13 December 2012
12 December 2012
PAS TIPU RAKYAT , TANAH WAKAF PONDOK TARBIYAH AWLDIYAH DIJADIKAN MARKAS?
PENDANG 10 Dis. - Sekumpulan penduduk dari sekitar Kampung
Huma Besar, di sini membuat laporan polis kerana mendakwa kepimpinan Pas mahu
mengambil alih tanah wakaf Pondok Tarbiyah Awladiyah di kampung itu untuk
dijadikan pusat pengajian dan markas parti tersebut.
Laporan polis itu dibuat oleh wakil mereka, Zolkfli Deris,
50, di Balai Polis Kubur Panjang, di sini kira-kira pukul 11.45 pagi ini bagi
menghalang kepimpinan, ahli atau penyokong Pas memonopoli institusi pondok
untuk mengembangkan ideologi politik mereka.
Zolkfli mendakwa, kepimpinan Pas hanya menggunakan alasan
mahu membina pusat pendidikan bagi mengambil alih kawasan tanah wakaf seluas
kira-kira dua hektar itu yang pernah menjadi tempat pengajian agama
berkonsepkan pondok sejak awal 50-an.
"Itu semua hanya alasan lama yang berulang. Alasan
hendak buat pusat pendidikan tapi akhirnya mereka bercadang untuk membuat
markas Pas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tiang.
"Jadi kita pertahankan tanah yang telah diwakafkan oleh
orang tua-tua dahulu demi kebaikan pendidikan di sini," katanya di sini
hari ini.
Selepas membuat laporan polis, kumpulan tersebut turut
berhimpun secara aman di tapak tanah wakaf berkenaan dengan memegang sepanduk
antaranya tertera tulisan 'Pas perosak Pondok Awladiyah'.
Zolkfli yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Huma Besar mendakwa, dalam kalangan
waris memang tidak bersetuju tanah wakaf pondok berkenaan diambil untuk
dijadikan markas Pas.Sumber
11 December 2012
BENARKAH NIK RAZI NIK MAT SAKIT?
Khabarnya adik Nik Aziz Nik Mat sedang bergelut dengan penyakit yang dihadapi selama ini tidak termasuk sakit tua.
Ada sumber rapat mengatakan bahawa "model jus doa" ini sakit tenat sejurus beliau doakan kehancuran UMNO dan BN.
Ada sumber mengatakan beliau tertekan dengan isu doa yang diimamkan olehnya dalam stadium Kota Bharu ketika Muktamar Pas berlangsung. Sejauh mana benarnya cerita ini KP masih menunggu laporan bergambar dari rakan-rakan KP di Kelantan.
Subscribe to:
Posts (Atom)