29 November 2012

PANAS - PERSIDANGAN PERWAKILAN UMNO 3 SAYAP BERJANJI MEMPERTAHANKAN KEJAYAAN BN DALAM PRU-13 NANTI


KUALA LUMPUR 28 Nov. - Tiga sayap UMNO hari ini dengan penuh bersemangat melaungkan keazaman untuk bertarung habis-habisan bagi memastikan kejayaan cemerlang Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.


Tekad berkenaan dilafazkan oleh Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin ketika menyampaikan ucapan dasar di perhimpunan agung sayap masing-masing di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Shahrizat ketika menyampaikan ucapan bertemakan, Masa Depan UMNO: Beranjak Untuk Melonjak Ke Arah Kemenangan" berkata, beliau amat yakin seramai 230,000 jentera pergerakan itu bersiap sedia sepenuhnya untuk mempertahankan kemenangan BN.

Tindakan Pakatan Rakyat yang mengambil langkah terbaru mengangkat dan memperjuangkan martabat wanita menerusi Perbentangan Bajet 2012 Alternatif mereka dilhat 'sudah terlambat'.

Sambil mengecam tindakan tersebut, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan Wanita UMNO telah sekian lama memperjuangkan maruah dan hak wanita di Negara ini sejak mula penubuhan UMNO sekian lama dahulu.

"Forget it! (Lupakan!) Puan-puan semua sudah mendahuluinya, (Pembangkang) 66 tahun terlambat. Bukan nak mengata, tapi saya nak geleng kepala, tergedek-gedek baru nak melancarkan,"

Beliau berkata, realiti sebenar keputusan terbaru gabungan kerjasama politik pimpinan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak releven pada masa kini.

Katanya, Wanita UMNO sehingga hari ini tidak pernah terlepas pandang malah mempertingkatkan lagi usaha memartabatkan kaum Hawa sehingga berjaya melahirkan beberapa tokoh dari pelbagai bidang yang diikhtiraf dalam dan luar Negara.

"Hasil perjuangan kita bersama, maka lebuh raya politik, ekonomik dan sosial telah diperlebarkan untuk wanita Malaysia, terutamanya dalam 10 tahun kebelakangan ini sejak pengujudan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Saya cukup teruja dan juga terharu dengan pencapaian yang telah dicapai di atas," ujar Shahrizat.

Beliau berkata demikian susulan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menjelaskan, Bajet 2013 Pakatan bakal memperuntukkan RM 4.5 bilion menerusi Agenda Wanita Malaysia (AWM) berbanding hanya RM450 juta oleh BN yang didakwa membuktikan ketidakperihatinan kerajaan terhadap sumbangan kaum wanita di negara ini.



PANAS - REMAJA BERJANJI BOGEL DEPAN PAVILLION




KP melahirkan rasa simpati kepada Mak Bapak remaja ini kerana bersikap kurang waras atau sengaja untuk mencari publisiti murahan. Remaja sekarang selalu membuat perkara sebegini tanpa memikirkan impak kepada keluarga beliau.

“Kalau Lah Malaysia Menang lawan Laos Malam Ni, Aku Berani Bogel lah Depan Pavillion”. Itilah ungkapan dan janji seorang gadis di FB yang dikenali sebagai Hazwani Syamimi III. Bagi KP, peluang Malaysia memang wajib menang menantang Laos jam 8.45 malam semalam,

KP harap remaja ini memadam profile beliau di FB dan selepas ini janganlah membuat perkara yang sama dimasa akan datang. So berhati-hati berbicara, jangan ikut hati badan binasa.

27 November 2012

PANAS - NST SINGAPURA PULA AKAN DISAMAN?



Hah!!! Si Nurul Izzah tu tunggu apa lagi? Kalau sebelum ni bukan main lantang lagi dia nak saman orang itu dan ini. Sekarang, macam mana? Dia tak nak saman ke NST Singapura tu?

Kalau tanya, kenapa dia tak nak saman Merosakkini, kita mungkin tahu jawapannya. Nanti takut pulak Papa dia kena pergi mengadap puak - puak Rejim Zionist tu.

Dah la puak - puak Rejim Zionist tu yang dok bagi dana kat Merosakkini untuk memecah belahkan rakyat Malaysia. Kalau Si Nurul Izzah tu saman, banyak pulak ceritanya nanti.

Sekarang, tiba giliran pihak News Straits Times Singapura pulak yang mempertikaikan kenyataan dia mengenai isu Kebebasan Agama ni. Tak nak pulak dia ambik tindakan?

