berjaya ditahan cuba berlabuh di Kuala Chenang, Langkawi. 

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, seramai 40 orang PATI dapat memboloskan diri dan usaha menjejaki mereka terus dijalankan oleh pihak berkuasa.

Kepada warga Langkawi, berhati-hati sekiranya terserempak dengan orang yang mencurigakan dan segera buat laporan kepada pihak berkuasa.

LANGKAWI 15 Jan. - Usaha 354 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Myanmar masuk ke negara ini gagal setelah dua bot yang mereka naiki ditahan pihak berkuasa di Kuala Chenang di sini awal pagi ini.


Ketua Polis Daerah, Supritendan Harith Kam Abdullah berkata, bot pertama membawa 143 orang terdiri daripada 94 lelaki, 18 wanita dan 31 kanak-kanak.

Kata beliau, bot kedua pula membawa 211 orang iaitu 207 lelaki dan empat kanak-kanak.
"Polis mendapat maklumat daripada orang ramai memaklumkan mereka ternampak dua buah bot berlabuh di Kuala Chenang kira-kira pukul 3 pagi ini dalam keadaan mencurigakan.

"Sebaik sahaja ditahan dan diperiksa, polis mendapati kesemua mereka tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan mereka kini ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah untuk proses dokumentasi," katanya di sini hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...