22 October 2012

Pecat Ahmad Fisol Dari Terus Memalukan KCS!


Memang memalukan bagi seorang anggota Perkhimatan Tadbir Negeri atau lebih dikenali sebagai Kedah Civil Servant (KCS) yang bertindak tidak rasional dengan mencampur adukkan urusan pentadbiran dengan sentimen politik kepartian.

Meskipun dia tidak cemerlang dalam tugasnya sebagai KCS selama ini, Yang DiPertua (YDP) Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP), Ahmad Fisol Md Nor, yang dilihat mahu lekas naik pangkat dan merebut JUSA di negeri Kedah cuba menggunakan pengaruh politik untuk menjatuhkan individu yang dipilih DYMM Sultan Kedah.

Hanya kerana sekeping surat yang memintanya bertukar ke Majlis Daerah Kota Kuala Muda sebagaimana protokol biasa bagi seorang KCS, Ahmad Fisol mengada-ngada enggan taat kepada arahan kehendak kerjayanya dan mahu kekal di MDKP.

Kenapa dia tidak mahu bertukar ke Kota Kuala Muda dan apakah dia mempunyai keistimewaan yang menegahnya dari ditukar untuk bertugas di daerah lain? Nak tahu kenapa? 

Khabarnya, Ahmad Fisol sebenarnya adalah seorang penjawat awam yang menyokong penuh Pakatan Haram, khususnya PAS, dan dia begitu teruja apabila partinya itu berjaya menawan Kedah pada PRU ke-12 pada tahun 2008.

Dalam diam, dia memasang angan-angan untuk lekas naik pangkat meskipun dia bukanlah merupakan seorang senior atau anggota KCS yang bijak buat kerja. Lihat saja rekod perkhidmatannya di Kubang Pasu yang dipersoalkan pada laporan audit pada setiap tahun.

Meskipun begitu, dia tetap dengan angan-angannya yang mengidam mahu menjawat sekurang-kurangnya JUSA C dan melayakkan dirinya untuk menjadi SUK atau sekurang-kurangnya SFO (State Financial Officer) yang setaraf dengan Exco Kerajaan Negeri. Maklumlah, dia orang PAS “totok”.sumber

19 October 2012

KUIN DIGADAI?



Menariknya bangunan yang dimiliki KUIN di Mergong (jika benar digadaikan) ini bakal menjadi beban kepada pihak KUIN sendiri satu hari kelak.  Duit yang banyak perlu dicari untuk menebus kembali bangunan tersebut.

Ianya bakal menjadi beban kepada Kerajaan Negeri dan pengurusan KUIN sendiri. Ini adalah bunga-bunga kepada keruntuhan sebuah institusi yang pada asalnya ingin memperkembangkan ajaran Islam di Negeri Kedah.


Dek kerana kerakusan dan kegagalan mentadbir, KUIN menghadapi perlbagai masalah, dari masalah kewangan anak-anak syarikatnya hinggalah kepada masalah pengiktirafan ijazah yang dihasilkan. Sumber

17 October 2012

MUSA HASAN MENYERTAI PAS?



Sebelum ini, Musa Hasan adalah individu yang cukup dibenci oleh para penyokong Pakatan Rakyat. Apa fitnah yang tidak dilemparkan kepada Musa Hasan, sehinggakan gambar-gambar orang lain yang sekali imbas sepertinya sedang memotong kek perkahwinan dan menari pun dikatakan sebagai Musa Hasan dengan isteri barunya. Semuanya dilakukan untuk mencalarkan kredibilitinya ekoran samannya kepada Anwar Ibrahim dan peranannya dalam kes liwat Anwar Ibrahim dengan pemandu peribadi Wan Azizah iaitu Azizan Abu Bakar.
Namun semalam, apabila Musa Hasan yang mungkin tidak faham dan arif dengan sepak terajang penipu seperti Anwar Ibrahim menarik balik samannya setelah diminta, dirayu dan dimohon oleh Anwar Ibrahim, serta-merta para penyokong Pakatan Rakyat membuat khabar angin kononnya Musa Hasan akan menyertai PAS seperti bekas Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Fauzi Shaari.