Kalau setakat berani saman Utusan je, baik tak payah. Nampak sangat la dia memang sengaja nak tutup cerita. Bukannya dia nak menegakkan Kebenaran.

Mungkin Si Nurul Izzah ni tak sedar bagaimana orang lain di Negara - Negara luar bertungkus lumus mahu agama Islam diiktiraf oleh Negara mereka.

Lihat sahaja kejadian pertumpahan darah dialami oleh rakyat di Selatan Thailand dan di Filipina. Bertahun - tahun baru dapat perhatian. Tu pun dah banyak yang terkorban.

Pun Si Nurul Izzah ni masih tak bersyukur apabila Melayu di Malaysia ni diberi keistimewaan untuk menganut agama Islam sejak dari lahir? Bangang betul!!!

Tapi, nak buat macam mana ye tak. Siapa yang tak kenal dengan Si Nurul Izzah n. Dia memang setakat tau bercakap je. Bila suruh buat, satu hapah pun dia tak tau. Lain la kalau suruh dia menipu. Memang itu je la kerja dia pun!!!-Sumber

26 November 2012

PERSIDANGAN DUN KEDAH PANAS



Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah untuk Sidang Bajet 2013 telah pun berakhir dan ianya merupakan Sidang Bajet kelima bagi Pakatan Rakyat Kedah, malah merupakan yang terakhir sebelum PRU13. Sidang Bajet selama tiga hari ini, nampaknya telah dipergunakan secara optima oleh wakil-wakil pembangkang Kedah untuk mendapatkan penjelasan serta jawapan daripada pihak kerajaan negeri yang diterajui oleh Azizan Abdul Razak.
Ramai yang menganggap dan bersetuju, sidang kali ini adalah yang paling hangat walaupun ianya tidak pernah mengatasi negeri-negeri lain.
Akhirnya apa yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan rakyat Kedah, malahan rakyat Malaysia yang sudah sedia maklum dengan sidang 1 jam setengah oleh PAS Kedah, menjadi kenyataan. Wakil-wakil Kerajaan Negeri Kedah terpaksa berhadapan dengan banyak persoalan yang menimbulkan kemusykilan seperti kerugian jutaan ringgit daripada pelaburan labu peram di Papua New Guinea, KUIN yang bakal diserahkan kepada sebuah syarikat dari Turki, penderhakaan Ahli-Ahli Majlis PBT terhadap DYMM Sultan Kedah, penebangan balak tidak terkawal di hutan simpan kekal serta pertambahan pusat-pusat hiburan.
Antara orang Kerajaan Negeri Kedah yang cuba mempertahankan diri adalah Amiruddin Hamzah. Amiruddin tidak menjawab tentang kerugian serta kerosakan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kedah di bawah PAS Kedah, sebaliknya cuba mengorek pelbagai projek di bawah Kerajaan Negeri terdahulu sehingga akhirnya dibidas oleh bekas Menteri Besar Kedah, Mahdzir Khalid.
Malah Mahdzir Khalid turut mencabar agar pentadbiran Kedah sekarang, menyeretnya ke SPRM dan membentangkan semua salah laku selain penyelewengan sepertimana yang didakwa oleh Amiruddin Hamzah.
Hasilnya, Amiruddin Hamzah yang diketahui mempunyai kecenderungan besar untuk menjadi Menteri Besar Kedah menggantikan Azizan Abdul Razak, hilang suara dan hilang telur. Apatah lagi, beberapa projek peribadi Amiruddin yang mendapat pembiayaan serta top-up daripada Kerajaan Negeri Kedah, turut disentuh oleh ADUN-ADUN UMNO-BN.
Bukti telah diminta daripada pendedahan yang kononnya dibuat oleh Amiruddin. Bagaimanapun, seperti biasa, Amiruddin yang gila menggoreng, terus menggoreng dengan penuh bergaya tanpa sedikit pun atau sebatang angka pun ditunjukkan tentang penyelewengan yang dikatakannya itu. Sebaliknya, masalah-masalah yang disebut, semuanya melibatkan teknikal, bukannya penyelewengan. Sumber

21 November 2012

DEMI RAKYAT - JANJI DITEPATI



Kebetulan saja kereta mewah itu semua wujud selepas dia terpilih mengejut menjadi ahli Parlimen Ampang (siapa nak percaya tu, memang bodohlah)

Zuraida yang gemar 'melondehkan seluar dalam' orang lain, akhirnya dilondehkan 'seluar dalamnya' dengan cara yang sama.

Bukan satu 'seluar dalam' tapi 4 'seluar dalam' sekaligus.

Yakin dan percayalah, orang macam Zuraidah ini ada banyak helah dalam berhadapan dengan pendedahan macam ini. Kalau tak,  dia fikir sendiri lah, puak manipulator undang-undang yang ramai di sekelilingnya akan bantu menasihatkan.

Paling tidak menyembunyikan diri dan mengelak dari berjumpa wartawan seperti Nurul Izzah sekarang. Agak-agak bila isu dah reda besok, baru buat kemunculan semula. Ini pendekatan biasa dan mudah dibaca bila ada skandal membabitkan pemimpin Pakatan haram ini.

Hello, Zuraidah baru ditangkap bergembar dalam jet mewah hari tu, takkan orang naik jet mewah  pakai kereta Myvi saja kot, come onlah, bagi muka sikit.- Sumber

20 November 2012

SAVE GAZA - ALLAHHU AKBAR


Yahudi memang dilahirkan sebagai orang yang melanggar perintah Allah. Maka itu Yahudi tidak mempunyai negara sendiri. Dan tidak hairanlah Yahudi Laknatullah inginkan Palestine kerana menginginkan Tapak Masjid Adsa kerana di situ akan bermulanya Dajal Al Masih (paksi kejahatan) yang dipertahankan Islam.

Buktinya mudah..Tanah Palestine di rampas sedikit demi sedikit dan menghampiri Masjid Aqsa.

Ini salah satu lagi bukti kezaliman Yahudi Laknatullah. Ya Allah, selamatlah Islam..Amin


15 November 2012

PEMUDA PAS MENOLAK USUL MENGADAKAN PERHIMPUNAN BERSIH 4.0


KOTA BHARU : Dewan Pemuda Pas Pusat sebulat suara menolak usul untuk menganjurkan perhimpunan BERSIH 4.0 bagi menuntut pilihanraya bersih dan adil.

Usul berkenaan ditolak selepas mengambil kira beberapa pandangan agar Pemuda Pas memberi tumpuan kepada gerak kerja bagi memantapkan jentera pilihan raya diperingkat akar umbi.

"Tak perlu adakan BERSIH 4.0. Kami minta supaya BERSIH 4.0 ditangguhkan dahulu bagi memberi tumpuan untuk kita tawan Putrajaya".

"Kita juga berpendapat bahawa seharusnya Pemuda memberi tumpuan kepada program penerangan kepada ahli bagi manghadapi pilihan raya umum. Adalah lebih baik untuk ditumpukan kepada gerak kerja di kawasan masing-masing". kata Perwakilan Putrajaya, Salahuddin Zaini pada Murtamar Pemuda Pas ke-53 di sini.

Terdahulu, usul berkenaan dikemukakan perwakilan Pemuda Pas Jasin, Aminuddin Abdul Jalil yang mendesak supaya pimpinan pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan BERSIH 4.0 bagi menghidupkan kebangkitan rakyat menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Selain itu Salahuddin menegaskan penganjuran siri perhimpunan BERSIH 4.0 tersebut turut memberikan kesan kepada peruntukan kewangan selain pembaziran tenaga.

"BERSIH 4.0 memerlukan tenaga dan mengambil masa yang lama, lebih baik tenaga yang ada kita fokus kepada pemantapan jentera parti," katanya.



14 November 2012

PANAS - KERAJAAN PAS KEDAH MEMBAZIR DUIT RAKYAT?


Apa sudah jadi?? Semakin hari ramai kepimpinan Pas berani mendesak MB Kedah supaya meletak jawatan. Apakah ini menunjukkan bahawa kerajaan Pas Kedah gagal mentadbir negeri dengan baik. Kerajaan Pas Kedah telah membazirkan duit rakyat dengan membina billboard gambar MB Kedah berjumlah hampir RM 3 juta dan ditukar gambar tersebut setiap 2 bulan.

Wow hebat sungguh depa no!!, dulu masa Umno yang memerintah Kedah, depa kutuk habis, semua tak kena, kaki rasuah, keroni, makan gaji buta, asalkan yang tak elok tu depa kata.

Tapi sekarang, apa yang depa kata telah terpalit kat muka hidung depa. Apa tidaknya MB Kedah perintah macam Mao Tze Tong.

Video kat bawah ni telah menerangkan segala kelemahan kepimpinan Pas Kedah. Seminar bertarikh 10 Nov 2012 bertempat Vistana Hotel, Kuala Lumpur bertajuk " Wacana mengembalikan Pas ke landasan asal". Apa sudah jadi?