Hari ini, Musa Hasan telah menafikan khabar-khabar angin tersebut malah menegaskan yang dia lebih selesa dengan tidak menyertai mana-mana parti, atau dengan kata-kata lain sebagai pengundi bebas yang tidak terikat dengan sentimen kepartian apabila hendak mengundi. Sumber

LANGKAWI INTERNATIONAL MOUNTAIN BIKE CHALLENGE - STAGE 2


Wednesday 17th October

STAGE 2 – LANGKAWI EAST TO WEST (XCP)

45km - Eagle Square to Oriental Village

0800hrs Bag Transfer Opens

0900hrs Bag Transfer Closes

1100hrs Race Start - Men's Open

1105hrs Race Start - Women's Open

1110hrs Race Start - Men's Masters and Senior Men's Masters

1400hrs Prize Presentation




LANGKAWI INTERNATIONAL MOUNTAIN BIKE CHALLENGE 2012

Highlights of LIMBC 2012



16 October 2012

LANGKAWI INTERNATIONAL MOUNTAIN BIKE CHALLENGE 2012

Days 2 : Tuesday 16th October

STAGE 1 – LANGKAWI ROUND ISLAND (XCM)
65km – Eagle Square – Eagle Square

1000hrs Race Start - Men's Open

1005hrs Race Start - Women's Open

1010hrs Race Start - Men's Masters & Senior Men's Masters

1500hrs Prize Presentation




Official Results

1st Lea Davidson (Team Specialized)

2nd. Nathalie Schneitter (Colnogo Sudtirol)

3th. Janka Stevkova (Team Slovakia)

DAP KEDAH TENTANG IKLAN BERUNSUR SOPAN


DAP Kedah sekali lagi menegaskan mereka akan menentang undang-undang yang berunsurkan Islam jika ia mahu dilaksanakan di negeri itu.

Pengerusinya, Lee Guan Aik berkata, tindakan itu termasuk dalam soal pelaksanaan garis panduan papan iklan antaranya menggunakan model berpakaian sopan dan perlu bertudung jika beragama Islam.

Katanya, sebarang perkara berkaitan undang-undang Islam perlu dipersetujui oleh semua parti dalam pakatan pembangkang di peringkat Pusat dan negeri.

"DAP negeri sekali lagi ingin menegaskan dan menjelaskan bahawa kami tidak akan memberi sokongan terhadap undang-undang hudud atau apa sahaja berkaitan isu negara Islam," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Guan Aik mengulas kenyataan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Datuk Mat Noh Ahmad berhubung garis panduan pemasangan papan iklan di kawasannya yang meliputi penggunaan bahasa, landskap dan pakaian model iklan.

Antara perkara yang ditekankan dalam garis panduan itu ialah model dalam gambar perlu sopan dan berpakaian tidak menjolok mata dan jika model itu beragama Islam, dia perlulah menutup aurat.

Guan Aik berkata, kenyataan Datuk Bandar tersebut cuma merupakan pendirian peribadinya kerana garis panduan yang dicadangkan itu tidak selari dengan peraturan dalam Undang-undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Setar (MPKS) 1992. sumber

15 October 2012

LANGKAWI INTERNATIONAL MOUNTAIN BIKE CHALLENGE 2012 - INDIVIDUAL TIME TRIAL

PROLOGUE - INDIVIDUAL TIME TRIAL





Monday 15th October

PROLOGUE - INDIVIDUAL TIME TRIAL (1.8km – Eagle Square/Lagenda Park)

0800hrs Event Signing-On Opens

1100hrs Event Signing On Closes

1100hrs Rider Briefing Commences

1200hrs Rider Briefing Ends

1501hrs First Rider Starts (then at 20second intervals)

1748hrs Last Rider Starts

1752hrs Last Rider Finishes

1805hrs Prize Presentation


Official Results
1st. 5:44,189 Nathalie Schneitter

2nd. 5:51,272 Eva Lechner (Italy - Colnago Sudtirol)

3rd. 5:55,620 Lea Davisan (USA - Team Specialized)



14 October 2012

LANGKAWI INTERNATIONAL MOUNTAINBIKE CHALLENCE 2012


Steffen Thum, juara keseluruhan siri dunia MTB maraton UCI 2011-2012, dijangka mencuri tumpuan pada edisi ketiga Cabaran Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) 15-20 Oktober 2012.


Thum akan ditemani rakan senegaranya dari Jerman, Simon Gegenheimer yang menduduki tengga keempat keseluruhan siri MTB maraton UCI, sebagai dua wakil pasukan Ultra Sports Rose Racing yang dijangka mempu mencabar juara tertahan Karl Platt dan jaguh Olimpik dari Afrika Selatan, Burry Stander.