12 November 2012

KONTROVASI - DEMI FILEM LANA NORDIN TIDAK KISAH



Pelakon kontroversi, Lana Nordin akui tidak kisah jika imejnya yang menampakkan sebahagian lurah buah dada terdedah di dalam filem Pontianak Vs Orang Minyak telah dieksploitasikan oleh pengarahnya, Afdlin Shauki.

Malah, Lana Nordin yang juga dikenali sebagai Pamela Anderson Malaysia itu memberitahu dia melihat senario itu sebagai satu kerjasama win win situation kerana sudah lama dia teringin untuk bekerjasama dengan pengarah tersebut dan buat pertama kalinya dia juga berpeluang berlakon di dalam sebuah filem komedi.

“Jika benar Afdlin ingin mempergunakan diri saya, begitu juga dengan saya, kerana tawaran yang saya terima ini sangat baik dan saya mempergunakan tawaran ini untuk menonjolkan watak saya sebagai pelakon komedi buat pertama kalinya.

“Terus-terang, pada mulanya saya agak ragu-ragu juga hendak berpakaian sebegitu ketika penggambaran tetapi Afdlin Shauki meyakinkan saya semuanya akan berjalan dengan lancar dan kebetulan Lembaga Penapisan Filem (LPF) juga melepaskan babak saya. -Murai.com

11 November 2012

PENOLONG JURULATIH KEDAH BAKAL YB BUKIT LADA?


Sejak Kelantan berjaya membenamkan cabaran ATM dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 di Shah Alam tempoh hari, banyak yang diperkatakan mengenai isu perpindahan para pemain Malaysia. Satu kuasa besar baru yang muncul di Johor dengan TMJ mengorak langkah merubah landskap bola sepak tempatan dengan tujuan menaikkan kembali nama gah, Johor.

Khairil Muhaimin dan Badrol Badkhtiar , 2 nama yang cukup sinonim dengan Kedah dan antara yang paling diburu dalam 2 musim ini. Dengan Kedah terpaksa bermain di Liga Perdana musim depan, kesetiaan dua pemain ini sekali lagi akan teruji. Sebelum ini dua pemain ini memberi bayangan akan terus bersama Kedah tetapi dengan Kelantan, Johor, Terengganu dan Selangor mahu mendapatkan mereka, pasti mereka akan berfikir panjang untuk karier bola sepak mereka.

Tak Kurang hebatnya... dengan penolong jurulatih Kedah , yang juga bekas pemain terhebat sepanjang zaman pasukan Kedah Saudara Radhi Md Din... Desah desus mengatakan yang beliau akan bersara untuk menumpukan perhatian kepada Politik.

Ini di dedahkan oleh Sumber : dari FB DahliaB. Lada Selama ini pun, Ramai peminat yang sudah mengetahui yang saudara Radhi AKTIF BERPOLITIK ketika beliau membimbing Pasukan kenari.


08 November 2012

BUDAK PEREMPUAN TERCANTIK DI DUNIA MENDAPAT PERHATIAN RAMAI


Little Lolly, budak perempuan yang dikatakan paling cantik di dunia atau The Most Younger Miss World in the world atau Ratu Dunia Terkecil / Termuda Dunia.

Biasanya budak-budak akan menpunyai wajah comel (baby face yang cute dengan mata besar, bibir yang munggil dan pipi tembam) but this little Lolly has a very beautiful face like a little princess dalam movie epik Cinderella.

Kepopularan Little Lolly ini adalah secara tak sengaja, budak ini berasal dari Sinchuan, China. Satu hari, wajahnya diambil gambar oleh seorang pelawat, Mr Lui yang kemudiannya memasukkan gambar budak ini ke dalam internet. 

Dia mula famous apabila gambar budak ini dipaparkan di salah forum popular di China dan kemudiannya menarik perhatian jutaan penduduk di sana.



Dan sekarang, dia dah sangat famous dan menjadi rebutan pelbagai pengiklanan di negara China.




APA KATA USTAZ AZHAR IDRUS TENTANG ISLAM?


07 November 2012

NURUL IZZAH AKAN SAMAN PEMUDA PAS?



Pemuda Pas telah 'mengajar' Nurul Izzah maksud ayat 256 al-Baqarah. Persoalannya, apakah anak Anwar Ibrahim mahu menyaman Pemuda Pas pula selepas ini?

KOTA BHARU - Dewan Pemuda Pas semalam ‘menempelak’ Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataan kontroversinya mengenai isu kebebasan beragama di negara ini yang didakwa Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sepatutnya diguna pakai secara sama rata termasuk kepada orang Melayu.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abdul Abduh Nik Abdul Aziz berkata, ungkapan ‘tiada paksaan dalam agama’ daripada ayat 256 surah al-Baqarah adalah merujuk kepada hak bukan Islam untuk kekal dalam agama mereka sebebas-bebasnya dan ia sama sekali tidak melibatkan umat Islam.