"Peluang menamatkan musim di Langkawi, antara destinasi tercantik di dunia, cukup menyeronokkan, kami bersedia menyahut cabaran LIMBC," kata Thum.


Sunday 14th October

All off-road courses open for Rider Training LIMBC JAMBOREE - 40 kms.
(Public fun ride - open to all)

0900hrs             Flag-off of LIMBC Jomboree

1300hrs             Prizes Lucky Draw

1400hrs             END.

11 October 2012

BENARKAH DIA TU SEORANG ULAMAK?


Tahniah bro, KP respek  kat Abang Bilal ni, lawa kopiah, dia bertanya soalan  "Hukum orang yang tak suka ulamak", mari kita dengar apa Ustaz Fathul Bari perjelaskan tentang ulamak.


10 October 2012

MAT INDERA MENGAKU DIRINYA ANGGOTA KOMUNIS-SAKSI


GEORGETOWN - Penyunting buku "Berdialog Bersama Chin Peng", yang diterbitkan pada 2004, Dr Kerl Hack memberitahu Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bahawa Mohamad (Ahmad) Indera atau Mat Indera mengaku dirinya adalah anggota komunis.

Hack, yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah di Universiti Terbuka United Kingdom, berkata demikian selepas merujuk kenyataan Mat Indera ketika ditahan pada Oktober 1952 selepas mengetuai serangan terhadap polis di Balai Polis Bukit Kepong, Johor pada 23 Feb 1950.

Beliau berkata penangkapan Mat Indera pada 14 Okt 1952 di Kampung Seri Medan, Batu Pahat adalah dengan kerjasama rakan lelaki itu yang bernama Mat Tukyo dan pihak polis.

Hack berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Mohamed Hanipa Maidin, yang mewakili Mohamad Sabu, pada perbicaraan kes saman fitnah Timbalan Presiden Pas itu terhadap Utusan Melayu (M) Berhad (Utusan).

09 October 2012

PANAS - TUDUNG EKOR BIAWAK!


Menghairankan bilamana terdapat wanita hari ini yang sudah lupa akan perbezaan fesyen dan perkara wajib yang perlu diikuti dalam beragama.

Sebagai contoh, wanita Islam yang dituntut untuk bertudung yang jatuh pada Hukum wajib menutup Aurat. Berbanding dengan menutup Aurat itu ada 2 perkara yang berbeza, menutup Aurat itu adalah kewajiban danbertudung itu cara melaksanakan kewajiban.

Persoalannya, adakah cukup hanya dengan bertudung. Lihatlah perempuan di atas, pastinya pernah lihat fesyen ini...

03 October 2012

TERKINI !! Dr ROZMEY DIGANTUNG KEANGGOTAAN MMC LANGGAR KOD ETIKA AKTA PERUBATAN


KUALA LUMPUR: Majlis Perubatan Malaysia (MMC) mengantung keanggotaan pengeluar formula menurunkan berat badan Datuk Dr Che Rozmey Che Din selama dua tahun selepas mendapati beliau melanggar Kod Etika Profesional di bawah Akta Perubatan 1971. 

Presiden MMC Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, yang juga Ketua Pengarah Kesihatan, berkata inkuiri pada 16 Januari lepas mendapati Dr Rozmey bersalah atas pertuduhan terlibat dalam penjualan bahan didakwa mampu menurunkan berat badan, membungkus serta menyimpan bahan berkenaan, yang melanggar Seksyen 3.4 kod itu.

Dr Rozmey juga didapati bersalah mengiklan diri sendiri, sama ada secara langsung atau tidak langsung, bagi tujuan mempromosi kelebihan sendiri serta membabitkan diri dengan perusahaan komersial yang melanggar Bahagian 4.1 dan 3.4 Kod Etika Profesional.

Dr Rozmey tidak menggunakan haknya untuk merayu ke Mahkamah Tinggi seperti yang diperuntuk oleh Akta Perubatan 1971, dan hukuman itu berkuat kuasa dari 14 Mac 2012 hingga 14 Mac 2014, kata Dr Hasan dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata pengamal perubatan lain yang didapati bersalah mengabaikan tanggungjawab profesional ialah Dr Balayegaran MS (digantung setahun), Dr Chow Chong Chek (diberi amaran), Dr Ng Ah See (diberi amaran), Dr Roland Masing (digantung enam bulan), Dr N.M. Ananda Murthy (diberi amaran), Dr Chew Yoong Fong (diberi amaran) dan Dr Rajendra a/l Nadason (digantung dua tahun). BERNAMA 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...