Beliau berkata, sesuatu yang amat pelik dan tidak logik apabila mengatakan seorang yang lahir daripada ibu bapa yang beragama Islam, dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam.

“Seseorang yang dilahirkan sebagai seorang muslim merupakan satu anugerah Allah untuk dirinya. Ia tidak akan begitu bersusah payah mengenal Tuhannya sebagaimana bukan muslim. -UM

06 November 2012

APABILA NURUL IZZAH BERCAKAP TENTANG HUKUM AGAMA?



Baru baru ini Nurul Izzah dengan selamba membuat kenyataan bahawa hak kebebasan memilih agama sepatutnya tidak terhad kepada non-muslim tetapi juga kepada orang melayu yang beragama Islam memcetuskan kembali satu isu fundamental...

Adakah orang melayu beragama Islam boleh murtad...?

Kenyataan tersebut jelas bercanggah dengan status dan kedudukan orang melayu yang sudah diterima umum sebagai beragama Islam. Malahan sudah dimaktubkan begitu rupa didalam Perlembagaan Persekutuan...!

Seharusnya bangsa Melayu wajar berbangga dan bersyukur kerana ia satu-satunya bangsa didunia ini yang bukan sahaja kewujudannya dikait-rapat dengan agama Islam; malah ia merupakan satu-satunya bangsa yang ditakrif ciri-ciri bangsanya dengan agama Islam saperti yang tercatat dalam Artikel 160 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan..!

Mencadangkan bangsa melayu wajar diberi kebebasan memilih agamanya selain Islam, boleh murtad dari agamanya Islam sama saperti cuba menghapuskan bangsa melayu itu sendiri...

Ianya satu penghinaan kepada bangsa melayu, agama Islam dan Perlembagaan Persekutuan. Malah ianya mencabar aqidah bangsa melayu secara langsung!

Pandangan dan pendirian Nurul Izzah ini adalah sangat merbahaya kepada keharmonian agama dan kaum. Sudah pasti ianya akan mencetuskan satu polemik yang yang bakal mengundang rasa tidak puas hati dan kemarahan orang melayu beragama Islam.

Baca selanjtnya di SINI.

Sementara itu, ayuh kita tonton video klip dibawah ini sebagai bukti betapa dangkalnya, betapa baghalnya, betapa bahalolnya dan betapa ceteknya pengetahuan Nurul Izzah mengenai hukum hakam agama... 

01 November 2012

LAWATAN PERDANA MENTERI KE PULAU TUBA



LANGKAWI 31 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi khabar gembira buat 5,000 penduduk Pulau Tuba di sini apabila mengumumkan pembinaan dua kabel elektrik dasar laut bagi menyelesaikan gangguan elektrik di pulau tersebut.

Perdana Menteri berkata, kabel elektrik dasar laut bernilai RM45 juta itu akan merentasi Pulau Tuba hingga ke Kuah dan pembinaannya dijangka siap 18 bulan dari sekarang.

"Kabinet telah meluluskan pembinaan kabel dasar laut ini yang panjangnya hampir empat kilometer.

"Kita putuskan untuk bina dua kabel supaya jika satu rosak, kabel kedua dapat berfungsi menyalurkan bekalan elektrik kepada penduduk," katanya ketika berucap dalam Majlis Bersama Rakyat Pulau Tuba di sini hari ini.

Kira-kira 3,000 penduduk Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan Perdana Menteri pada majlis tersebut.Najib turut merasmikan Klinik 1Malaysia di pulau berkenaan.



Menurut beliau, dua kabel elektrik dasar laut itu mampu bertahan sehingga 15 tahun.
"Sebelum ini, saya difahamkan penduduk terpaksa menggunakan janakuasa diesel untuk menjana elektrik. Saya difahamkan bekalan sering terganggu di sini.

"Oleh sebab itu, selepas projek ini siap, penduduk di sini boleh menikmati bekalan elektrik tanpa gangguan lagi," ujarnya.

Dalam pada itu, Najib yakin Pulau Tuba akan terus menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya boleh nampak perkara ini sebab pada Pilihan Raya Umum 2004 peratusan undi yang diperoleh BN ialah 93.7 peratus manakala pada 2008, peratusan berkurang sedikit menjadi 83.4 peratus.

"Saya percaya pada pilihan raya akan datang kita akan dapat sekurang-kurangnya 93 peratus undi," jelasnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...